Isu Kontroversi Nur Amalina Che Bakri - Jawapan Balas Melalui Video

9:02 pm

beberapa hari lepas, semua orang jadi kepochi dekat laman Twitter dan facebook tentang isu Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM tahun 2005 yang mendapat 17A1. rasanya, tahun 2009 dulu dha pernah kecoh isu sama tentang Amalina yang kononnya sudah tercicir dari pelajaran. sekarang isu Amalina sudah buka tudung dan didakwa akibat terpengaruh dengan kehidupan sosial, dia sudah tercicir dari pelajaran. haih kenapa perlu ulang benda yang sama setiap tahun?

macam biasalah, masa mula-mula isu ni kecoh beberapa hari lepas, semua blogger nak tepek gambar dia kat blog. dakwa macam-macam. saya jenis takut sikit nak tepek kat sini sebelum saya pasti tentang khabar berita ni. tapi, bukan ke Nur Amalina Che Bakri memang tidak bertudung sejak dulu? tahun 2007 ada je ternampak gambar dia dengan rakan-rakan universiti semua. kepochi tau korang semua ni. so ini semua video Amalina yang menjawab isu kontroversi yang melanda dia baru-baru ini.

Perkembangan akademik


Reaksi pertama tentang cemuhan


Isu legging dan teman lelaki


I know my limit - Amalina


Isu pemakaian tudung


Saya sedia terima teguran - Amalina



komen saya? no komen. ikut suka dia lah nak buat apa. ibu Amalina sendiri mengaku dia tak pakai tudung kecuali ketika bersekolah dulu. saya pun pernah je tengok gambar dia tidak bertudung zaman dulu kala. takde lah pulak rasa nak tepek dalam blog ni. tapi part legging tu, mak dia belikan untuk dia. dasyat betul taste makcik kan? hehehe...ok, pengajaran cerita...kalau tak tahu apa-apa, jangan lah terus judge seseorang tu. kita doakan je yang terbaik untuk dia. fuhh...nasib tahun 2005 dulu saya dapat 3A je untuk SPM. kalau 17A? sampai bertahun-tahun semua orang nak concern pasal kita.
#sarcasm.

pssttt....Amalina, gua rasa muka lu dah macam Mizz Nina la sekarang. kemain....

You Might Also Like

2 comments

  1. kita doakan yang terbaik untuk dia :)

    ReplyDelete
  2. erm nak komen kang takut tersalah..apa yang mampu kita doa sesama kita supaya org islam sentiasa dilindungi..

    http://shoutvoc.com

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S