Nikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru di Domino's Pizza!

12:41 am




Setiap kali ke Domino's Pizza, bukan pizza je Ney order tapi  wajib Ney order dessertnya sekali. Dulu Ney memang suka makan Banana Kaya di Domino's Pizza tapi nampaknya sekarang Ney ada faveret baru di Domino's Pizza iaitu Blueberry Cheesecake Lava Cake yang terbaru! Korang dah cuba tak?


Hari Jumaat lepas, bila Encik Tunang habis kerja terus ajak dia ke Domino's Pizza PJ Newtown. Ye lah minggu sebelum tu asyik sold out je stok kek baru ni. Laku keras betul lah semua orang duk order je. Dan punya lapar dan tak sabar nak rasa Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru tu gigih kami bergegas ke sana! Tapi, Banana Kaya tetap Ney order haha! Sedap ke Blueberry Cheesecake Lava Cake ni? Boleh lawan ke kesedapan Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake?


Bagi Ney, kek yang terbaru ni memang menarik gabungan blueberry dan cheese. Agak manis sedikit tapi kalau penggemar makanan manis mesti jatuh cinta. Rasa lemak keju dan manis blueberry memang gabungan terbaik. Lagi manis bila makan bersama yang tersayang ye dak?


Blueberry Cheesecake Lava Cake ni memang dibakar dengan sempurna dan dihidangkan fresh from oven! Lapisan atas dibakar sempurna, bila kita sentuh je sudu, terus bocor lava melimpah! Hah ni lah part paling seronok bila makan lava cake. Terkeluar la cecair keju pekat dengan potongan buah blueberry keluar dalam lava tu.

Katanya dalam pembuatan Blueberry Cheesecake Lava Cake ni, Domino's Pizza hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini termasuk keju krim yang lazat dari New Zealand dan beri biru dari Perancis. Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek lava ni tau! Dan bukan mudah untuk buat kek ni sebab salah satu cabaran dalam menyediakan kek ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya. 


Dapatkan tawaran hebat dengan pelbagai pilihan daripada Domino’s Pizza. Dari 1 Julai 2018 dan untuk tempoh terhad sahaja, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru pada harga pengenalan RM7.10 sahaja. Sempena pelancaran tambahan terbaru dalam pilihan kek lava, Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake juga ditawarkan pada harga RM7.10 sahaja. 


Untuk menikmati bersama keluarga dan kawan-kawan, korang boleh memilih Buddy Combo yang menawarkan satu Regular Pizza (piza saiz biasa), satu Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Stuffed Cheddar Bites, dan dua tin minuman ringan pada harga RM42.90 sahaja. Untuk kumpulan lebih besar, korang boleh memilih Super Combo yang merangkumi dua Regular Pizza, satu Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan satu botol minuman ringan pada harga RM59.50 sahaja. Wah menariknya! 

Korang boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat tempahan dalam talian di www.dominos.com.my, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Jom order sekarang!


You Might Also Like

1 comments

  1. makanan berbaloi harga pon berbaloi..tak usah risau lah

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook