Backpacking Trip: Siem Reap, Cambodia (Day 3)

11:00 am


hari ketiga di Siem Reap dimulakan dengan cari breakfast! hahaha. sebab rasa awkward nak makan breakfast kat hotel sendiri, pergi cari breakfast kat tempat lain. tapi, ada Malaysian yang belanja pagi tu. kahkahkah. selamat lagi duit. 1 set breakfast kat hotel apa ntah, $3 ada toasts, kopi, juice, buah apa semua. murah lah jugak sebenarnya.



 

lepas tu ambil gambar kat town ni, and hard rock cafe destinasi wajib saya setiap kali travel. masa ni saje kill time je sebab flight balik 3petang so macam banyak masa pagi buta gini. lepas tu pergi Art Centre, and shopping lagi! beli kain silk 4meter $16 and fisherman pant $3. lepas tu magnet 5pcs $2. 


 

yang kiri tu Syty, penjual kat Art Centre Market yang boleh cakap melayu dan dia muslim.. siap add fb dia! jadi friend terus. haha. pastu yang kanan tu akak lobi hotel. dia pun baik sangat . good service! ke airport dalam pukul 12 tengah hari, naik tuktuk mintak hotel sediakan.


sampai airport masa ni, ada Malaysian tegur. tanya macam-macam soalan pasal travel lepas dia tengok semua flags kat backpack saya. okayh, ini normal punya soalan. tabah sahaja. haha. lepas tu terus check in, ambil boarding pass and masuk tunggu flight. yeah nak balik dah!


Alhamdulillah tamat negara ke lapan dalam ASEAN. tak sabar nak habiskan lagi dua negara. entah bila sebab busy dengan Master sekarang ni.

total kemusnahan untuk hari ketiga:

shopping: $21
tuktuk to airport: $2 (shared)

total: $23

total for 3D2N: RM100 (hotel) + $100 (RM360)







You Might Also Like

7 comments

  1. Kalau solo sape yg amek gamba nih sume? Heeh

    ReplyDelete
  2. Duduk kat hostel, berkenalan dgn tourist lain tu normal.

    Dalam angkor wat semua kawan tourist yg share tuktuk dgn saya ambil, driver saya ambil gambar, dan guide2 or tourist lain yg bersepah dlm kwsn temple pn boleh tlg ambil gambar.

    Area town, pun sama. Ada polis or tourist lain bersepah tu mntk je tlg ambilkan gambar. "Sir, can u help me to take my picture?"

    Dlm hostel, area kedai.. Mntk je org kedai ambil kan gambar. Di airport terjumpa malaysian. Naik flight sama. Mntk tlg dia ambilkan jgk gmbr.


    Tak susah pun kalau travel solo ni ;)

    ReplyDelete
  3. sis total hotel berapa dolar?

    ReplyDelete
  4. sis berapa total hotel? in (dolar)

    ReplyDelete
  5. Mas Ayu, saya book dr online bayar guna CC, in MYR. It's RM100 for two nights :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook