Kereta Sewa Murah Di Alor Setar

3:14 am



Negeri Kedah Darul Aman terkenal dengan Negeri Jelapang Padi. Boleh dikatakan rakyat negeri Kedah menyara kehidupan dengan pertanian iaitu penanaman padi. Kerana itulah negeri Kedah merupakan pengeluar utama padi atau beras di Malaysia dengan keluasan tanah tanaman padi yang luas berbanding tanaman yang lain seperti getah, kelapa sawit dan lain-lain. Selain itu negeri Kedah juga mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik untuk anda jadikan sebagai destinasi pelancongan. Antara tempat yang anda perlu jejaki semasa melancong ke negeri Kedah antaranya Pulau Langkawi iaitu permata bagi negeri Kedah, Muzium Padi, Air Terjun Gunung Jerai, Pantai Merdeka, Pekan Rabu, Gunung Keriang dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Kedah.



ALOR SETAR IBU NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Alor Setar merupakan ibu negeri bagi negeri Kedah Darul Aman di mana ianya merupakan sebuah bandar kecil tetapi mempunyai banyak keunikan yang anda boleh lihat jika anda menjejakkan kaki di Alor Setar. Jika anda berada di Alor Setar, anda seolah-olah memperolehi 2 dalam 1. Hal ini kerana anda boleh merasai ketenangan di pinggir bandar dan dalam masa yang sama anda berada di bandar. Unik bukan! Untuk pengetahuan anda, bandar Alor Setar bukanlah bandar yang sangat sesak atau mempunyai kepadatan penduduk. Jadi, ia menjadi pilihan tepat buat anda yang tengah mencari tempat percutian untuk anda sekeluarga.


Mudah Anda Gunakan Kereta sebagai Pengangkutan Semasa Percutian

Bagi anda yang sedang merancang percutian ke Alor Setar sama ada bersama-sama keluarga mahupun bersama-sama dengan rakan-rakan mestilah memerlukan kereta sebagai kemudahan pengangkutan anda. Jika anda ingat menjimatkan masa, anda boleh menaiki kapal terbang atau kenderaan awam yang lain seperti bas dan KTM (ETS) untuk sampai ke Alor Setar. Apabila anda sampai ke bandar Alor Setar, sudah tentu anda memerlukan kenderaan bukan? Jadi, di mana anda perlu dapatkannya? Jawapannya adalah Ridho Travel & Tours. 


RIDHO TRAVEL & TOURS | KERETA SEWA ALOR SETAR 

Syarikat Ridho Travel & Tours telah ditubuhkan pada tahun 2013 di mana syarikat ini menjalankan perniagaan dengan berpegang pada matlamat iaitu ingin menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, syarikat ini juga menjaga akan kualiti perkhidmatan mereka supaya nama Syarikat Ridho Travel & Tours mampu untuk mendapat kepercayan para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.


Ridho Travel & Tours ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Alor Setar. Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis kelas kenderaan seperti sedan, MPV, 4X4 serta pelbagai jenis kenderaan mewah untuk kegunaan anda. Anda hanya perlu pilih mengikut keperluan serta budget anda sahaja kerana syarikat ini menyediakan 30 buah kereta untuk pilihan anda.


Ridho Travel & Tours ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda tidak perlu khuatir dengan perkara ini. Syarikat ini beroperasi di Alor Setar, Kedah di mana anda boleh memilih untuk mengambil kereta di beberapa tempat mengikut pilihan anda. Antaranya pejabat utama syarikat Ridho Travel & Tours, Terminal Bas Shahab Perdana, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim mahupun di Jeti Kuala Kedah mengikut kemudahan anda. Syarikat ini akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan anda!

Anda lihat sahaja moto yang syarikat ini praktikkan. 




1. Intergriti
Membuat sesuatu perkara dengan betul tanpa mempunyai unsur penipuan

 2. Bertanggungjawab
Berfikiran secara global serta bertindak mengikut laluan yang betul.

3. Inovasi
Menghasilkan idea-idea baru serta berani untuk membuat perubahan.

4. Fokus
Memberikan usaha 100% terhadap apa yang dilaksanakan.

5. Kesungguhan
Ridho Travel & Tours menyediakan perkhidmatan yang menjamin memberi kepuasan kepada pelanggan


KENAPA ANDA HARUS MEMILIH

Keputusan anda dalam membuat pilihan akan memberi kesan kepada perjalanan anda. Kenapa begitu? Cuba anda bayangkan ketika dalam perjalanan, anda menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan kenderaan anda. Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada perjalanan sama. Tidak kira jika ketika itu anda sedang bercuti ataupun anda mempunyai urusan yang penting. Anda sendiri tidak mahu mengganggu mood anda bukan? Jadi dengan itu, jika anda memilih kereta sewa di Alor Setar dari Ridho Travel & Tours, anda sudah membuat keputusan yang tepat! Mari kita lihat mengapa perkhidmatan daripada syarikat ini adalah yang terbaik.



 1. 2 K | Kepercayaan & Keselamatan  
Setiap kereta yang ditawarkan berada dalam kondisi yang baik serta kereta yang baru. Syarikat ini akan sentiasa membuat servis terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pelanggan. Hal ini adalah bertujuan untuk keselamatan para pelanggan syarikat. Keselamatan anda adalah keutamaan syarikat.



2. Jaminan Harga

Kereta sewa di Alor Setar melalui Ridho Travel & Tours menawarkan jaminan harga yang berpatutan bergantung kepada keperluan anda sepanjang perjalanan. Setiap permintaan akan diberikan tawaran yang istimewa. Semakin banyak hari anda menyewa kenderan, lagi banyak tawaran istimewa yang akan diberikan kepada anda!


3. Memberi pengalaman yang terbaik kepada anda

Setiap kereta yang disediakan dijamin BARU, BERSIH serta berada dalam KONDISI YANG BAIK. Selain itu, staf-staf dari Ridho Travel & Tours akan membantu anda daripa A sampai Z. Anda hanya perlu membuat pilihan sahaja.


4. Wakil Khidmat Sokongan

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan sepanjang perjalanan atau sebelum proses penyewaan, anda boleh menghubungi pegawai-pegawai sokongan di Ridho Travel & Tours. Pegawai mereka sentiasa bersedia untuk menbantu anda. 


PELBAGAI JENIS KENDERAAN YANG DISEDIAKAN KEPADA ANDA.

Antaranya: 
  • Kereta Kompak

  • Kereta Sedan

  • Multi-purpose Vehicle (MPV)


RAMAI YANG SUDAH BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN DARI RIDHO TRAVEL & TOURS







RIDHO TRAVEL & TOURS |
 KERETA SEWA ALOR SETAR 

Hotline: 017-4008804

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook