Backpacking Trip : Singapore

3:14 am


dah dua bulan baru nak update pasal Backpacking Trip to Singapore. seperti biasa, saya busy. kerja tak menentu. dah lah jadi student nya lagi. tak tahu bila ada masa untuk bercuti. ceritanya, sehari sebelum raya haji saya masih bekerja. dan ikutkan sehari lepas raya haji juga bekerja. tapi tetibe boss cakap cuti tiga hari. dah last minute baru dia inform. dah lah tak beli tiket bas balik kampung. terus bukak website Malaysia Airlines, beli tiket ke Johor Bharu, RM120 return. mula-mula tu confused jugak lah nak ke JB atau Penang. haha! maka, terjadilah another unplanned journey!


naik MH1051, dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu memang best! ahkak stewardess, abam steward dan pilot happy go lucky semacam. ceria all the time. masa steward announce pasal keselamatan apa tu, pilot duk usik buat bunyi macam-macam. ahkak stewardess ni pun sporting habis. kecoh satu flight gelak ketawa je. saya rasa diorang nak release tension kena kerja pagi raya haji. haha!




start dah landed tu memang main redah je. unplanned mana ada buat research pun. haha! dari Senai Airport, naik bas causeway link ke JB Sentral, RM8. perjalanan ambil masa dalam 35 minit. lepastu dari JB Sentral naik pulak bas ke Woodlands, bas SMRT 950, RM1.50 dan perjalanan ambil masa 20 minit je. sampai je woodland, isi kad putih tu lepas tu kena soal macam-macam dengan imigresen Singapore. eee banyak hal lah diorang ni! siap marah saya tak tunjuk MyKad. negara lain pergi tak pernah pun mintak MyKad saya okayh! Then, dari Woodlands, naik pulak bas SMRT 170 menuju ke Kranji MRT Stations. tambang bas hanya SGD1.30 dan perjalanan cuma ambil masa 10 minit. 


fuyohhhh masa ni memang blur habis lah kat Kranji station tu. bapak banyak lane MRT diorang! macam-macam color terus snap gambar maps MRT takut sesat. beli eZlink MRT card total SGD12. dalam tu ada credit dalam SGD7. kiranya kad tu cuma harga SGD5 lah. 

dari Kranji station nak menuju ke Boon Keng station sebenarnya sebab nak pergi Backpacker's Hostel kat Lavender Street, Gap Year Hostel. so dari Kranji kena ke Dhoby Ghaut dulu lepas tu baru ke Boon Keng. tukar lane color lain. perjalanan ambil masa dalam satu jam jugak lah dan tambang SGD2.70. 






dari Boon Keng station ke Gap Year Hostel kena jalan kaki sikit dalam 10 minit. sampai Gap Year Hostel dah agak lewat tapi puas hati lah gila hostel ni! dah la luas, bersih, lepas tu interior design cantik je. siap ada locker besar, dan access card untuk masuk dorm. satu malam cuma SGD 18 sahaja! murah kan? macam-macam facilities disediakan. ada washing machine untuk yang nak stay lama, boleh lah cuci baju apa semua kat laundry bawah and tingkat atas. malam-malam kalau bosan boleh lepak borak dengan backpackers lain, or baca buku kat mini library or korang boleh guna iMac dua bijik bawah tu untuk surf internet yang sangat laju! yeah, laju gila wifi hostel ni. itu yang penting! jimat tak payah beli sim card kat sana yang mahal sangat. 





masa sampai kat hostel tu, campak backpack then terus keluar sebenarnya. sebab nak kejar show kat Marina Bay Sands. dari Boon Keng naik MRT ke Dhoby Ghaut lepas tu konpiden je ke Marina Bay station rupanya salah! Marina Bay Sands kat Bayfront station rupanya. haha! total kos MRT dalam SGD 1.31 je. alhamdulillah, sempat tengok show tu. memang best dan memang jauh beza dari show kat kolam KLCC tu haha. 




lepas show tu, jalan-jalan kejap kat area Marina Bay tu. kebetulan ada Architecture Exhibition. kagumnya tengok architecture building kat Singapore ni. cantik-cantik belaka. nampak mewah belaka. haha! lepas tu before 10 malam, terus bergegas balik. on the way tu beli air sebab penat gila dan dahaga. tapi beli sebotol Pooka Coffee and air mineral pun dah berapa dollar dah. mahal! malam tu dinner makan megi dan twiggies je. kahkahkah!




pagi tu breakfast bread with Nutella dan coffee bersama backpackers lain. lepak kejap, lepas tu checkout sebab banyak destinasi nak pergi ni! fuhh. then terus ke Boon Keng MRT station dan menuju ke Harbourfront station! perjalanan dalam 10 minit je dan tambang SGD 0.83.

 







SENTOSA ISLAND! ya, sampai sini, saya naik sentoasa express monorel pulak SGD 4.00. sambil bawak packpack berat. tatau la kenapa bawak barang banyak masa nak travel kejap haha. dasar perempuan banyak barang! by the way, memang satu sentosa island ni saya jelajah. dari first station sampai ke hujung! sampai ke pantai tu. berpeluh sakan lek je lah. tak masuk USS sebab mahal so ambil gambar depan tu je. 




so dari sentosa island, naik semula monorail express (free sebab bayar masa entry je), naik MRT kat station harbourfront dalam viva city mall. dari harbourfront ke outram park and bugis station. tambang dalam SGD 1.31 dan perjalanan ambil masa dalam 20 minit. bugis street ni orang cakap murah lah shopping souvenier ke apa. tapi sebab saya backpacking jimat, saya beli magnet seketul SG2.00 je haha. 











so dari bugis street terus menuju ke orchard road pulak! sebab dah janji nak meetup few friends kat sana. dari bugis station ke city hall station then ke orchard station. tambang MRT SGD 0.87 je! tak mahal pun. kat sini feeling la macam orang kaya kejap padahal tak beli apa pun. makan Churros pun kawan belanja. lepas tu lepak sampai malam buat buat tak sedar diri je kena balik ke JB cepat sebab tak tahu ada ke tak bas malam-malam. haha! dari Orchard road naik station sommerset terus ke station kranji SGD 1.70, then naik SMRT 170 ke Woodlands, SGD 1.30. masa kat sana semua guna eZlink card je so senang. terus masuk JB, merempat sampai pagi sebab flight balik KL esoknya, jam 8 pagi.


maka selamat lah pulang ke KL pagi esoknya. kos perbelanjaan semua untuk trip Singapore ni:

Flight ticket return KL-JB-KL : RM120
Bus Senai Airport - JB Sentral: RM8
JB Sentral - Woodlands: RM1.50
Bus Woodlands - Kranji - SGD1.30
Gap Year Hostel: SGD18
eZlink Card + topup: SGD14
Magnet : SGD 2
Air: SGD 4
Bus JB Sentral - Senai Airport : RM8

masa balik masih ada almost $100 kat tangan haha! jimat kan?







You Might Also Like

10 comments

  1. Salam. Hee jalan2 temasek lah pula.

    ReplyDelete
  2. tenkiu iera type pepanjang. aku refer na :D

    ReplyDelete
  3. Salam hormat. Kisah cikpuan memang menarik.

    ReplyDelete
  4. Imigresen mmg bukak 24 jam ke?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam semua :) jika berminat bole dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" trip from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-RiverCruise-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook