Travel: Minum susu segar di DESA Cattle Dairy Farm, Kundasang Sabah

9:04 am


Kalau berkunjung ke Kundasang, orang cakap tak lengkap rasanya trip tu kalau tidak ke DESA Cattle Dairy Farm yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu ini. Jatuh hukum wajib ok! Trip kali pertama ke Sabah dulu tak sempat nak ke sini, kali ni tak boleh lepaskan!


Jarak Perjalanan 

Kami menginap di The Cottage Hotel, Kundasang maka dari hotel nak ke sini tidak lah jauh mana. Kalau korang dari Kota Kinabalu, boleh sewa kereta untuk ke Kundasang dan perjalanan ambil masa selama 2 jam. Tapi jalan raya agak berbukit bukau dan berbatu. Mujur kami memang ambil pakej percutian murah di Sabah bersama Daeng Travel, jadi tak perlu susah fikir nak drive mencabar macam ni. Betul tak?

Harga Tiket Masuk & Waktu Operasi

Tiket masuk untuk ke DESA Cattle Dairy Farm Kundasang ni ialah:

RM5.00 (dewasa)
RM4.00 (kanak-kanak 7 -12 tahun)
PERCUMA  (6 tahun kebawah)

Waktu operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
(Kenderaan terakhir dibenarkan masuk sebelum jam 4.30 petang)

Tapi jangan risau kalau dah ambil pakej percutian di Sabah ni, adakalanya tiket masuk pun dah termasuk dalam pakej!




Apa Ada Di DESA Cattle Dairy Farm Kundasang?

Pemandangan Gunung Kinabalu, ladang yang dipenuhi dengan lembu hitam putih, rumput yang menghijau, dan cuaca yang dingin sejuk berangin mesti korang feeling duduk di sini, ibarat macam tengah berada di New Zealand kan? Nak ambil gambar pun cantik je putih-putih berkabus gitu. 

Bagi Ney, lokasi ni sesuai datang bawa keluarga. Banyak aktiviti disini sesuai untuk kanak-kanak seperti aktiviti pembelajaran memerah susu, belajar  bagaimana susu susu diproses dan di pek kan untuk dipasarkan. Aktiviti lain ialah memberi lembu dan kambing ternakan minum susu dan makan rumput.



Sesi feeding susu dan rumput:
8.30 pagi - 12.00 tengah hari (sesi pagi)
1.30 petang - 4.30 petang (sesi petang)

Milk feeding RM1.50
Grass feeding RM1.00

Sesi tinjau lembu di ladang:
9.00 pagi - 2.00 petang

Sesi perah susu:
2.00 petang - 4.00 petang

Sesi pemprosesan & pembungkusan susu:
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
(Selasa, Khamis & Ahad)



Sempat juga kami cuba susu keluaran DESA yang memang sangat sedap! Ney beli segala jenis produk mereka seperti aiskrim gelato passion fruit, yogurt buah blueberry, dan susu segar perasa coklat. Harga dalam anggaran RM2.20 hingga RM5.90. Memang sedap dan lain rasanya! Tak rugi korang cuba tau.

Lokasi DESA Cattle Dairy Farm Kundasang


So kalau korang ke Kundasang, jangan lupa tau ke DESA Cattle Dairy Farm ni! Salah satu lokasi menarik wajib dilawati di Sabah. 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook