468x60

.

Tabletalk Restaurant, TTDI

Wednesday, October 22, 2014


minggu lalu, dapat mesej dari rakan blogger, Hudaluna minta gantikan dia ke food review di Tabletalk Restaurant, TTDI. apa lagi! terus ON lah sebab makan ni...rezeki jangan ditolak. sebelum pergi siap buat research dulu pasal restaurant ni menu dia macam mana apa semua. fuh! western foods banyak memang kena dengan citarasa seorang Neyra. 



so, malam tu pergi dengan Azlan Reeza, dan Sham Hardy lambat datang. sampai je macam awkward tapi kagum tengok interior design kedai ni. relax, santai, cozy dan seangkatan dengannya. sampai terus order air, Rasberry Cooler. Rasberry Cooler adalah air soda tapi at the bottom ada flava Rasberry. sedap! 


Appertizer Combo - RM35

masa dapat appertizer ni, mata dah membulat. wah nampak sedap dan banyak! dah lah berdua je dengan Azlan kat table depan tu. sebab Sham tak datang lagi. dalam Appertizer Combo ni ada chicken wing, chicken drumstick, fries, coleslaw, tempura prawn and mayonis + sauce. fries sedap sebab besar-besar dan chef fried sekali dengan kulit potato. tempura prawn tu memang ranggup dan siapa je menolak untuk makan tempura prawn? rugi weyh! but my favourite ialah that chicken drumstick! tak tahu lah chef tu fried macam mana tapi lapisan luar tu macam tempura tapi sedap dia lain macam. coleslaw tu pun sedap dengan kismis dan tak terlalu banyak mayonis. makan appertizer pun dah separuh kenyang. tapi lebih bermakna kalau korang makan beramai-ramai share dengan friends kan?


Mini Wagyu Burgers with fries - RM38

wagyu! wagyu! masa dapat menu, dah teruja dengan wagyu ni. ada 3 mini wagyu burgers yang dihidangkan untuk 1 set ni. daging sangat lembut dan juicy. this is my first time makan wagyu beef tapi sebab kawan-kawan selalu cerita wagyu beef sedap so memang terbukti sedap! all veggies dalam burger ni pun fresh! nampak kecik tapi puas hati sebenarnya. 3 mini wagyu burgers dihidangkan bersama potato fries lagi!


Oxtail Linguine Pasta - RM32

ini Oxtail. ekor kerbau. tak sangka makan ekor kerbau malam tu. sedap rupanya. well cooked. dagingnya sangat lembut dan tak liat. so takde menghadapi kesusahan kepayahan nak makan daging ekor kerbau ni bersama linguine pasta tu. sos tomatoes tu pun memang sedap makan bersama pasta tu. kami makan sampai licin!



Grilled Chicken Chop with potato wedges

kemudian, kami dihidangkan dengan chicken chop. atas tu sauce mushroom, yang sangat pekat dan sedap! chicken chop tu di grilled, dan sangat lembut. saya suka salad tu sebab fresh and tomatoes rasa manis! habis salad tu saya kerjakan. hahaha. makan pulak bersama potato wedges! ya allah, nikmat tak terkata chicken chop ni. faveret Sham Hardy sebab dia makan macam tak cukup-cukup. ops!


Tomyam Seafood Carbonara - RM22

masa dapat tomyam seafood carbonara ni, bau aroma tomyam tu menusuk ke hidung. pergh siapa sangka masakan barat dan masakan thai boleh digabungkan dan jadi sedap macam ni! basically it is cseafood carbonara yang kuahnya mixed together dengan tomyam. pekat dan sedap! memang rasa tomyam tu. sangat banyak pulak kuantiti nya. nak makan sorang memang tak larat weyh! dah lah seafood nya banyak bergelimpangan dalam pinggan tu, pergh worth it!

seterusnya, DESSERT!


Chocolate Cake with Ice-Cream - RM15

pernah makan chocolate lava cake? hah lebih kurang tapi versi dalam pan. masa dihidangkan atas meja, pelayan restoran akan tuangkan chocolate tu dalam kuali terus bunyi lah sizzling tu. hati-hati kuali tu memang panas! sebab gelojoh sangat terkena lah jugak sikit jari malam tu. haha! makan pulak dengan banana dan ice-cream memang mebeles la!



Tabletalk Signature Hot Plate Pancake - RM15

this is my faveret! maybe tak berapa suka chocolate. so bila dapat pancake yang disiram honey, dan dipenuhi dengan apple, strawberry dan banana ni memang teruja! nampak lah healthy sikit kan? haha. pancake tu pun masa dihidangkan kuali masih panas so memang sedap makan pancake tu panas-panas dengan fruits. fuh, sedap gila!


Tabletalk Restaurant - Real Food, Tastes Good. 

Highly recommended because the foods are damn delicious! Trust me, you will not regret because the portion, taste and price...worth it! Cozy ambience, and i love it! Definitely will come again with friends. dijamin halal sebab restaurant ni chefnya muslim. ops! sebab kekenyangan dan sibuk sangat makan sampai lupa nak ambil gambar ramai-ramai, pinjam gambar dari blog Sham Hardy



ini lah chef yang masak semua makanan sedap-sedap untuk kitorang malam tu! malu-malu kucing je chef ni masa jumpa kitorang. terima kasih chef untuk semua makanan sedap! oh, kalau nak tengok gambar-gambar makanan kami malam tu yang lebih cantik dan menyelerakan, boleh jenguk entry dari Sham Hardy




Tabletalk Restaurant 
 No. 4, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tel: 03-77337718

















0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates