Fesyen Muslimah Clothing Untuk Ke Pejabat!

9:48 pm

Sejak kebelakangan ini, industri fesyen tanah air kita memang sangat meriah dengan revolusi fesyen muslimah yang semakin berkembang pesat, kan? So, kalau korang semua merupakan salah seorang follower setia fashion Muslimah kat Malaysia ni, mesti korang ada perasan kan fasa-fasa dimana bermulanya kegilaan trend palazzo pants, kemudian diikuti dengan pleated maxi skirts, long cotton dress, cardigan hinggalah baju kurung peplum! Untuk trend tahun ini pula, industri fesyen Muslimah sekali lagi meriah dengan kemunculan rekaan-rekaan pakaian muslimah yang menarik seperti long jumpsuit, shirt dress, long tutu skirts, jubah cotton, blouse Muslimah dan banyak lagi.

Bagaikan lumrah kehidupan seorang individu yang berkerjaya (atau sebenarnya semua wanita mempunyai dilema yang sama!), setiap pagi kita akan mula buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Professional? Casual? Santai? Pakaian yang terlalu banyak dalam almari dan bukannya tidak ada pakaian yang sesuai, tapi setiap hari tetap dilema yang sama berulang seolah-olah sudah kehabisan idea untuk bergaya. So, untuk kali ini.. saya nak bagi sedikit idea untuk wanita-wanita bertudung yang mungkin mahu bergaya dengan fesyen Muslimah clothing untuk ke pejabat. Takkan nak pakai fashion yang sama je ke pejabat kan? kenalah ikut trend semasa gituu...



Macam apa yang saya cakap kat atas tadi, pilihan long jumpsuit dan shirtdress adalah trend fesyen yang ideal dan tak lupa juga pemakaian pallazo pants adalah masih RELEVAN! Cool, kan?


Begitu juga dengan pemakaian jubah dress dan long skirts. Lebih ayu dan feminin ke pejabat, kan?





Selain tu, korang juga boleh memadankan skirts atau seluar yang ada bersama Muslimah tops atau blouse Muslimah dan juga kimono tops macam kat atas ni. Kalau korang jenis lebih selesa memakai t-shirt, sarungkan kimono jacket atau long cardigan sebagai outerwear korang. Simple, tapi masih boleh bergaya. 

 Dah dapat sedikit idea untuk bergaya ke pejabat? Semoga entry ini dapat membantu korang semua dalam merancang pemakaian ke pejabat yang bersesuaian. Buktikan yang wanita muslimah juga boleh bergaya mengikut trend semasa untuk ke pejabat!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook