5 Tips Wajib Sebelum Surfing

7:24 pm


Bila kita tonton filem-filem hebat di pawagam tentang dunia surfing, pasti terdetik di hati; "Wahhh hebatnya diorang lawan ombak tu!".. "Weyh camne nak balance atas papan sekeping tu wey!". Hah masa tu mulut terkumat kamit la terucap rasa kagum tu. Tahu kah sebelum nak surfing atau meluncur, beberapa perkara perlu korang ambil tahu? Ini 5 tips sebelum surfing untuk korang:



1. Pilih surfboard dan pakaian yang betul

Ala dah lah baru nak start surfing lepas tu mestilah macam-macam nak kena ada betul tak? Kalau untuk beginner baru nak start, korang perlu ada surfboard lebar, panjang dan tebal. Kalau badan bersaiz besar, lagi besar la surfboard yang diperlukan. Ada pelbagai size ya! Dah pro nanti barulah boleh pakai surfboard kecik sikit. Belajar basic surfing dulu guna surfboard sesuai, nanti takut tak dapat balance pulak Hehehe.

Macamtu jugak dengan pakaian, kena pakai baju yang betul. Suhu air purata lokasi nak surfing tu menentukan ketebalan surfer suit yang korang perlu pakai. Kalau jenama yang popular dengan dunia surfing ni tentunya Rip Curl! Boleh la kunjung ke butik mereka dan tanya lebih lanjut tentang pakaian mana yang sesuai untuk surfing kan?


2. Pilih lokasi dan hari yang baik untuk surfing

Nak surfing ni bukan sebarang ombak boleh kita terjah. Teringat masa di Bali dan Aceh, penduduk lokal di sana bagitahu Pantai Kuta, Bali dan juga Pantai Lampuuk, Banda Aceh mempunyai ombak yang sesuai untuk surfing. Tapi kalau korang beginner, cari lah fiendly spot dulu. Elakkan lokasi yang banyak batu karang, dan untuk beginner cari lokasi yang ombaknya lembut je lagi, and berpasir. Tak ramai orang pun bagua nanti habis semua korang langgar dengan surfboard. Tak tahu mana lokasi surfing di Malaysia? Blogger Sally ada senaraikan lokasi-lokasi terbaik untuk surfing di Malaysia! 

Cuaca yang baik juga memainkan peranan penting ya. Ye la nanti dari friendly spot pun boleh jadi tempat paling bahaya untuk surfing kalau cuaca buruk. Kaji kawasan yang tidak mempunyai rip currents yang kuat. Bila ombak besar, lebih banyak air bergerak di sekitarnya dan rip currents jadi lebih kuat dan sukar untuk surfing. Masa ni mesti penat habis tenaga melawan arus. Kaji cuaca di lokasi surfing dulu sebelum nak pergi surfing.


3. Bermain dengan ombak laut

Untuk beginner surfer, korang boleh manja-manja dulu dengan ombak ni dalam posisi berbaring. Halakan surfboard ke arah pantai lepas tu bila nampak air putih terus lompat ke afas surfboard dan cuba untuk berdirim Kena pandai latih diri dan gerakkan badan sedikit demi sedikit. Dah pandai sikit tu, cuba berlatih untuk mengayuh main dengan ombak pulak lah. 

Kayuh dalam-dalam dan cuba kekal perlahan dan pastikan surfboard dalam posisi mendatar. Jangan kebelakang sangat dan menolak air pulak. Kalau nak belajar dengan lebih baik, boleh masuk ke salah sebuah surfing school di Cherating atau berlatih di Sunway Lagoon dulu. Mana tahu satu hari nanti jadi surfer yang hebat?


4. Berdiri di atas surfboard

Sebelum ke laut juga, kornag kena mahir dulu buat pop ups. Baring atas lantai dengan tangan hampir dengan dada tapi jangan terlalu jauh, ala maam push up tu. Surfboard untuk beginner kan kena luas dan lebar, sebab memudahkan untuk korang berdiri nanti. Tapi gerakan kena lancar lah. Latih diri sendiri dari posisi baring untuk teus berdiri dan ubah cara nak membelok. Lompat kembali ke posisi awal dan cuba ulang semula rutin sampailah boleh buat pop ups 20 kali tanpa henti. Jangan lupa ni baru kat lantai yang kaku, atas laut nanti entah macam mana nak balancing dengan air yang bergerak-gerak tu. Pastikan untuk berdiri bukan melutut. Kuasai teknik ini dengan berani, dan yakin pada diri sendiri.


5. Kenali apa itu rip currents dan cara mengatasinya

Rip current ialah narrow current yang kuat bergerak dari persisiran pantai kembali ke laut. Air laut yang ditolak kembali ke laut dari ombak, angin dan air pasang. Bahaya kalau kita terperangkap dalam arus ni tapi jangan panik! Kalau lagi panik, lagi penat nak melawan arus. Kayuh surfboard selari dengan pantai dan lihat ke mana gelonbang ombak itu ditolak dan keluar dari arus tu. Jangan risau, rip current ni selalunya tak besar sangat dan surfboard akan menyokong badan kita. Dan jangan lupa untuk chill, nikmayi surfing dan tahan nafas bila bila masa dalam laut. Ye la kadang-kadang tak boleh agak pun bila gelombang ombak datang. Blend well je dengan ombak, jangan melawannnya. 


Hah, itulah antara tips wajib untuk korang tahu sebelum nak surfing. Tapi kalau tak berani nak surfing di laut, kita semua surfing di pawagam je la bersama Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan dan lain-lain pada 22 February ini! Filem Surf This Love : Gelora Juara adalah filem surfing pertama di Malaysia akan pecah panggung semua! Dilakonkan sekitar Pulau Tioman dan Bali, pasti hebat filem arahan Wah Haafiz ni.

Filem ni mengisahkan tentang Billie yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman yang gemar dengan sukan luncur sejak kecil. Tapi kehadiran seorang Blogger bernama Mia mengubah segalanya. Hah? Apa yang blogger ni buat? Hah jom serbu ramai-ramai ke pawagam berhampiran 22 Febuari nanti!


You Might Also Like

5 comments

  1. Perghhhh...sekali surfing kat Malaysia! Gilaaa weh gila! Patut ambil Sally berlakon ni...boleh redah ombak..ditepiii pantaiii yg indahhh...Ku dudukkk seoranggg dirii..eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni apehal nyanyi? feeeeling surfing dgn pekin ke

      Delete
  2. Eh nest gila. Hensem kot hero dia ketak sana sini.. ugh bagus kena tahu keselamatan sebelum pergi surfing

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi suka ye wakkkk ada hero bukak baju ni

      Delete
  3. ada shukri yahya <3 ... kita takreti berenang wakk ! tp suka tengok org surfing

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S