Review: Journey 2: The Mysterious Island

1:33 pm



Chinese New Year kali ni tak pulang ke kampung halaman. no CNY celebration this year. so sad. but there's something important to do kali ni. weee~ apa dia? mana boleh bagitahu kan? kan? so kita terus skip kepada review filem Journey 2: The Mysterious Island. saya tonton filem ni di GSC Pavillion KL.

Filem arahan Brad Peyton ni mengisahkan Sean Anderson lakonan Josh Hutcherson terima satu kod misteri kononnya datang dari sebuah pulau misteri. kenapa misteri? sebab dia misteri lah. kekeke...sebab tempat ni kalau ikutkan, takde pun apa-apa pulau. tapi kononnya pulau misteri ni ada hidupan pelik-pelik, gunung emas, dan bermacam-macam misteri lagi. Sean ni berusaha la selesaikan kod misteri tu untuk jejak kasih dengan pulau ni. bajet berani je nak pi cari pulau misteri sorang-sorang.


atas bantuan ayah tirinya, Hank lakonan Dwayne Johnson, Sean berjaya menyelesaikan kod misteri tu. akhirnya dapat satu peta dari gabungan 3 buku, untuk ke pulau misteri tu. oleh sebab Sean ni seksaited sangat  nak pergi pulau misteri ni, Hank bersetuju untuk temankan dia. di suatu tempat nama Palau, Hank dan Sean bertemu dengan pilot dan anak perempuannya yang gojes. mereka sedia membantu Sean dan Hank ke pulau misteri tersebut. tapi, macam-macam dugaan lah yang datang untuk ke sana. kat sana, Sean jumpa dengan atoknya yang dah alam terdampar kat pulau tu. tapi malangnya, pulau tu akan tenggelam beberapa hari je lagi. eh? kenapa nak tenggelam? korang kena lah tengok kat wayang. ngeee~


bagi saya, kalau korang tengok filem ni in 3D best la kot sebab banyak benda best untuk tengok dalam filem ni. ada lipan gergasi, belut elektrik gergasi, ikan jerung kecik, gajah cinonit kecik, gempa bumi, gunung berapi, burung gergasi, lebah gergasi, dan macam-macam. yang peliknya, kata fakta alam kat sana, haiwan kecik akan jadi besar, haiwan besar akan jadi kecik. kenapa kunang-kunang atau kelip-kelip masih kecik tak membesar? kumbang kat gua Captain Nemo tu dah apedehal kecik jugak? mungkinkah mereka lupa minum susu tumbesaran atau pengarah lupa tentang hakikatnya di alam realiti haiwan tersebut bersaiz kecik? 

tapi walaupun filem ini ibarat filem yang wataknya cuma ada 5 pelakon, yang menariknya filem ni, ada Dwayne Johnson! ala..The Rock wrestling tu? cam comel je dia buat joget man-breast tu. siap boleh terpantul semula buah beri kat dada. gojes noks! lagi satu part The Rock menyanyi. kemain sedap suara. tapi lagi best bila tengok wayang dengan yang tersayang, si dia nyanyi lagu yang sama The Rock tengah nyanyi tu. eh? terpesong jalan cerita dah ni. spoiler untuk cerita ni, peneman menonton wayang bersama kali ni ada tanya soalan: "macam mana diorang handle lebah-lebah tu semua?" saya pun terfikir, terer betul first time ride on bees, boleh handle baik punya. masa scene diorang berenang cari kapal ke apa entah dalam laut tu. kemain laju menyelam. lepas tu berapa saat je terus baju Hank pakai tu kering. fufufufufu....mungkin bila pergi Pulau misteri, anda akan dapat kuasa magika mengeringkan baju sesaat? tak payah pakai dying machine kat UTP lagi. dying ye, bukan drying. 



tapi kawan-kawan saya komen, filem ni tak seronok sangat pun. sama je macam filem Journey To The Centre Of The Earth dulu kala. ye la, bila filem adaptasi dari novel ni, ramai betei yang tak pueh hatinya. tapi kesian gak kat pengarah, mana boleh nak buat seketul novel sebijik jadi filem kan? sure ada kekurangannya dimana-mana. mungkin yang seronok cuma tenung cleavage Vanessa Hudgens sepanjang filem ni?

berapa bintang? 3 bintang daripada 5 bintang. lebih baik korang tengok The Viral Factor kot?

You Might Also Like

3 comments

  1. hahaha..Vanessa Hudgen~~~
    rugi Zac Efron break up ngan dia.....

    ReplyDelete
  2. Tak best sebab time filem ni keluar, ada banyak lagi filem best yang lain.

    ReplyDelete
  3. uikz ...
    3 ke...
    sy tgk best jep..
    5 kot...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S