Travel: 5 Sebab Kenapa Perlu Sewa Kereta di Sabah

4:13 pm



Ney memang kaki travel, bak kata kawan Ney - menjalar je sentiasa. Balik dari Kuching Sarawak dua minggu lepas, ke Hatyai pula minggu lalu dan minggu ni ke Sabah. Ney pernah datang Kota Kinabalu sebelum ni, tapi teringin juga nak ke daerah-daerah lain dalam negeri Sabah ni kan?


Sabah ni besar dan mempunyai pelbagai tempat - tempat popular yang boleh korang lawati bersama keluarga tersayang. Antara bandar yang paling disukai oleh pelancong adalah Kota Kinabalu, Kundasang, Semporna, Tawau, dan lain-lain lagi. Tapi seperti di sesetengah negeri, perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain ambil masa yang lama. Sebab tu bila Ney lebih selesa untuk dapatkan kereta sewa di Sabah.


Dari Pulau Pinang, Ney ambil flight terus ke Kota Kinabalu tapi ada transit satu jam di Kuala Lumpur. Dah plan kali ni travel bersama kawan-kawan yang lain. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sudah ada van sewa yang menanti kerana awal-awal kami sudah buat tempahan kereta sewa dengan Daeng Car Rental & Tours. Harga sewaan seperti dibawah:


JENIS KERETA SEWA
HARGA SEWAAN / HARI
Perodua Axia
RM109
Perodua Myvi 1.3
RM119 
Perodua Bezza
RM129 
Perodua Alza   
RM159
Toyota Innova   
RM239
Van (Hiace)
RM259
Mudahkan bila kita dah buat tempahan awal kereta sewa. Lebih-lebih lagi kerana kami plan untuk terus ke Kundasang malam tu dan tidur di sana satu malam. Untuk sewa kereta tanpa pemandu susah juga sebab waktu kami tiba pun dah malam. Sempat makan malam dulu di bandar Kota Kinabalu, dan pihak Daeng menukar kereta yang lebih selesa untuk kami meneruskan perjalanan malam ke Kundasang iaitu Toyota Vellfire.



5 sebab kenapa perlu sewa kereta di Sabah ialah:

✔️ Boleh schedule airport transfer, terus pick-up di airport dan tak perlu bersusah payah pening nak cari teksi atau Grab.

✔️ Lebih selamat jika korang nak travel waktu malam, pemandu lebih tahu jalannya. Bukan mudah nak drive sendiri di tempat orang.

✔️  Lebih selesa setelah keletihan travel jauh dan lama duduk dalam kapal terbang untuk sampai ke Sabah.

✔️ Lebih jimat masa, tanpa perlu sesat mencari jalan atau menaiki pengangkutan awam yang lain.

✔️ Lebih jimat wang jika sewa kereta sekali dengan pakej percutian di Sabah.

Malam tu, usai tiba jam 12 tengah malam di Kundasang, kami terus check-in di The Cottage Hotel dan rehatkan diri. Esoknya nak sambung melawat beberapa tempat menarik pula sebab dah ambil pakej percutian murah di Sabah bersama Daeng Travel.



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook