Backpacking Trip: Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 2)

8:23 am


Hari kedua di kota Saigon. masa ambil gambar ni, jam 5 pagi. kat sana siangnya awal. jamnya pun cepat satu jam dari Malaysia. so confirm terbangun awal punya. so, aktiviti hari kedua ni ialang Cu Chi Tunnel! smbil pakej tour yang hostel sediakan cuma VND 110,000 = RM 18. murah kot! ada kawan kena VND 380,000. kawan-kawan yang dari hotel lain pun datang hostel saya duduk ni ambil pakej dari hostel saya duduk sebab murah. 




pagi tu, hostel sediakan breakfast roti Vietnam dengan butter, pisang dan kopi Vietnam! ya, halal jangan risau. yang bestnya hostel ni memang jaga sensitiviti guest muslim.  rumah diorang pun tak bela anjing. butter tu siap ada cop halal. pisang takkan korang nak tanya ada cop halal jugak ke tidak? pagi tu dia cakap pukul 8 pagi bertolak. so dari jam 7 pagi kami lepak breakfast dulu kat bawah. kawan-kawan datang pun breakfast sama. amoi tu sediakan sekali untuk diorang. baik betul!






so ada taxi yang ambil kami di hostel rupanya. lepastu naik lah enam orang satu taxi menuju ke travel & tour ni punya office, then naik pulak bas dari situ. bas ada aicond dan memang selesa. minah salleh tu muka macam emma maembong kan? yang lelaki tu pun hensem! 




kami punya tour guide namanya Mickey. buat lawak haram jadah tak kelakar tapi semua berlakon gelak je la. tapi English dia not so bad lah boleh faham jugak apa dia explain. cuma Vietnamese ni cakap memang ada tone sikit. so macam berlagu je english dia. haha! dalam bas mostly tidur membuta je. jauh gila kot Cu Chi Tunnel tu! almost satu jam kot?










sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, kami singgah Handicapped Handicraft dulu. macam pusat proses semua barang kraftangan. kat sini lah baru tengok proses macam mana hiasan yang saya beli malam sebelumnya kat Night Market tu diproses. mula-mula diorang tekap dan lukis dulu corak yang diorang nak buat dengan carbon, lepas tu kulit kerang dan kulit telur pecah, hancur kan lepas tu gam satu-satu. woah susah gila! penuh teliti dan kesabaran yang tinggi untuk buat ni.kalau ada part kena lukis tu dia lukis la. lepas tu rendam la apa dalam air tu. masa ni semua macam kagum tengok hasil kraftangan diorang. tapi kat sini mahal gila lah! yang beli semalam tu RM 20 untuk 3pcs, kat tempat ni jual nak dekat RM100. tapi, tahu tak kenapa diorang  handicapped ramai sangat? hah masa pergi museum nanti tahu,




kat luar centre craft ni ada jual pure juice. pergh terus order mango juice! makcik tu blend buah, letak custard sikit and air sikit. fresh! memang sedap gila. harga VND 25,000 = RM4. kenyang terus!





 

akhirnya sampai juga ke Cu Chi Village ni! kat sini lah Cu Chi Tunnel tu. tiket masuk adalah VND 90,000 = RM 14. Sebelum masuk dalam tunnel, kami masuk bawah rumah/base atap daun ni, tengok video pasal history Vietnam War. lepas tu Mickey jadi lecturer lah explain segala history ni. masa ni ada yang tertidur kot! mengantuk gila dengar dia ni cakap. dalam tu jugak ada lah sample meriam, bom yang diorang guna masa perang dulu.


 


lepas Mickey bagi lecture tu, dia bawak pulak kami satu group besar ni round Cu Chi Village tu. tunjuk segala jenis trap yang ada. mostly masih original cuma dah cantik sikit la. kecik kan lubang tu! entah muat ke tak nak masuk. tapi Vietnamese memang kecik molek je badan. lubang paling kecik tu nak masuk tapi Mickey kata tak boleh sebab musim hujan. bila hujan, bawah tu lembab takut ada ular, atau scorpion.



ini ventilation system diorang masa duduk dalam lubang tikus tu. terfikir tak macam mana diorang masak ke apa? hah bila diorang masak dalam tunnel tu, asap akan keluar melalui beberapa stages, dan last sekali keluar kat lubang kecik ni. bila asap dah lalu banyak halangan kan dia macam makin kecik sikit-sikit sampai jadi last tu macam asap rokok je. so musuh takkan tahu diorang tinggal bawah tu. pandai, pandai...




jalan-jalan lagi dalam Cu Chi tu ada kereta kebal ni. Mickey cakap, kereta kebal ni guna masa Vietnam War dulu. ni US hantar ke sini untuk pameran. ye la kot apa Mickey cerita tu. kami memang duk panjat atas tu nak bergambar apa semua sebab kalau kat Museum nanti tak boleh mengganas macam ni. 




lepas tu berhenti pulak kat shooting range. visitors boleh menembak la kat sini guna M-16 ke, AK47 ke apa. tapi ya rabbi mahal gila peluru. minimum kena beli 10 peluru pulak tu. 10 peluru, VND 400,000! RM65 tu. masa ni ada la kedai jual souvenier, air semua. kami makan biskut bawak dari Malaysia je. siap bawak bekal nak jimat..haha! sebab tahu dah tempat tourist camni memang mahal la. by the way, jangan beli souvenier kat Cu Chi ni especially yang bentuk peluru, kapal terbang apa semua yang dibuat dari kelongsong peluru. kat airport nanti tak lepas pun kastam. korang kena buang jugak bazir je. 

lepas tu nampak tempat proses tayar jadi selipar. selipar diorang proses tu diorang jual la jugak. katanya tahan lama. orang dulu-dulu pakai selipar ni la. yang comelnya, replika kapal tu. dari tayar kot! creative gila la Vietnamese. 


Finally lepas penat ronda sekampung, Cu Chi Tunnel! tak sabar nak merangkak dalam tu. paling eksaited si Haziq ni lah. Cu Chi Tunnel ni la terowong yang Vietnamese gali sendiri, buat beberapa bahagian dalam tu, berlindung dari musuh masa Vietnam War. dalam tu memang macam lubang tikus sebab ikut size orang ASEAN ni kan kecik molek je. hidup bergelumang dengan macam-macam binatang liar, serangga. bayangkan apa diorang makan? hurmm...bersyukurlah nak duduk zaman moden ni. tunnel ni sepanjang 121km sebenarnya. tapi yang boleh masuk tu dibahagikan kepada dua entrance, kat Ben Dinh dan Ben Duoc. yang Ben Duoc tu masih bentuk asal, sempit lagi dan maish original. tapi jauh dari Saigon. so kami pergi yang Ben Dinh entrance. tapi yang Ben Dinh ni dah reconstruct balik dan terowong dia luas sikit.






gambar tak banyak sebab sibuk merangkak. apa yang ada pun banyak blur. sebab dalam tu cuma ada low-light. itupun gelap gila. tapi masih mampu la berjalan itik dalam tu. Ben Dinh entrance kan diorang dah reconstruct besar sikit. tapi still, mat salleh semua tak dapat masuk! terlalu sempit bagi diorang. nasib kami pendek. huahuahua. seronok kot merangkak dalam tu! sejuk, sempit, gelap. entah macam mana Vietnamese dulu hidup lama dalam tu. Vietnam War 17 tahun kot!


masa nak balik tu sempat lah bergambar lagi. saya, haziq, suhazli dan ann la paling lembab antara semua. sibuk nak ambil gamabr je. sampai amoi Vietnam ni pun kena paksa bergambar dengan kami. 




on the way balik tu Mickey tanya siapa nak pergi War Remnants Museum, siapa nak balik office dia balik. mostly turun kat museum la. senang tak payah menapak jauh dah. tapi dia drop kami tepi jalan mana entah lepas tu kena jalan sikit. on the way tu tengok la sekeliling. kenapa entah banyak kedai jual peti besi? Vietnamese simpan duit kat rumah ke? haha! lepas tu lagi satu jakun tengok tiang letrik. masyaallah serabut nya. macam mana TNB diorang kerja ni? hebat betul!


dah sampai War Remnants Museum tu, mula-mula feel ala...macam museum lain kot? mesti bosan. tapi orang cakap, lepas keluar dari museum ni mesti ada rasa sedih di hati. yes! memang hampir nangis la jugak. sebab banyak pasal Agent Orange. masa tu rasa macam betapa kejamnya lah US ni. dulu, US pernah spread chemicals kat Vietnam ni around 1961-1971, dan sebab chemicals tu la semua tanaman, pokok terjejas, kelahiran terbantut apa semua jadi, makanan semua kena racun. sebenarnya kalau tengok history, chemicals ni ada banyak label color berlainan tapi paling femes Agent Orange la. dalam 20 million gallons (75.7 juta liter) chemicals US ni duk spread kan kat Vietnam masa tu. gila kejam!

hurmm....untuk lebih penghayatan (padahal malass tulis panjang), saya letak caption kat setiap gambar di bawah. lupa pulak, tiket masuk ke museum ni VND 15,000 = RM 2.


ini surat daripada Tran Thi Hoan, salah seorang mangsa Agent Orange ni untuk US President Barrack Obama. masa ni ramai nangis lepas baca surat ni. tapi iolls control macho la tak nangis. dalam hati je menangis. hurmmm....



ini serpihan bom masa Vietnam War, diorang collect and buat bentuk mumia ni hah. creative vietnamese. 



 

dalam museum ni banyak gambar-gambar mangsa Agent Orange. boleh tengok la kesan chemicals tu sampai ke generasi sekarang. ada banyak gambar baru-baru jugak la. paling sedih kat entrance museum tu ada the real mangsa Agent Orange. benda ni kesan dia entah sampai berapa generasi. tapi macam tak putus la. bila nenek mak bapak diorang kena dulu, sampai beranak pinak pun effect ada. tapi diorang talented!






lepas tu dah sedih-sedih, kami lepak la ambil gambar kat luar tu pulak. banyak lah kereta kebal dan pesawat pejuang apa kebenda pameran luar tu. masa ni masing-masing dah penat tatau nak kemana. tengok peta, lepas tu discuss macam apa. kejap nak pegi sini la kejap nak kesana la. sampai turtle lake pun nak terjah tapi google tengok tak best pun so tak pergi.


ini sekolah kat HCMC. jalan-jalan tengok sekeliling katanya. on the way cari jalan tu, sempat beli air Nescafe Viet yang pekat gila kat kedai runcit. VND 12,000 = RM 2 secawan. 


then kami pergi sini! Independence Palace (Dinh Độc Lập) atau lebih dikenali dengan nama Reunification Palace (Dinh Thống Nhất). malangnya masa ni ditutup sebab ada event majlis orang kahwin. ishhhh time ni lah nak kawen! lepas tu kami blur lagi nak kemana. then disebab kan Suhazli dan Ann tak pergi lagi ke Notre-Dame dan Post Office, maka kami singgah la kejap ke sana. lagipun Suhazli ni abam photographer. ehem ehem. mintak amek gambar cantik-cantik lah! haha. tapi sampai entry ni ditulis, gambar tak bagi pun lagi. 



ini bahagian dalam Notre-Dame. kami sampai tu almost 4 petang da. biasa diorang open sampai jam 4 petang je untuk taknak diganggu upacara ritual diorang. ambil gambar ni pun dari entrance luar je. zoom sampai puas. masa ni memang diorang tengah sembahyang dan baca doa ramai-ramai.


wit Vietnamese. model ni. tengah photoshoot apa entah depan Post Office.




suka ambil gambar random macam ni. masa ni ada wedding photoshoot. lepas tu tengok je budak kecik ni pakai lipstick. dia macam flower girl la. pastu dah comel-comel makeup habis semua orang dia nak cium!


kami tiba di Ben Thanh Market around 5.30 petang. macam biasalah time nak tutup tu lah nak datang shopping bagai. saya beli prada lace empat pasang, 2.5 meter (bidang 60) dengan harga cuma VND 300,000 = RM48! 4 pasang baru VND 1,200,000 = RM192. mihmihmih. kat Malaysia mahal kot! pergi Medan haritu pun mahal jugak. Haziq dan Ann pun beli Prada Lace jugak, lepas tu Vietnam Silk pun diorang borong. Vietnam Silk VND 335,000, sepasang. masing-masing terpengaruh. ingat, nak beli guna VND jangan RM! kadang-kadang je dalam RM lagi murah. seeloknya guna VND. shopping ni pun sebab ada orang kirim. 




malam tu kami dinner kat Hjh Basiroh lagi sebab Shahrir cakap ni je yang konpem sedap dan murah. saya order Pho Vietnam dan Kopi Susu Ais lagi. total VND 85,000. lepas tu minum lagi kopi kat tepi jalan. VND 20,000 = RM3. sedap gila kot kopi susu akak motor merah ni! oh ya dalam gambar atas tu pasangan suami isteri arkitek. kami kenal dari Cu Chi Tunnel, sampai la dinner bersama pulak kat Hjh Basiroh ni. 


malam tu round Night Market lagi. lace ni RM5 semeter. nangis tengok. lepas tu diorang shopping-shopping lagi, beli t-shirt la, souvenier la, macam-macam lagi. saya beli barang orang kirim je. 



dah penat shopping, malam tu berjalan tanpa hala tuju. malam terakhir di Vietnam kan. tetibe jumpa kedai ni nama Saigon Artisan! untuk orang jiwa seni macam kitorang ni, memang teruja la. benda pelik cantik handmade semua dalam kedai ni. tapi end up, saya tak beli apa pun. haha!Haziq je beli notebook harga VND 140,000. 




ini masa kat simpang empat, berdiri tengah-tengah jalan tu and ambil gambar dan video suasana malam HCMC yang sentiasa sibuk. motor memang banyak. tapi satu je, duduk sini kan, level confident jadi tinggi masa nak melintas jalan. gila takde zebra crossing ke apa. melintas je la meredah segala motor tu. 


demi meraikan kemenangan Malaysia malam tu yang layak masuk Semi Final, (kononnya la haha padahal sebab kami hantu kopi). malam tu kami lepak NYDC Coffee Shop area hostel. kat Nguyen Trai Street tu jugak. kami order Berry Dark Elephancinno dengan Nutty 'N' Nice Elephancinno. nama nya Elephancinno sebab besar gila kot cawan! malam tu saya mabuk coffee sebab minum lima jenis coffee seharian. total habis kat NYDC ni, VND 85,000 untuk both Elephancinno dan VAT nya VND 17,000. malam tu balik berehat, dan kemas barang apa patut. esok sebelum balik Malaysia, ada banyak aktiviti lagi seawal subuh! sambung entry ketiga nanti okayh?


You Might Also Like

5 comments

  1. Slm.. bleh tau x pakej cu chi tunnel rm18 byr kat agency hostel tu include entrance fee tunnel tu x? Ke yg awk byr tu just for transport (teksi & bus)??

    ReplyDelete
  2. saya rasa saya ada mention atas tu...


    tour + guide + bas = VND 110,000
    tiket masuk adalah VND 90,000


    ReplyDelete
  3. salam sis,, nice sharing!! :D
    insyaAllah,planning nak p HCM bln Ogos ni :)

    sebak bila baca surat Agent Orange Victim tu.. *tu baru baca 2 line.. huhu*


    saya nak tanya,,
    yg bayaran VND 110,000 , tour + guide + bas ,
    bas tu,, pergi balik ea??

    yg Handicapped Handicraft tu memang included dalam package ke?? fee is free kan??
    yg War Remnants Museum tu,, sis di drop kn di situ,, ke mcm mne?? ke included dlm package sekali??

    **sorry banyak tanya.. TQ in advance :*

    ReplyDelete
  4. @nurhafizah,

    yer, bus return. pergi balik harga tu.
    yer, handicapped handcraft tu included in package. on the way pergi cu chi diorg singgah kejap. free je.

    war museum tu sbb tour guide tanya nak stop museum tak, boleh stop sbb one way lalu jalan tu. so kami choose to drop kat situ .

    ReplyDelete
  5. Salam.. Night market tu kt mana?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook