Azlan Typewriter lancar single terbaru, Kukuh dan air minuman bertenaga Turbo 3

12:56 am


Lama tak dengar cerita tentang Azlan Typewriter, tahu-tahu dah ada single terbaru ciptaannya tersendiri berjudul Kukuh. Boleh tahan best jugak lagu terbaru Azlan ni! 


Inspirasi lirik ditulis oleh Mars, karya ni diharapnya bakal memberi nafas  baru pada pendengar muzik tanah air. Ney suka jugak genre lagu ni sebab melodinya macam terus terbuai perasaan. Dengan susunan muzik oleh komposer Manusia Putih, lagu ni mengisahkan tentang kehidupan masyarakat  yang dilanda perasaan cinta dan sayang kepada pasangan masing-masing. Terus terasa kukuhnya perasaan untuk terus kekal KUKUH walaupun hidup sentiasa dibelenggu masalah. Satu eksperimen terbaru la kiranya dalam industri muzik kita. Terus rasa nak dedikasi lagu Kukuh ni kepada suami.


Tapi, Azlan bukan je lancarkan single terbaru tapi juga lancarkan produk pertamanya, air minuman Turbo 3 dan jugak muzik video untuk Turbo 3. Wah diam diam ubi berisi betul Azlan ni terus lancarkan 3 in 1 dalam satu majlis! Dalam muzik video ni boleh tengok team Turbo 3 dan PATMATA terlibat sama, dan ada jugak model dari negara Khazakhtan, Adiana dalam tu. Paling best dalam muzik video ni sebab ada King Lhota iaitu warganegara Sinegal, yang memang menarik perhatian! Dia nyanyi lagu dalam Bahasa Malaysia ok, punya lah rare gituhh. Wah pelbagai negara nampaknya bergabung dalam satu muzik video ni. Muzik video nya ala-ala catchy melodinya sampai rasa penuh bertenaga gituh.


Turbo 3 ni apa pulak? Hah, Turbo 3 merupakan sejenis minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera. Menariknya, Turbo 3 ni 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih. Turbo 3 ni jugak dah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama 3 tahun sebelum dikilangkan. Wah, mesti kualiti tiptop sebab proses sangat mendalam dan ambil jangka masa yang lama. 

Air minuman bertenaga Turbo 3 mengandungi glukosa, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, perasa Tutty Fruity, dan perasa epal. Turbo 3 sesuai diminum dan membantu atlit sukan, pelajar, pemandu, dan pekerja yang memerlukan tenaga efektif yang memberi kesegaran. Bill minum Turbo 3 dari mengantuk terus macam pasang enjin turbo dia punya cergas! 


Ney dah try minum satu tin Turbo 3 tadi dan ternyata Turbo 3 memang setanding air minuman bertenaga dari luar negara. Sedap rasa macam chewing gum buah gitu, dan lepas minum memang rasa bertenaga. Lebih enak menikmati Turbo 3 masa tengah sejuk gitu, terus rasa cargas nak lakukan apa kerja sekalipun! Kena betul dengan tagline Turbo 3 iaitu "Drive to Destination". Turbo 3 akan dijual dengan harga RM3.50 untuk setin yang bersaiz 325ml. Turbo 3 akan dipasarkan di kedai-kedai runcit, shopping mart dan hypermarket di seluruh negara. 

Maklumat lanjut boleh terus ke website www.turbo3energybooster.com atau follow mereka di Instagram @turbo3energybooster dan Facebook Turbo3. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook