The Kid From The Big Apple - filem WAJIB tonton bulan ini!
3:13 amMasa mula-mula dapat invitation tengok movie The Kid From The Big Apple ni, I’m wondering…. Ni cerita dari mana? The title itself macam interesting dan penuh makna. Laaaaa…rupanya Malaysian Film! And GUESS WHAT? Filem ni menang 4 awards kat 7th Macau International Movie Festival (Golden Lotus Awards) baru-baru ni. WHATTTTT? EMPAT? Gila hebat kan? Tayangan kat Malaysia ni bermula 10 Mac 2016, tapi dah menang empat award besar di Macau iaitu, best writing award, best actor award, best supporting actress award, and best newcomers. Jangan tak tahu pulak, The Kid From The Big Apple juga finalis dalam Hollywood screenplay contest pada tahun 2014, dan finalis New York screenplay contest pada tahun 2013. Dan, lepas ni The Kid From The Big Apple akan mencuba nasib di Golden Horse Awards dan Berlin Film Awards.
Sinopsisnya, Sarah yang berumur 12 tahun ni dihantar maknya
untuk tinggal bersama datuknya di Malaysia. Sebelum ni memang she grew up her
entire life in the Big Apple, which is New York dan dah terbiasa dengan budaya
barat. Macam mana lah agaknya budak New York nak tinggal kat dalam rumah flat
dua bilik bersama datuknya yang sangat klasik dan pentingkan budaya Cina?
Fuhhhh.
Apa yang menariknya dalam filem The Kid From The Big Apple
ni sampai jatuh hukum wajib untuk ditonton?
Adat dan budaya menghormati orang yang lebih
tua.
Atok kepada Sarah ni bukan sahaja mengajar
Sarah ni kaligrafi Cina, tapi juga ajar Sarah ni macam mana untuk hormat kepada
orang lebih tua. Kalau tengok masa mula-mula Sarah ni sampai Malaysia, memang
dia kurang ajar sangat dengan Atok dia. Sabar je la. Banyak moral values dalam
filem ni.
Ini adalah filem pertama untuk Sarah Tan bawa watak utama.
Susah nak jumpa pelakon cilik yang
betul-betul berbakat macam Sarah ni. Sarah sangat menghayati watak seorang anak
kecil yang ego, sombong, berlagak tapi akhirnya kecundang lepas belajar tentang
adat dan budaya di negara sendiri. Tak terkejut lah dia menang “Best Newcomers”
Award di 7th Macau International Movie Festival.
Filem ini dirakam sepenuhnya di Malaysia
Macam filem Ola Bola, atau The Journey, The
Kid From The Big Apple ni satu lagi filem yang saya rasa kagum dengan skil
sinematografi nya. Hampir saya keliru filem ini dirakam di mana. Rupanya semua
dalam Malaysia. Bangga kan?
Menonton sambil beramal.
Keuntungan dari filem The Kid From The Big
Apple ini akan disalurkan kepada Mah Sing Foundation. Bagus kan? Sambil
menonton wayang pun kita beramal sedekah untuk yang lebih memerlukan.
========================================
Tahniah Jess Teong untuk filem yang sangat
AWESOME ini! Salah satu lagi filem WAJIB tonton di Malaysia. Jangan lupa serbu
pawagam berdekatan 10 Mac ini tau!
p/s: Ah Bao kelakar gila! Tak caya tengok lah trailer ni.
p/s: Ah Bao kelakar gila! Tak caya tengok lah trailer ni.
0 comments
drop your comment here!