Review: Licik

12:01 am

sejak dua menjak ni jadi pemalas nak review movie. Ingatkan nak buat review The Avengers dan Battleship tapi cuti sebulan ni buat jari malas menaip. yang pasti, Battleship better than The Avengers. ok tutup cerita, entry ni saya nak review Buku Fixi terbaru, Licik.


saya jarang beli buku-buku Fixi ni sebab jalan ceritanya agak berat sedikit. kalau buku-buku LejenPress agak santai. tapi kali ni beli satu sebab kakak comel saya, Julie Anne penulisnya. Licik - Sebuah novel Sham Hashim dan Julie Anne mengisahkan tentang seorang gadis bernama Fira yang dari usia muda telah diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.


Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak. Bersama Sadik sebagai mastermind dan juga kekasih, Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Jalan cerita Licik, sangat saspen dan mungkin permulaan cerita sedikit perlahan tapi di pertengahan cerita, korang akan rasa tak sabar nak tahu apa akan jadi seterusnya. sampai ke ending cerita pun jadi tak sabar-sabar. ada jugak babak sedih sikit pasal Alias, dan sebagainya tapi takde lah tahap korang akan menangis macam novel cinta kan. betapa terujanya nak habiskan jugak novel ni, seharian suntuk saya baca sampai habis. tapi ending sangat memuaskan hati, dan kalau nak tahu betapa liciknya Fira ni, korang kena lah beli novel ni kat website Fixi atau dimana-mana kedai yang terpilih. Licik mempunyai 272 mukasurat dan berharga RM18.90 ini merupakan 3rd best selling book di booth Fixi sepanjang Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) 2012. awesome tak?


dah sampai habis baca buku ni, sampai sekarang saya tak percaya buku ni kakak Julie Anne yang tulis. hahaha~ tapi masa dia aktif blogging dulu memang ayat dia power pun tulis entry. psstt...kakak, dah promote habis ni kek lapis ada lagi tak? haha~

You Might Also Like

2 comments

  1. dah beli Licik tapi tak baca lagi. so taknak komen.

    nak komen

    Battleship lagi best sebab banyak letup2 ke?-bukan peminat avengers.hehe

    ReplyDelete
  2. terus pisyek rasa nak beli bile ko promot. hebat kate kooo~~ xD

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S