Program #ArifLabur : Elak Sengsara Selepas Bersara

11:48 am



Beberapa hari lepas diberi peluang untuk pergi sidang media untuk program #ArifLabur, sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. #ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”.

Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur.

 

Objektif #ArifLabur ialah:

* Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara
* Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah
* Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah
* Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa
* Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment



Topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”. Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan. Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur.

Apa yang akan ada ketahui dari Program #ArifLabur?

* Segalanya tentang pelaburan unit amanah
* Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan
* Kelebihan melabur dalam dana ekuiti
* Pemantauan pelaburan & risiko



Program #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan Berjaya dalam bidang keusahawanan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan:

12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor
3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak
24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak
29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan

Mengapa 90% pelabur kehilangan wang? Kenapa tidak memilih risiko pelaburan yang lebih rendah jika anda pelabur baru? Bagaimana memilih pakar dana amanah yang professional? Bolehkah menjadi jutawan dalam jangkamasa sederhana? Persoalan ini akan dijawab jika anda hadir ke Program #ArifLabur.



Yuran penyertaan: RM 10 sahaja!

Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900.

Tempat adalah terhad!

You Might Also Like

2 comments

  1. wow! artikel ini dibaca sampai habis sebab nampak fizo omar di situ hehe...amanah saham ni memang salah satu pelburan saya

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook