Galeeveurs: Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Yang Pertama Di Malaysia

6:29 am


Baru-baru ni heboh diperkatakan netizen, salah satu kedai kopi paling padu di Penang, yang diusahakan oleh nenek berbangsa Cina yang sudah tua. Ternyata, betapa padunya kopi dia sejak turun temurun, tapi pernah terfikir tak kalau tradisi pembuatan kopi yang sedap tu tak dikekalkan untuk generasi akan datang? Sayangkan?



Atas sebab-sebab begini, tercetuslah idea Galeeveurs Group untuk menubuhkan Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B yang pertama di Malaysia khas untuk mereka yang terlibat dalam industri perniagaan makanan dan minuman ini.  Menerusi servis khusus di hab yang bakal ditubuhkan ni, harapnya warisan makanan tempatan dapat dikekalkan. 


Dalam Galeeveurs ni ada sekumpulan pakar dalam pelbagai bidang dan dan enam yang ditawarkan merangkumi strategi penjenamaan dan pemasara, servis pengurusan, kilang produksi sentral, pendidkan mengenai makanan dan minuman, perkembangan IT serta bantuan kewangan. Wah, bagusnya memang sesuai untuk yang mahu kembangkan lagi perniagaan mereka dengan cara dan saluran yang betul. Ye la, sayang kan setiap makanan ada ciri unik, atau resepi tersendiri .Kalau tidak dikekalkan warisan tradisi turun menurun ni memang sia-sia je. Lagi sedih kalau tiada waris nak teruskan perniagaan. 


Ney nampak servis macam yang Galeeveurs tawarkan ni seperti batu loncatan untuk mereka yang nak bertambah maju. Ye la, sampai bila nak berada di takuk yang lama dan sama. Nak kembangkan lagi perniagaan, kita kena sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Bukan sahaja perniagaan yang dah lama atau yang sudah popular tapi startup yang baru nak bermula pun boleh join servis Galeeveurs ni. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hab inkubator dan servis yang ditawarkan boleh hubungi Galeeveurs di [email protected]

You Might Also Like

1 comments

  1. Ini kali kedua Bro berbisnes secara serius. Mungkin boleh sertai mereka untuk memajukan lagi bisnes yang sedang Bro lakukan sekarang nie

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S