Backpacking Trip: Siem Reap, Cambodia (Day 2)

10:40 am

Day 2 at Siem Reap, aktiviti dimulakan dari bangun jam 330 pagi, bersiap dan semangat nak pergi Angkor Wat, sekali driver tak datang sebab demam. haha! terus hotel call cari driver lain, bergerak dalam jam 430 pagi, lepas tu terus tuktuk driver bawak ke tempat membeli pass masuk Angkor Wat berharga $20. nasib baik masa jam 500 pagi  ni tak ramai orang sangat. oh ya, tour ke Angkor Park ni $18 ambil pakej dari hotel.




muka tak ready langsung masa orang tu ambil gambar untuk pass. perasaan benci tengok gambar kat Angkor Pass sebijik perasaan benci tengok gambar kad pengenalan. haha! kena simpan pass ni baik-baik nanti setiap kali nak masuk temple kena tunjuk! 

masa on the way ke Angkor Wat temple dah eksaited gila sebab gelap, dikelilingi hutan dan sejuk, lepas tu nampak banyak gila bintang di langit. subhanallah, cantik sangat. sampai Angkor Wat kena jalan kaki masuk kawasana temple dan takde lampu langsung. so nasib baik memang bawak torchlight beli kat Daiso. lepas tu sementara tunggu sunrise, boleh lah stargazing dulu. cantik sangat sebab no light pollution at all..

Travel Tips: bawak torchlight sebab gelap dan sweater sebab sejuk naik tuktuk awal pagi.


 

nampak gambar sunrise paling first dalam entry ni? untuk mendapatkan view terbaik, dengan reflection Angkor Wat di permukaan tasik, datang lah awal, tahan lah perut yang kelaparan dan tabah berdiri. nescaya, anda akan kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan.



masa ni dah bosan duduk depan tasik, jalan-jalan tepi tasik. refreshing morning!
ramai kan orang? haha!




depan entrance Angkor Wat. 




 


tangga yang tinggi dan curam ni menara paling tengah dalam Angkor Wat ni. ramai pagi-pagi curik-curik naik ke atas ni sebab kat sini lah view sunrise terbaik! tapi takde lah bayang-bayang 5 tower Angkor Wat tu. tangga ni officially open 7 pagi tapi malas saya nak tunggu haaha so terus jalan-jalan dalam Angkor Wat.


okay ni paling gila. nampak kawan ada ambil gambar kat sini, upload kat facebook. tapi ni view belakang dia lah. meaning, dia ambil dari tempat selamat and dari jauh. tapi sebab saya gila sikit, saya beranikan diri memanjat dan duduk berposing kat laluan tu. haha! cool weyh tengok view dari atas tu. best je angin pagi tengah sejuk.


masa tengah posing kat atas tembok mana entah gambar kiri tu, terjumpa budak ni. perghh budak ni jalan kaki sama-sama dengan saya pagi tu. terus interview dia. umur 7 tahun, setiap ahad datang sini jual poskad, kipas dan magnet. english dia boleh tahan bagus. dia cakap isnin-sabtu sekolah. ahad kerja cari duit. sebab tourist yang ada dekat dengan saya masa tu tersentuh hati, dia beli poskad 10 keping $3. saya tak beli la sebab berjimat. haha!

Travel Tips: nak beli or sedekah kat pengemis kanak-kanak boleh, tapi pastikan tiada kanak-kanak lain berhampiran kang semua serbu!



kira-kira jam 8 pagi saya meninggalkan perkarangan Angkor Wat Temple. ni masa atas jambatan kat sungai depan Angkor Wat. ohhhh jambatan ni ke yang saya lalu dalam gelap pagi tadi? kahkahkah. maka, saya teruskan perjalanan ke Angkor Thom!



dalam perjalanan ke Angkor Thom City ni, nampak lah gajah ni. pergh ni kira tour satu Angkor Thom naik gajah, tapi harga $20. menangis woo. haha! tengok dari jauh je la. masa lalu entrance ni macam kagum gila punya grand entrance dia! patut lah dalam maps, besar Angkor Thom ni.

 


  

Ini lah The Bayon, dalam Angkor Thom. yang ada cahaya tu, masa saya duduk di centre of the temple, with 4 direction dan view yang sama, north, east, west, south. pergh duduk tengah tu baru tahu memang sekeliling saya benda yang sama diorang bina. okayh, sebenarnya taktahu pun pasal ni tapi curi dengar dari tour guide berdekatan. haha!



 


 

basically, The Bayon ni ada more than 200 faces sebenarnya. which is creepy jugak rasa. haha! dan The Bayon ni lagi besar dari Angkor Wat, masih banyak runtuhan sekeliling The Bayon ni entah diorang tak sempat bina balik, atau dah bina tapi runtuh balik. basically, most of the temples here dah runtuh sebenarnya tapi diorang construct balik semula. kalau datang ke sini, boleh lah tengok gambar sebelum dan selepas.




lepastu say amacam lost kejap tak tahu nak keluar ikut gate mana. jalan-jalan secara gamble, saya terjumpa ini! ni istana zaman dulu-dulu sebenarnya. besar gila. tapi sebab dah pukul 11 pagi masa ni, dan FYI, centre matahari terpacak adala kawasan Angkor Thom ni, masa ni memang panas pening kepala semua ada la. tak larat rasanya nak mendaki tangga palace ni. siap duduk lepak kat tingkap-tingkap ni, sampai terlelap. 


masa ni tepi palace ni. ada kawasan hutan, pokok besar dan redup je kawasan ni dengan runtuhan batu batan. terus baring...ingat nak pejam mata kejap lepas tu tertidur terus. tourist dan tour guide berdekatan ambil gambar saya lena tidur. hahahahahah.



sebab tuktuk driver cakap dia parking 1km dari The Bayon (mesti dia suruh saya usaha untuk kurus) maka saya teruskan perjalanan ke Terrace of Elephants pulak. besarnyaaaaaaaa wall kat sini. gila tinggi wall. banyak elephants!



lepastu jalan lagi dan lagi, sampai pulak kat terrace of the leper king pulak. kat sini, structure dia U-shape sebab dipercayai sebagai tempat untuk royal cremation site.

masa ni lah azab gila. cari driver yang hilang almost satu jam! dah la masa tu jam 12 tengah hari. dia memang cakap 1km dari The Bayon. tapi masa depan entrance terrace of elephants tu ada parking site tuktuk ingat kat situ. pastu pusing-pusing tak jumpa. line telephone tak dapat. tuktuk driver kat situ cakap ada satu lagi parking site depan sana lagi. pergh meredah panas dan debu, bapak besar gila parking site lagi satu tu! cari kat every single tuktuk tak jumpa. rasa nak nangis menjerit dah la driver lain tak kenal dia pun. lepas tu lepas satu jam pusing, sampai semua driver kenal dan kesiankan saya. diorang siap tanya tak jumpa lagi ke lama da pusing. last-last ikut instinct, round lagi buat kali ketiga ke keempat ntah. check one by one, terjumpa sorang driver tengah sedap tidur peluk bantal! astagaaaaa patut tak nampak! sedap membuta, 


lepas tu tuktuk driver bawak saya ke Ta Phrom! pergh tempat Tomb Rider berlakon kot. driver hantar kat pintu belakang, dia cakap dia tunggu kat pintu lagi satu. harap tak hilang lagi la. nak masuk ke sini, memang merentas hutan dulu. jalan meredah debu semua. nasib redup banyak pokok.




 


okayh ini lah Ta Phrom yang semua orang kata destinasi wajib kalau masuk Siem Reap. most part of this temple dah hancur balik, senget, dan macam-macam lagi dimusnahkan oleh kebesaran akar pokok. nampak tak diorang sampai letak besi nak support akar kayu tu? Ta Phrom ni kecik je sebenarnya. so dalam sejam dua boleh la duduk situ. masa kat sini jugak jumpa Azlan, Mail and Shuk yang baru sampai Siem Reap pagi tu. tak janji pun boleh terserempak. perghhhh. keciknya Siem Reap haha.



opkos dah penat jalan bagai dahaga nak mampos sebab air mineral bawak dua botol besar habis! termasuk air dalam botol air juga. beli lah air kelapa ni ha. $1 je pun. kehkehkeh, masa ni ramai gila budak datang mintak duit and nak jual barang tapi tak layannnn.


lepas tu saya ke Phnom Bakheng. tapi masa tu baru jam 2 petang awal sangat nak hiking naik atas untuk sunset. so saya lepak bawah dulu. perghhhh lapar. stok makanan dalam bag habis nak makan apa pun tak tahu tapi terpaksa lah beli Pringles harga $4 mahallllll. share dengan tourist lain. hahaha. jam 3 petang saya mula mendaki bukit.

Travel Tips: bawak makanan sebanyak yang mungkin! sebab semua mahal dalam Angkor



mendaki tinggi dan jauh jugak lah. ada jugak package amek elephant ride sampai ke atas. tapi $20 woooo. haha! so saya gigih juga berjalan kaki. tengok makcik pakai sari lek je. haha. ada dua pit stop sebelum sampai ke puncak. first nampak temple apa ntah nama tersorok dalam hutan. second West Baray! west baray ni resevoir at Angkor la. yang paling besar. cantik sangat view!



 



dah sampai puncak, naik 80 anak tangga temple pulak ke atas. perghhhh. tapi puas hati sebab cantik. but then I just sit there diam-diam selama dua jam sebab cop tempat kahkahkah. menanti sunset. puassss! memang cantik view atas tu.

Travel Tips: naik awal sikit, cop tempat mengadap matahari. limited 300 orang je naik atas tu.




lepas tu terus driver hantar balik hotel, mandi apa patut lepas berlengas sepanjang hari di Angkor tu. jam 8 malam turun, and cari mana Mail, Alan and Shuk yang baru balik dari spa. ajak makan kat Muslim Family Kitchen lagi. order menu yang sama jugak. haha! tapi malam tu ada orang belanja makan so selamat lah duit. ambil gambar dengan akak kedai sebagai kenangan. akak ni best sebab boleh cakap BM yang fluent. dia pernah duduk kuantan setahun!




lepas  tu terus hantar Mail, Alan, Shuk ke tempat diorang patut naik bas ke Phnom Penh pulak. sebab dari Phnom Penh diorang akan naik bas ke Ho Chi Minh City. perghhhh gigih bebudak ni. on the way balik singgah Night Market and Pub Street. beli Watermelon Juice $1 and banana nutella pancake $1 and tea + kerepek $4. lepas tu beli flag patches kawan kirim 6pcs, $5 je. lepas tu terus balik dan pengsan!

total kemusnahan untuk hari kedua:

temple tour + tips sebab kesian driver tak makan seharian: $10 (shared)
daily pass angkor: $20
shopping: $9
makan minum: $5

total: $44




























You Might Also Like

4 comments

  1. Salam. Kak, saya akan ke HCM 27-30sept ni. Apa pendapat akak klu saya nak singgah cambodia sehari? Klu akak tak keberatan saya nak tanya lebih details kat wassep (Salmah 0196035529) thank u in advance kak :D

    ReplyDelete
  2. Salam....nice experiences there...kagum tengok travel sorang2...sy ni belum ada keberanian lagi...huhu...awal bulan hari tu de gak pegi Siem Reap ni...ikut border thailand...tapi asyik kena tipu je sepanjang kat sini....tu yg lg kurang keyakinan nak travel sorang2...ada tips tak kalau nak travel solo?

    ReplyDelete
  3. Firstly kna yakin. Secondly, buat research so that xkena tipu. Third, jangan layan strangers hahaha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook