MacpiePro Crazy 20 anjurkan HaHa & Kim Jong Kook Concert In 2019 di Malaysia

7:24 am


Credit: NuttyNomads

Siapa je tak kenal HaHa dan Kim Jong Kook dari Running Man? Suami Ney pun semangat setiap hari Isnin tunggu episod baru Running Man tau! Dah bermusim-musim program TV ni, tak pernah sekali pun tak kelakar. Setiap minggu kami menanti episod baru. Tipu kalau cakap tak teringin jumpa barisan selebriti ahli tetap Running Man, tak semua pun dapat jumpa sorang dua pun jadi la. Bila dapat tahu MacpiePro 20 akan bawa HaHa dan Kim Jong Kook ke Malaysia, kami berdua teruja sangat!




Credit: joshuaongys.com

HaHa memang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam Running Man kalau jawab kuiz ke apa. Dah la hebat dan teliti menyelesaikan masalah. Tapi, most of the time memang dia ni kelakar. Dengan rasa gayat dia bila kat tempat tinggi lagi. Muka cuak dia pun dah cukup funny. In real life, HaHa ni memang terkenal dengan style ala ala reggae dan sebenarnya HaHa pernah ada album tau zaman dulu kala? 

Tapi dia ada jugak single lagu best tajuk Rosa. Tak silap Ney, dia pernah perform lagu ni 8 tahun lepas masa Anugerah Hiburan SBS 2011. Tahun 2012, HaHa bergabung kolaborasi pulak dengan Kim Jong Kook dalam album Volume 7 - Journey Home untuk lagu Words I Want To Say To You. Best gila!

Credit: AsiaOne

Untuk Kim Jong Kook, semua orang tahu dia ni penyanyi. Walaupun badan sasa, orang gelarkan dia Tiger dalam Running Man, tapi bila dia nyanyi....pergh terua kecik nyaring suara. Memang merdu suaranya dan lagu dia banyak best. Teringat mula-mula dia debut dengan Turbo dulu kkala. Tapi sejak dah tak dengan Turbo dan sibuk berlakon je selama ni, tahun 2012 dia muncul buat comeback dengan album ketujuhnya, Journey Home.


Selalu tengok depa dua bergabung dalam Running Man je, mesti teringin kan nak tengok HaHa dan Kim Jong Kook menyanyi live? Ney pun rasa sama sebab nak pergi Korea pun belum tentu boleh terserempak dengan diorang tepi jalan ke apa ye dak? Mujur MacpiePro Crazy 20 akan menganjurkan HaHa & Kim Jong Kook Concert In 2019 di Malaysia. Wahhhhhh mesti ramai peminat mereka akan hadir ke konsert tu kan?

HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019, jam 6 petang. Mesti kebabom meletop bila muzik balada nyanyian Kim Jong Kook bergabung pulak dengan gaya reggae HaHa. Lagi best, ada Skull sebagai artis jemputan weyh!


Tiket konsert boleh dibeli secara offline mulai 19 Januari, jam 12pm hingga 20 Januari di outlet Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang. Tiket konsert juga boleh dibeli secara online di laman web MacpiePro, www.macpiepro.com mulai 21 Januari 2019 jam 12pm dengan harga tiket 

RM153 (Zon Biru), RM243 (Zon Hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).



Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro juga telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memberi lebih banyak diskaun menarik kepada Fans. Bagi Fans yang membeli Mcalls HITS Plan dan HITS Deal, mereka berpeluang mendapatkan tiket HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 pada harga diskaun. Setiap Fans boleh membeli 2 tiket dengan diskaun 35% dan 2 lagi tiket diskaun 10% (Zon Merah dan Kuning sahaja).

Manakala Mcalls Fan boleh menaik taraf kepada HITS Plan untuk menikmati HITS Deal. Pra-jualan HITS Deal akan bermula 14 Januari (12pm) hingga 18 Januari 2019 di laman web Mcalls (www.mcalls.asia) dan outlet Mcalls sebelum jualan tiket rasmi dibuka kepada orang ramai pada 19 Januari 2019.



Wahhhhhh tak sabar nak tengok HaHa dan Kim Jong Kook datang Shah Alam. Jom ramai-ramai memeriahkan konsert mereka Mac nanti!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook