Review: The Amazing Spider-Man

12:36 am



Unplanned activity sebenarnya nak tengok The Amazing Spider-Man tengah malam tadi. kawan beli tiket and tak dapat pergi so dia jual tiket separuh harga kat kawan-kawan. maka, dapat lah tiket harga RM7, instead of RM14 harga asalnya. fuhfuhfuh harga tiket kat Ipoh memang mahal gila compare to Kuantan. hiks.. so, jam 10.20 malam , bersamaan dengan hari Rabu saya dan rakan-rakan pergi lah menonton The Amazing Spider-Man di TGV Cinemas, AEON Ipoh.

Filem The Amazing Spider-Man ni bukan lah sekuel dari filem-filem Spider-Man sebelum ni ye so jangan korang expect ada kesinambungan pulak kan. kang ada pulak tak puas hati kenapa bukan Toby Maguire berlakon. haha~The Amazing Spider-Man mengisahkan tentang Peter Parker lakonan Andrew Garfield (hensem sikit dari si Tobey tu la) yang masih bersekolah dan dibesarkan oleh bapa saudara dan emak saudaranya, Ben Parker dan May Parker. Peter Parker ni sebenarnya nak cari siapa dia dan siapa sebenarnya ayah dia. lepas terjumpa satu beg dokumen milik ayahnya, dia terjumpa satu dokumen rahsia and mula nak menyiasat apa rahsia disebaliknya. Dan masa ni lah dia mula tahu sebab ayah dan mak dia tinggalkan dia dulu, and hasil dia siasat dokumen tu lah bawa dia ke Oscorp dan Dr. Curt Connors, bekas rakan sekerja ayahnya. dalam masa yang sama, Peter Parker berkenalan jugak dengan Gwen Stacy lakonan Emma Stone, awek cun dekat sekolah. aaaaaa~~ kenapa bukan Mary Jane, the girl next door? eh?



masa Peter Parker ni kena gigit dengan spider dari lab Dr. Curt Connor, terus dia dapat kuasa spider dia tu lah. tapi kelainan Spider-Man kali ni, dia more high technology dari Spider-Man lain sebelum ni sebab dia takde spider web sendiri keluar kat tangan. dia pergi cipta device dia sendiri, then letak kat pergelangan tangan dia. perghhh pandai betei Spider-Man alaf baru ni. nak track kes-kes jenayah dalam bandar pun dia pakai scanner device dia cipta sendiri, terus boleh detect kalau ada kes jenayah apa-apa. actually dia ni nak cari penjenayah yang dah tembak Uncle Ben dia. kengkonon nak balas dendam la. semata-mata nak tangkap orang jahat tu je. tapi lepas kemunculan Lizard ala-ala Godzilla tu, barulah dia sedar dia jadi nak jadi hero untuk selamatkan orang awam. Btw, Lizard tu tak menawan langsung senyuman dia.



banyak jugak lah aksi-aksi best tapi The Amazing Spider-Man ni macam komedi banyak jugak. pastu macam tak sesuai je bebudak nak tengok sebab Gwen dengan Peter sikit-sikit nak kissing. kemain lah korang romantik bagai segala kan. part lagi best sebab Gwen ni anak ketua polis bandar tu rupanya. dah lah ketua polis ni tak suka Spider-Man. macam-macam part lagi best tapi korang kena lah tengok sendiri di pawagam berdekatan. kalau dah semua saya cerita dalam ni, tak best la kan? cepat-cepat lah pergi ke pawagam berdekatan untuk tengok Spider-Man kendong beg sekolah dalam misi menyelamat. haha~ oh ye, kalau dah tengok tu jangan blah terus keluar dari pawagam lepas credits. tunggu sampai satu scene rahsia dalam penjara. jeng jeng jeng, berapa bintang? 4 bintang dari 5 bintang. ok letteww kan? tapi action tak se-best Abraham Lincoln pun.

pssstt...scene last tu saya tunggu jugak lah Cicak-Man pulak lawan dengan Spider-Man. sekali si Lizard Godzilla tu tak bertukar jadi Cicak-Man pun ;p

You Might Also Like

2 comments

  1. Citer Spiderman aksi "kissing" tu memang wajib ada. Haha..:p

    ReplyDelete
  2. Mary Jane gf time Peter sdh kerja..sb watak Gwen Stacy akan mati pada the next episod.....

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S