Backpacking Trip: Travel to Malacca
12:39 am
Seorang Neyra sangat pemalas nak menaip entry blog. selepas dipaksa oleh rakan-rakan barulah rajin nak bukak Travel Journal dan menaip kat dalam ni. ye lahh korang! nak share lah ni. oleh sebab ada tiga jenis trip dari September, Oktober dan November (ya, saya travel every month), maka kita start lah dengan Trip to Malacca bulan September yang lalu.
So sebenarnya saya dan rakan-rakan sibuk dengan majlis perkahwinan kawan kami di Casa Ombak, Kuala Lumpur 13 September tu. kengkonon sebelum pengantin sibuk pergi honeymoon, kami dulu chow ke Melaka untuk honeymoon. eh, gateaway. ye lah dah penat busy siang malam jadi flower girl ofcourse lah kena gateaway! dengan uniform jadi gadis-bawa-dulang tu kami galas backpack dan berempat ke Melaka petang tu jugak! kebetulan, Susan datang dari Medan, Indonesia so bawa lah dia gateaway jauh sikit ke Melaka. setakat bawak jenjalan KL apa je ada pun. kali ni ke Melaka, naik kereta Azlan!
menanti majlis habis, agak lewat juga sebenarnya kami bergerak menuju ke Melaka. sempat singgah di hentian rehat di highway untuk tukar baju, dan masyaallah traffic jammed teruk! ye la lupa pulak masa tu 16 September kan cuti Hari Malaysia. confirm semua bercuti. dari 4 petang, hinggalah 8 malam baru kami tiba di Melaka.
first, kami terus menuju ke Tg Keling, Melaka. sebab kami nak check-in dulu.dah lah ni unplanned journey. maka, tak sempat nak cari hotel ke apa untuk bermalam. terus saya call pakcik saya sebab teringat dia ada hotel di Melaka. maka, malam tu kami tinggal di Everly Resort Hotel, Melaka dan sebab ehem ehem anak saudara punya pakej kan. so dapat lah dua bilik dengan harga yang tersangat murah! thanks my uncle yang sponsor haha. dah lah besar gila bilik. katil selesa, dan besar. lepas tu dalam toilet ada bathtub. ada ruang tamu, TV, meja makan, dan pantry. bilik pun mengadap pantai. cantik!
malam tu kami keluar, dan konon nak pergi Jonker Walk lepas tu jem gila. sejam jugak la jem dalam bandar Melaka sahaja! lepas tu fedap sangat, park je mana-mana dan kami jalan kaki je dalam bandar Melaka tu. tak kemana pun, cuma ke Hard Rock Cafe, Melaka, jalan-jalan menyusur tepi sungai, dan ambil-ambil gambar suasana malam. plan nak makan kat mana-mana tapi last-last makan megi kat hotel. jimat!
dah penat berjalan kaki, hilang sikit lemak di badan, kami pulang ke hotel dan berehat. konon pagi esoknya nak pergi #FitMelaka tapi sebab malam tu dah ber-fit jalan kaki, esok pagi semua kelaut pengsan! hahahahha,
dalam jam 10 pagi macam tu kami bersiap dan nak checkout. sempat la round hotel dulu lepas tu pergi pantai belakamg hotel. ya allah, jalan 10 langkah dah sampai dalam laut! hahaha. patut lah makcik cakap, kalau tsunami ni ranap semua. kahkahkah. kami apa lagi teruja habis la jumpa pantai. cantik pulak tu sebab tak ramai orang kat sini kan so pantai pun cantik je.
dah ambil gambar, selfie berjemaah, lepas tu ambil gambar lompat tepi pantai barulah sedar diri. oh, dah sejam! lambat dah weyh! hahahahahaha okayh masa ni masing-masing kelaparan. tetibe Azlan cakap, ada wedding kawan kat Melaka. gigih okayh kami pergi Bukit Katil. nak travel secara jimat kan?
selepas sesat dua kali sebab waze gila sangat kami nak ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil tapi dibawanya kami ke kilang mamee kejadah entah. kami pun selamat lah sampai ke Dewan yang punyalah besar ni. yeah! makan free! jimatnyaaaa! haha.
kebetulan, sebelah dewan tu ada rumah melaka. apa lagi pegi masuk sana bawa tourist dari Medan tu kenal sikit rumah melaka macam mana. tapi banyak menggila je kami berempat ni. tak terkawal masing-masing. haha!
masuk bandar, kami terus ke Menara Taming Sari. konon teringin la tak pernah naik. tapi punya ramai budak sekolah buat rombongan sekolah. beratur la dengan tabah nya almost sejam. lepas tu naiknya 15 minit je pun. tapi okayhlah. cantik. dapat tengok pemandangan semua. feeling la atas tu.
so macam biasalah jalan ke bangunan-bangunan bersejarah, melawat semua benda. lepas tu muka masing-masing dah penat. cadangnya nak pulang petang tapi end up kami berjalan sampai ke malam. pergi Jongker Walk, and makan aiskrim dalam pasu bunga. menarik! betul-betul macam tanah tapi oreo sebenarnya. malam tu, baru lah pulang ke Kuala Lumpur.
so senarai perbelanjaan ke Melaka,
2 Bilik : RM100 / 4 = RM25 seorang
Minyak + Tol : RM100 / 4 = RM25 seorang
Tiket Menara Taming Sari = RM15
Aiskrim Pasu Bunga = RM5
Total = RM70!
1 comments
Weh jimat sungguh! HAHAHAAA
ReplyDeletedrop your comment here!