468x60

.

Backpacking Trip: Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)

Thursday, December 25, 2014


28 November 2014, saya backpacking ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam! ya, dah nak dekat sebulan baru nak update (maaf!) haha. sebenarnya, tak nak pun pergi tapi budak jaket merah tu setiap hari menghasut dalam class. last-last minute, beli jugak tiket ke HCMC. eeeeee mudah terpengaruh! semua Haziq Hafizuddin punya pasal. 



So beli tiket kat Expedia, naik Vietnam Airlines kali ni. tiket ke bandar Saigon ni tak mahal pun rupanya kalau naik VN Airlines. below RM400 dah boleh dapat dah. dah lah included meals and 20kg luggage! kami naik flight jam 1230 tengah hari dari Kuala Lumpur, dan tiba di HCMC jam 1:20 petang waktu Vietnam. meals yang VN Airlines bagi ialah puding jagung yang sedap gila, potato salad, bun kosong with butter, air dua jenis (say apilih orange juice and coffee), dan white rice with chicken. menu utama tu ofcourse la tak makan sebab saya tak makan nasi. bagi Haziq gemuk sorang-sorang kat sebelah. haha!







sampai terus blur-blur beli sim kad dulu apa-apahal. dasar manusia zaman sekrang tak boleh hidup tanpa internet. beli simkad mobifone (VND 200,000 = RM32) kat kedai money changer, dalam airport tu jugak. mahal jugak simcard sini tapi lantak lah. dapat internet unlimited paling penting. senang jugak nak call ke apa kalau sesat. hah, sebelum datang Vietnam tu tulis lah siap-siap currency convert. tapi banyak je apps korang boleh install. saya malas main phone sangat in public sebab tu manually tulis dalam travel journal. masa ni saya tukar duit kat Masjid India, KL. 

VND 1,000,000 =  RM162. 



masa ni terus cari bas no 152 kat airport sambil menepis segala drebar taxi yang promote tepi tu. exactly apa kami google dan research few days before datang, itu lah kami buat. nak cari tempat tunggu bas pun ikut semua landmark. haha! tempat bas 152 ni area Burger King kat luar airport. masa ni lah kenal Malaysian yang baru sampai jugak, Suhazli and Ann. ohmaigod! sekampung! orang Kuantan weyh! 

sebelum naik bas ni tolong tukar duit kecik siap-siap. kami berempat tukar kat money changer dalam airport. sebab takut balance tambang nanti dia tak pulangkan. burnnnn baby burnn. tambang dari airport ke HCMC (stop  kat Ben Thanh) cuma VND 5,000 = RM0.80. perjalanan dalam 30minit kot? tak lama mana pun. 


on the way tu nikmatilah pemandangan yang sangat sibuk tu. jumpa masjid, nampak motor banyak-banyak, asap berkepul. lepas tu eksaited nampak menara rebung kat vietnam. macam view kat rumah je. haha! itu Bitexco Financial Tower namanya. boleh naik skydeck situ tengok view seluruh HCMC. dalam bas ni kami duk pening jugak dengar dia sebut nama hentian satu-satu tak paham apa. confident je berhenti Ben Thanh tu pun sebab nampak bangunan nama Cho Ben Thanh. 

dah turun tengah-tengah roundabout besar tu lepas tu blur. nak pergi arah mana pun tak tahu. tengok peta yang dah print pun blur. last-last Suhazli and Haziq guna maps kat phone. google maps! see? penting tau internet. lepas tu kami berpecah cari jalan ke hotel/hostel masing-masing. 




saya dah book Saigon Budget Hostel dalam District 1 ni jugak. nak cari tempat nak stay better dalam District 1 lah sebab semua attraction places dalam District 1. kalau ikut peta, Nguyen Van Trang Street rupanya dah pindah! nasib dia lekat peta di dinding. dah tukar ke Nguyen Trai Street tapi tak jauh pun. dekat je dari tempat lama. area butik Pedro, MNG, Adidas, Levis semua. masa tu leka kejap tengok Black Friday Sales dimana-mana. 

Saigon Budget Hostel ni macam rumah owner kat bawah, atas di sewakan bilik untuk backpackers. satu bilik ada 5 katil (double bed) so total 10 orang lah dalam 1 bilik. saya book dari Booking.com, cuma USD 5  untuk satu malam. dua malam, USD10 = RM33 je. murah! dan bersih dan selesa jugak lah katil. tegang semacam cadar macam duduk asrama sekolah. so, sampai je terus campak bag kat katil and keluar. masa itu emas!


first benda kami perasan masa jalan-jalan kaki kat sini, ya ampun  banyak nya motor! semua Vietnamese pakai motor je kebanyakkannya. oh masa lalu tepi jalan ni tahan je la azab kena menahan bau kencing. diorang memang suka kencing tepi jalan. 


berpandukan maps kat phone, sampailah kami ke Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral atau nama Vietnam nya, Nhà thờ Đức Bà Sài Gòn. Notre-Dame ni dibina between 1863 hingga 1880 oleh puak-puak Perancis. okayh macam blog sejarah pulak. cuaca petang tu sangat membantu. cantik je awan kat atas tu. kitorang takut dah sebenarnya sebab sebelum datang, tengok forecast kononnya nak hujan. Alhamdulillah, cuaca baik haritu. 





lepastu kami pergi bangunan seberang jalan Notre-Dame tu. Saigon Central Post Office! atau nama Vietnam nya, Bưu điện Trung tâm Sài Gòn. cantik gila weyh! still beroperasi macam biasa. boleh pos surat ke apa semua kat kaunter. classic sangat pejabat pos  ni. bangunan pejabat pos ni dibina masa Vietnam a part of French Indochina early 20th century dulu. dalam tahun 1886 hingga 1891 jugak la. kat dalam ni kami ambil Free Maps untuk HCMC, then beli flag patch vietnam harga VND 15,000 = RM 2.50. yay dapat free maps!





lepas tu kami berjalan kaki dari Post Office ke Hard Rock Cafe! entah kenapa setiap kali backpacking, HRC ni tempat wajib dilawati. bajet macam saya kumpul je barang-barang HRC.  agak jauh jugak dari Notre-Dame and Post Office tadi. dalam 20 minit kot? tapi maybe penat sebab berpeluh-peluh bakar lemak jalan kaki satu District. masa ni jumpa ramai gila Malaysian! ya, malaysian dimana-mana sahaja. rasa macam duduk KL je bukan Saigon. 



dah habis jenjalan tu konon memahami peta semula la nak cari jalan balik ke Ben Thanh Market tu kat mana. mula-mula nak pergi Russian Market dulu. confident je la. sekali google maps jauh gila! lepas tu kami tahan  lah Vinasun Taxi nak ke Russian Market. masa dalam taxi tu whatsapp dengan kawan kat Malaysia, Shahrir (sebab dia selalu datang Vietnam) dia cakap malam tak payah lah pegi Russian Market tu. siang takpe. dah nak malam sangat. so terus lah kami suruh driver tu ke Ben Thanh Market je. pergh VND 65,000 = RM 10.50 okayh tambang! sebab jem. tahu jalan kaki je. lagi cepat!




masa tu baru jam 5.30 petang, peniaga dalam Ben Thanh Market semua sibuk mengemas dah. kedai tutup jam 7 malam. so kami ushar je la dulu. prada lace banyak wooo! dalam Ben Thanh Market ni jugak lah Haziq kena kejar dengan amoi Vietnam paksa dia beli t-shirt. meroyan  betul siap kena pegang-dan tarik tangan. haha!




sementara nak tunggu Night Market bukak pukul 7 malam, kami cari lah tempat nak makan. masa ni whatsapp dengan Shahrir, tanya jalan lagi. dia suruh cari hotel pink tu baru jumpa Restoran Hjh Basiroh ni. tapi ada dua! kami pegi yang lama punya. takde aircond. dinner dengan Suhazli and Ann sekali. order Pho Vietnam (Mee Sup Daging) VND 60,000 dan Kopi Susu Ais VND 25,000. total semua VND 85,000 = RM 14. sedap weyh! tapi ulam tu pelik. tak makan pun. Suhazli habiskan. haha!

  



masa kat night market ni, semua peniaga cakap melayu. mata wang yang digunakan pun RM atau VND. pergh rasa macam duduk kat Pasar Malam Jalan TAR!! iklan kat depan kedai pun bahasa melayu. tudung fareeda fake bersepah. malam tu selain air mineral besar VND 9,000 dan air mineral kecik VND 5,000... kami shopping: 



magnet 10 pcs = RM10

Hiasan dari kulit kerang. 1 set = 3 pcs, RM20.


Coffee Hjh Basiroh, RM15




Jersey Vietnam = VND 200,000 


cukup lah itu je shopping. nafsu betul. haha! malam tu balik awal sebab dah penat gila dan esok pagi nya nak ke tempat best pulak! okayh, sambung entry Day 2 nanti okayh?

:p




















31 comments:

  1. Zul said...:

    Salam. Nak tanya saigon budget hostel tu jauh ke dari benh tanh?

  1. neyra shazeyra said...:

    Around 10 mins je. Still in that area jgk

  1. Anonymous said...:

    salam.. boleh tau, your total budget berapa ye? tak termasuk hotel n flight. just budget jalan2.. agak2 kalau saya bwk 500 je cukup x? saya bukan kaki shopping pn.. just for sight seeing hehe..

  1. neyra shazeyra said...:

    hotel tu rm30 je dua malam.
    flight rm380

    cukup je bawak rm500 kot kalau nak jalan jalan je :)

  1. Anonymous said...:

    sis, nak tanya la..kat area ben thanh tu banyak budget hostel tak? which one better, walk in or book siap2? thanks sis..=)

  1. neyra shazeyra said...:

    for me , kalau datang masa peak hour (schoold holidays or festive season) book la dulu. tp banyak je hostel bertebaran ahhahahah. redah je pn boleh

  1. Anonymous said...:

    Hi. Nk tnye u stay hostel tu kan bookin tu kne bayr duluor smpi sana bru bayar?

  1. neyra shazeyra said...:

    yup. saya bookiing je dulu. kat sana baru bayar

  1. fantaghiro_90 said...:

    Hai eira..nak tanya..klo book through expedia,nnt masa nak check in just bawak printed itinerary yg kita dapat kat email tu ke?

  1. Anonymous said...:

    Hai eira..nak tanya klo book thru expedia, masa nak check in just bawak printed itinerary yg kita dpt kat email tu ke? lagi satu vietnam airlines mmg dah include baggage ye?

  1. neyra shazeyra said...:

    yup bawak je printed iti dr expedia tu :)

  1. fantaghiro_90 said...:

    ouh..okay thanks..lg satu kalau naik vietnam airlines mmg dah include baggage ke?

  1. Sayap Pejuang said...:

    Salam.. bleh bg no phone x? Sy nk tnya psl cara booking tket on9 n manual for vietnam airlines.. sy biasa booking on9 airasia, malindo n MAS je, so nk mnta pnduan cara booking vietnam airlines.. thank you 😊

  1. Unknown said...:

    Tq all info tp bunyi trip ni mcm 4/10 jer nie..

  1. Istri Suami said...:

    Tq u info tp bunyi trip ni mcm menghampa kn adakah 4/10 ...

  1. neyra shazeyra said...:

    @Istri Suami;

    awak baca Part 1 je ni. ada sampai Part 3 baca tak? :)

  1. neyra shazeyra said...:

    @Sayap Pejuang;

    pegi menu bar atas ni, tekan tab Contact. hantar message dr situ nnt saya reply dgn no fon :)

  1. Anonymous said...:

    Amik hotel saigon pink 2 lg dekat gan ben than market

  1. Neyra Shazeyra said...:

    yup, saigon pink 2 tu lagi dekat. area hajah basiroh restaurant. tp saya ni travel adhoc. unplanned. last min nak book dah full hmmmm.

  1. Masenah Muhi said...:

    Salam dr saya mas,nk tnyer,mcm maner nkcari kete sewa wat jln2,and pasa mlm tue ari aper ya

  1. Masenah Muhi said...:

    Salam dr saya mas,pasa mlm tue ari apa ya

  1. Neyra Shazeyra said...:

    @masenah , maaf saya tak tahu pasal kereta sewa sbb kat sana saya naik bas or jalan kaki je hahahah. pasar malam setiap hari awak.

  1. Cikgu Shahrir said...:

    hai...awk ade no telefon shahrir tu x??sy nk mntk tlg dia... heheehehe

  1. Neyra Shazeyra said...:

    @Shahrir, nak kena lempang?

  1. Anonymous said...:

    Salam. Nak tanya, nak ke Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral tu boleh jalan kaki je ke? or kena naik public transport? misalnya dari ben tanh market.

  1. Neyra Shazeyra said...:

    jalan kaki je awak :p

  1. Anonymous said...:

    Hai...saya selalu tak suka baca blog wanita tapi inilah yg paling bagus dan lengkap. Thanks

  1. Anonymous said...:

    Salam. Nak tanya hostel tu campur ke lelaki perempuan?

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates