468x60

.

Camping Trip: Bukit Broga, Selangor - Port Dickson, N9 - Pulau Intan, Melaka (Day 1)

Saturday, March 28, 2015

Rasa macam blog ni dah jadi blog cerita pasal travel je. haha! okayh, kali ni nak story pasal backpacking, hiking, camping trip dengan kawan-kawan masa Chinese New Year last February. sebenarnya tak plan pun nak pergi mana buat apa semua kecuali niat nak hiking di Broga Hill. tapi kami bawa je khemah and baju segala bagai sumbat dalam kereta and go! unplanned trip is always the best trip ever!

 

kami berlima; saya, Azlan, Aika, Haziq and Robel bertolak ke Broga Hill pagi dalam jam 430 pagi. malam tu baru timbul idea nak pakai merah untuk CNY pulak tu. nasib masing-masing memang bawak baju bertema kan CNY. sebenarnya malam tu risau jugak lah. sebab hujan lebat sangat dari petang sampai ke tengah malam. boleh ke hiking ni kalau trek basah licin? huhuhu. tapi masa sampai tu abang jaga parking tu cakap, trek kering. boleh naik sebab pagi tu pun tak hujan yeah! gigihlah hiking dalam gelap gelita bertemankan lampu suluh yang dibawa. this is my first time hiking kat Broga Hill okayh! masa zaman kolej area sini dulu, Broga Hill tak se-famous ini.


 

kami hiking sampai puncak kedua je. nak teruskan sampai puncak ketiga memang tak berani sebab kasut Aika pun licin, trek pun licing dan memang berbatu kan. masa nak tunggu matahari keluar tu semua mengantuk ambil port tido atas batu haha! tapi kemudian kecewa takde pun sunrise sangat sebab berkabus and awan tebal. tapi Subhanallah memang cantik lah view atas tu. oh ya, seminggu sebelum kami mendaki Bukit Broga ni jugak, Bukit Broga terbakar! so masa tengah mendaki tu memang sesak nafas jugak nak hidu bau terbakar tu.


Gambar CNY kami. nasib baik Haziq takde baju merah tapi ada baju cheongsam beli kat Lao. haha!. I just loveeee them because kami semua memang gila bergambar. nasib baik Aika bawak DSLR dia. tak percaya kami gila? tengok lah gambar lepas ni nanti. haha!



our talent, Azlan Reeza. hahaha! daun kering tu saya pegang sebenarnya. sobs. hahahahah! boleh lah siapa nak ambil dia jadi model ke apa. ada bakat sangat ni hah. *iklan*


this is us. kami panggil group kami SO. stands for Secret Organization. kahkahkah! I'm happy to have them in my life. memang ceria je dengan perangai gila masing-masing. duduk atas puncak Broga berejam jugak ambil gambar semata-mata.

 


lompat lompat tinggi ke awan. lepas tu berlakon mati dalam rimbunan pokok terbakar. motif? haha!




ni adegan memanjat pokok pulak. hahaha! memang tak boleh dikawal hyperaktif kami ni. kami turun dalam jam 9 or 10 pagi macamtu la sebab matahari makin meninggi, orang semakin ramai. sesak wooo nak turun. nasib baik cepat-cepat turun. 


 
 
 

aksi-aksi candid masa nak turun Broga. part jatuh, part gelongsor, macam-macam. baju totall berdebu habis lah. turun je dari Broga tu kami lepak kejap minum air kelapa pandan and jelly kelapa pandan. sedap gila hoi! fresh sangat kelapa tu. lepas tu sambung lepak mamak kat Semenyih. dan bakar kalori panjat Broga, pergi la tambak lemak dan kalori di kedai mamak! masa kat mamak ni jugak baru plan nak camping kat mana and we decided to camping at Port Dickson!

The voice of the sea speaks to the soul. cewahh. sebelum sampai pantai ni actually kebetulan family Haziq pun datang PD untuk berpiknik lah. tapi malangnya semua pantai sesak gila dan jem teruk sebab ada Hot FM lah datang apa kat Teluk Kemang tu and last-last diorang piknik kat Starbucks je! hahaha. lepas family Haziq dah balik baru kami pilih pantai lain yang okayh dan tak ramai sangat. kami pilih Pantai Bagan Pinang untuk camping!

kami bawa dua khemah, dan terus pasang petang tu. teruja nya! sebab lama gila kot saya tak camping macam ni. lagi-lagi seronok dengan kawan-kawan semua! kami tak mandi pantai pun petang tu sebab masing-masing gelabah nak mandi kat toilet la apa tapi toilet takde air pulak. so kami just jalan-jalan celup kaki sikit-sikit kat pantai, main kejar ombak, tulis nama atas pasir pantai, tengok sunset yang tak berapa nak ada tu. hahaha! malam tu baru dapat mandi, terus jalan cari makanan kat area situ jugak. ramai je berniaga and memang happening la pantai ni. nasib tak duduk kat Teluk Kemang lagi gila ramai. 


Malam tu memang best. kami borak-borak main true and dare sambil dengar bunyi ombak memukul pantai. cewah ayat. tapi menjelang tengah malam tu air surut gila. masa tu baru nampak jeti rupanya setinggi saya. Haha! masa tu Haziq, Robel dan Aika decide nak tidur je sebab penat and Aika pun tak sihat so saya dan Azlan pergi jalan-jalan tepi pantai. Gila banyak surut air sampai semua orang berjalan kaki je ke pulau sebelah sana. Ramai-ramai bawak baldi, kutip kerang, ketam, siput dan lain-lain. Saya sebab berkaki ayam lupa bawak selipar, belek-belek batu karang dan rumpai laut yang bergelimpangan tepi pantai je la. Kang meredah tengok orang kutip siput ketam, kaki luka terpijak macam-macam pulak.

dek tergoda bau burger sedap, kami supper makan burger malam tu tepi pantai. Kat sini diorang buat meja kecik camni, bentang tikar lepas tu semua duduk bersila makan bersama. unik rasa. Lepas tu Azlan cakap, "rupanya travel dalam negara sendiri best jugak. Susah-susah kita selalu pergi negara orang" hahahahahhaa!!

okayh, tamat hari pertama kami bercamping. malam tu tidur lena terus kat dalam khemah sampai esok pagi. sambung entri seterusnya...






















0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates