Imperio Professional Suite, Alor Setar

12:49 am


Sejak PKP ni, semua jadi slow. Nak update blog pun rasa malasnya alahai sebab takde aktiviti sangat. Nak share pasal Raya pun takde cerita. Jadi suami Ney create one activity mission for us, sempena PKP ni. 

Faham kan banyak industri terjejas sejak dunia dilanda virus corona atau nama glamer dia COVID-19. Lebih-lebih lagi industri perhotelan dan pelancongan. Jadi kami memutuskan untuk staycation every week di hotel-hotel sekitar Alor Setar dulu demi menjana ekonomi negeri.  Kali ni kami stay di Imperio Professional Suite yang tertelak di Jalan Langgar, Alor Setar,Kedah.


Sejak dibuka semula selepas lama PKP, dan sempena masih di bulan Aidilfitri ni, Imperio menawarkan promosi semua jenis suite mereka dengan harga RM108/malam sahaja! Murah kan?

Imperio Professional Suite ini ibarat sebuah condo hotel la.  Ada beberapa jenis suite yang boleh korang stay antaranya:

🏨 Studio Suite - 1 bilik untuk 2 orang
(Harga normal: RM130++/malam)

🏨 Superior Suite - 3 bilik untuk 6 orang 
(Harga normal: RM190++/malam)

🏨 Execuite Suite - 4 bilik untuk 7 orang
(Harga normal: RM210++/malam)





Tapi, sempena promosi pembukaan semula, semua jenis suite harga sama. Cuma RM108/malam sahaja. Nak staycation satu family pun sesuai. Tapi masih musim virus ni, fasiliti macam swimming pool, gym, playground masih closed to public. Dekat rooftop ada view sawah padi cantik menghijau, Gunung Keriang, Menara Alor Setar, sunset view. Boleh la feeling gitu. 






Ney staycation dengan suami kat sini Hari Raya pertama haritu. Ambil superior suite 3 bilik pulak tu. Besar rumahnya, bersih, dapur lengkap ada peti ais dan microwaves. Boleh la panaskan rendang. Gituhhh staycation 3KM dari rumah pun bawak bekal haha! So kalau kalau korang yang duduk Kedah area nak staycation boleh la stay di Imperio ni. And dah boleh rentas negeri kan sekarang? Kot nak jalan-jalan Alor Setar mai la. Boleh stay di Imperio!

 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook