Majlis perasmian Restoran Sushi King yang ke -100
5:32 am
2016 adalah tahun yang bermakna buat Sushi King - restoran makanan Jepun yang terkenal di Malaysia. Siapa je tak kenal Sushi King kan? Penggemar sushi di negara ni mesti tahu punya! Baru -baru ni, Sushi King telah merasmikan restoran mereka yang ke -100 di AEON Shah Alam! Wow~~ dah 100 outlet? Siapa sangka kan?
Sushi King ni kalau korang nak tahu, dah 21 tahun beroperasi di Malaysia. Diorang ni jugak lah pioneer untuk conveyer belt restaurant kat Malaysia ni. Pengasas Sushi King dan juga Executive Chairman of Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.)Fumihiko Konishi ini adalah salah satu pencapaian terbesar untuk Sushi King.
“Dari hari pertama kami membuka restoran Sushi King yang pertama pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, kami telah berjaya mengharungi perjalanan yang sangat panjang dan penuh cabaran untuk tiba ke hari ini dengan resotan yang ke 100. Dengan memperkenalkan rakyat Malaysia dengan makanan dari Jepun selama ini, kami juga diberi peluang untuk mempelajari tentang budaya Malaysia dan variasi makanan baru.", kata Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Konishi ketika majlis perasmian.4
Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Konishi juga berkata Sushi King akan sentiasa mengekalkan kualiti makanan mereka dengan ramuan yang berkualiti dari jepun, Norway dan negara lain dalam menghasilkan pelbagai menu makanan Jepun yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Selain itu, ketika majlis perasmian juga kami dihiburkan dengan persembahan "Taiko Drum", tarian tadisional Soran Bushi dan juga pertujukan cara-cara membuat Mochi. Pembuatan Mochi melambangkan adat budaya Jepun sebelum memulakan sesuatu dalam kehidupan seharian mereka dan juga simbolik untuk spirit of rice supaya cawangan yang ke-100 ini akan terus kuat dan maju pada masa hadapan. Di majlis yang sama juga, Sushi King telah menyumbangkan RM10,000 kepada Malaysian Red Crescent Society, atas menghargai jasa dan sumbangan mereka selama ini.
Kami para blogger dan media juga telah disajikan dengan pelbagai menu Sushi King tengah hari tu. Dan my fav dish is fried mochi durian yang special ada di restoran Sushi King ke-100 di AEON Mall Shah Alam ni je!. Ayuhhhhh~ kita semua makan di Sushi King!
3 comments
Sedapnya dia makan....
ReplyDeletenampak sedapnya mochi durian tu... tak pernah try. Nanti nak kena datang sini lagi lah
ReplyDeleteRindu nak makan mochi durian
ReplyDeletedrop your comment here!