Review: The Viral Factor

8:18 am


kalau hari minggu tak keluar tak sah kan? so petang tadi buat decision last minute untuk tengok wayang depan rumah saya. ya, ada TGV Cinemas 1Shamelin Mall kat depan rumah. 5 mins walk dah sampai pun. terus beli tiket, dan masuk Hall 2. kali ni, saya dan roomate pilih filem The Viral Factor. actually, memang nak tengok sangat filem ni sebab filem ni berlakon kat Kuala Lumpur, Malaysia.


Filem ni mengisahkan tentang pergolakan hubungan keluarga, dan juga kisah penting tentang virus merbahaya. Jon Wan lakonan Jay Chou, seorang anggota polis atau security agent berkerja di Jordan dalam misi menyelamatkan seorang saintis tapi ditembak di kepalanya. walaupun ditembak di kepala, tapi masih hidup. yang matinya, cuma awek dia Ice yang juga ditembak di kepala. memang suka main tembak-tembak kepala agaknya. Lepas keluar dari hospital walaupun tahu hayat tak lama sebab peluru di tengkorak tak dapat dikeluarkan, mak Jon Wan arahkan dia travel untuk penuhi hasrat hati mak dia sebelum meninggal... mak dia suruh Jon Wan pergi Kuala Lumpur untuk cari abangnya yang dah lama terpisah, Wan Yeung lakonan Nicholas Tse.


Man Yeung ni penjenayah paling dikehendaki kat Malaysia sebenarnya. semua kerja jahat dia nak buat. tapi sebenarnya dalam hati ada taman. dia sayang gila kat anak perempuan dia, Champ. masa Jon Wan ni jumpa abang, ayah, dan anak saudara dia ni, tanpa tak sengaja terbabit seklai dengan jenayah abang dia. tapi masa scene gaduh dalam train tu, ayah diorang kena tembak. Champ kena tangkap dengan orang jahat untuk test virus bahaya tu. adalah jugak watak sampingan macam polis pura-pura sebenarnya jahat, saintis virus nama Rachel. tapi bagi saya, filem ni takde lah cerita pasal virus tu sangat. more pasal kekeluargaan. paling sedih masa Jon Wan mati, dan masa Man Yeung balik, jumpa mak dia semula. itu boleh bikin menangis. siapa kata cerita tembak-tembak macam counter strike ni takde feeling-feeling?


efek CGI yang filem dari Hong Kong ni guna, memang superb! kadang-kadang macam tak percaya filem ni 80% berlakon dalam Malaysia. terasa cool je diorang main kejar-kejar tengah-tengah Pavillion, helikopter pun main kejar-kejar sampai pusing-pusing kat udara. action dalam ni memang banyak. siapa yang minat filem genre macam ni mungkin sesuai la tonton. berapa bintang? saya bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. :)



You Might Also Like

4 comments

  1. nak tengok la................. tpi sempena cny ni.. semua full house..:((

    ReplyDelete
  2. bagus diaorang berlakon kat malaysia jadi secara tak langsung boleh mempromosikan malaysia di mata dunia,,,,

    ReplyDelete
  3. dah lama tak layan cerita cina macam ni..

    ReplyDelete
  4. Assalaamu`alaikum,
    tak tau macam mana boleh sesat kat sini time cari sinopsis filem ni.

    Anyway thanks di atas perkongsian yang menarik ni, teruja sangat nak tengok hero favourite saya beraksi semula selepas filem green latern...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook