Review: Ayat Ayat Cinta 2 - Perlu ditonton atau tidak?

10:46 am


"Yang patut dicintai adalah cinta itu sendiri dan yang harus dimusuhi adalah musuh itu sendiri." - Fahri, Ayat-ayat Cinta 2.
Usai menonton Ayat Ayat Cinta 2 sempena malam galanya di Pavillion KL, terpanggil rasa untuk Ney review filem ni. Jarang-jarang rajin ni. Masa dapat jemputan, memang rasa teruja. Ya lah, lupa dulu kegilaan fenomena cinta agung Fahri dan Aisha masa Ayat Ayat Cinta tahun 2008? Semua orang ternanti-nanti sekuel karya novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Sebagai peminat Ayat Ayat Cinta, apakah yang saya rasa selepas menonton? Jujur, sedikit kecewa.



Jika dibandingkan dengan Ayat Ayat Cinta tahun 2008, ya karya agung itu sememangnya hebat. Terbuai perasaan kita dengan menjadi saksi kisah cinta Fahri dan Aisha. Kalau tak banjir panggung menangis masa tu memang tak sah lah. Tapi beda dengan filem sekuelnya ini. Bagi saya, jalan ceritanya sama. Lebih kurang je dengan yang pertama. Tapi kali ini lebih kepada cerita tentang Fahri sendiri. 

Fahri kini tinggal di Edinburgh, Scotland dan menjadi pensyarah di sana. Mana Aisha? Oh rupanya lepas gugur kandungan dua kali, Aisha membawa diri menjadi sukarelawan di bumi Gaza, Palestin membantu mereka yang dalam kesusahan di sana. Malangnya, Aisha hilang di dalam peperangan. Gituh.


Fahri ni pulak memang jadi kegilaan ramai di Edinburgh University. Sana sini student gila ke dia. Dan macam biasa ada juga yang membenci terutamanya jiran-jiran tetangga. Islamicphobic katanya. Tapi sedaya upaya filem ini cuba menggambarkan sisi lain yang lebih kearah kebaikkan. Bak kata Johan Arif Asaari yang menonton bersama saya tadi, "selalu orang benci Islam dan bertentangan pendapat tapi filem ni cuba untuk merapatkan semua dan tonjolkan sisi Islam yang bukan tipikal selalu kita tonton".


Meski dihina, dimaki, dicaci tapi Fahri tetap menebarkan kebaikan. Fahri mencerminkan cinta yang benar-benar hakiki. Tidak peduli bangsa, agama, bahasa, dan latar belakang, Fahri curahkan semua rasa cinta itu. Fahri mengungkapkan bahasa manusia dan cinta.

Uutuk tata muzik latar, sinematografinya memang cantik. Keindahan bumi Scotland sangat lah terbaik. Cuma makin lama menonton makin terbuai mata Ney untuk tidur. Fahri terasa semakin jauh dan jauh dari kita semua. Orang sebelah pun menguap dua belas kali! Haha.

Benar, filem ini membincangkan isu sosial perihal Islam di mata orang ramai. Filem ini masih relevan karena menggambarkan isu-isu seperti bagaimana kedudukan wanita di mata Islam, bagaimana pandangan Islam terhadap perang dan terorisme.  Segalanya ada jawapannya dengan Fahri.

Fahri bilang kita kadang harus mundur sedikit untuk dapat melompat lebih jauh. Tapi filem ini mengambil kemundurann yang terlalu jauh, dan akhirnya jatuh.


Sayang, dari segi penggarapan jalan cerita, film Ayat Ayat Cinta 2 ini seperti tidak masuk akal. Fahri terlalu sempurna. Persis malaikat. Ya, Fahri seperti Malaikat untuk semua dalam filem ini. Apa sahaja kesusahan, takpe Fahri ada. Brenda (lakonan Fazura) balik tengah malam mabuk pun dia tolong. Nek Catarina kena halau dari rumah pun takpe, Fahri beli rumah tu semula. Keira spray kereta dia pun takpe, Fahri kata "kalau itu buat kamu lega, teruskan". Jason mencuri dalam kedainya pun Fahri tetap cakap "jika kamu mahu ambil, ambil lah. gratis.". Wow angel gila Fahri ni! Nasib duduk di Scotland bukan duduk rumah panjang. Semua Fahri kutip duduk rumah dia dengan niat membantu haha!


Antara yang tidak masuk akal lagi, ketika debat konflik timur tengah. Berhempas pulas lah study ilmiah tentang konflik timur tengah dan usul pertama Fahri cuma beri ayat ayat cintanya: " Yang harus kita cintai adalah Cinta itu sendiri, dan yang harus kita benci adalah kebencian itu sendiri". Lepas tu Nek Catarina join debat tu sama dan menang haha! Hidup nenek!!! Baik awal-awal suruh Nek Catarina je join debat. Tu belum masuk part Ney dah musykil kenapa satu universiti di Scotland ni duk cakap Bahasa Indonesia je. Ya ampun.


Lagi tidak masuk akal, tika Ayat Ayat Cinta yang pertama dulu, Aisha dinikahi Fahri dalam keadaannya berpurdah. Tapi bila Aisha jadi Sabina dan sembunyikan identiti diri ketika bekerja di rumah Fahri, si Fajri ni langsung tak perasan tu Aisha. Ke sebab Aisha dah gemuk? Parut kat muka bukan ketara sangat pun. Atau sebab Fahri rabun? Kena banyakkan makan carrot la Fahri ni.


Paling funny, akhir cerita ada sedikit selitan teknologi acah Star Wars. Buat face-off pulak muka Aisha dan Hulya konon sebab kalau besarkan Umar baby baru lahir tu, jangan lupakan muka maknya. Kahkahkah! Bukannya tak boleh tunjuk gambar. Habis details proses pembedahan tukar wajah tu. Dan korang akan tinggalkan panggung wayang dengan satu persoalan di minda,

"Ni filem apa dowh????

Harap tiada Ayat Ayat Cinta 3. Badi poligami Fahri akan berterusan. Kahwin je, bini kedua mati. Haha! 

You Might Also Like

4 comments

  1. Filem ini nak menggambarkan bagaimana seharusnya sifat seseorang muslim itu yang sepatutnya. Bukan isu semua orang Fahri nak tolong, sebaliknya bagaimana seorang Muslim seharusnya seperti watak Fahri? Bagi saya filem ni bagus. Cuba bayangkan jika Fahri ni wujud pada zaman kegemilangan Islam dahulu kala? Adakah setanding Fahri dengan tokoh muslim terdahulu? Kita merasakan Fahri seperti malaikat sebab dia hidup zaman sekarang, bukan zaman dulu. Kononnya tiada lagi orang ‘malaikat’ seperi Fahri zaman ini. Dan itulah yang nak ditunjukkan dalam filem ini, supaya muslim boleh bangga dengan ‘kemusliman’ yang sewajarnya dipraktikkan. Bukanlah bermakana watak Fahri ni sempurna sehingga tiada cacat cela, antara kelemahannya adalah tidak mengenali isterinya sendiri. Isu face-off itu sebenarnya terkait dengan hukum fiqh dan fatwa yang mengharuskannya, seperti dalam novel ACC2. Habiburrahman mungkin ingin menyentuh isu face-off seperti ini berdasarkan hukum Islam supaya sedikit sebanyak masyarakat tahu. Btw, setidaknya Umar boleh menyentuh wajah ibunya sendiri meskipun berlainan jasad. Hehe. Bagi mereka yang meraskan filem seperi ini macam tak logik, cuba fikir sekali lagi. Haha. Tebarkan senyuman, ini sekilas pandangan saya. Peace! ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi religiousnya ya bagus cerita ni dr segi penyampaian erti islam tu sendiri, tp kalau dr segi seni ya cerita ni jd ngarut sbb too much obvious divine intrusion, sbb tu bro rasa kritikan penulis mcm terlampau bash tp ada benarnya kedua-dua pandangann kalian berdua

      Delete
  2. Cerita memang xbest langsung, macam rekaan sgt, kalau sedih pon langsung xmengharukan...kalau budak sekolah boleh percaya... Kalau compare dengan AAC 1 jauh lebih baik jalan citer pon sedap utk ditonton dan menyakinkan.

    ReplyDelete
  3. Manaaaa pergii anak si Fahri dengan Aisha tuu..ya ampun watpe laa nak sorok identiti kan dah tersakiti sendiri ..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook