Sunway Putra Hotel Food Festival 2016

12:31 am







Hari Khamis yang lepas, saya dan rakan blogger lain yang kuat makan dijemput oleh Sunway Putra Hotel (SPH) untuk memeriahkan lagi SPH Food Festival 2016. Kalau korang nak tahu, Sunway Putra Hotel ni antara top culinary hot spot Kuala Lumpur dan syurga makanan untuk pelbagai jenis makanan!







Executive Chef Sunway Putra Hotel iaitu Chef Rossham berkata, objektif mengadakan SPH Food Festival 2016 ini ialah untuk meningkatkan lagi reputasi hotel yang menghidangkan pelbagai makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. SPH Food Festival 2016 tu jugak ada beberapa sampling stations yang offer beberapa menu dari restorang mereka iaitu Coffee House, restoran makanan Jepun Gen Restaurant dan beberapa pemanis mulut yang sangats edap dari Atrium Lounge! Antara banyak menu yang saya try, saya sangat suka Jackfruit Chocolate Cake, dan juga Dragon Fruit Red Velvet Cake di Atrium Lounge! sedap gila dan ada kelainan yang saya pasti saya takkan jumpa cake macam ni kat tempat lain. Tak lupa juga Chicken Katsu yang sangat crispy, Tamago Dofu yang lembut gilaaaaa punya sedap dan Tebasaki yang manis dan enak di Gen Restaurant. Fuh!



SPH Food Festival bermula pada jam 4:30 petang dan dimulai dengan acara Celebrity Cook Off Challenge dimana para artis iaitu Anding Indrawani, Shakilla Khoriri dan juga Ramona Zam Zam bertanding dalam pertandingan memasak juadah yang ditetapkan. Menariknya, mula-mula tu mereka kena cabut undi dulu, dan ke meja yang disediakan secara rawak berdasarkan angka giliran yang mereka dapat. Ramuan yang disediakan di setiap meja juga berbeza maka mereka sebenarnya tak tahu ramuan apa yang bakal mereka dapat dan menu apa yang perlu mereka masak untuk pertandingan tersebut. Diberi masa 45 minit untuk setiap selebriti, dan juadah mereka pula akan di uji oleh Chef Rossham sendiri yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri dan juri lain ialah Chef Yahaya Hassan dan Chef Khairuddin Kamaruddin.




Mee goreng mamak hasil dari air tangan Ramona Zam Zam telah berjaya memikat hati para juri untuk menobatkan beliau sebagai juara dalam pertandingan ini. Shakilla Khoriri pula berjaya dapat tempat ke-2 manakala Anding Indrawani pula di tempat ke-3.








Habis je Celebrity Cook Off Challenge, kami telah diberi peluang untuk makan  malam secara buffet di Coffee House, Sunway Putra Hotel. Harga buffet makan malam ialah RM78 nett seorang. Korang kena datang sini dan makan sepuasnya sebab perut korang mesti happy je lepas menikmati juadah makan malam kat sini! 





Maklumat lanjut tentang Sunway Putra Hotel:


Telefon:
+603-40409888

Email:
Facebook:

Intagram:

Website:

------------------------------









You Might Also Like

1 comments

  1. ok terliur.. nasib la nafsu makan aku ni boleh dikawal

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook