DAY TRIP TO SINGAPORE!

4:50 am


selalu malas nak update blog. apa nak jadi lah seorang Neyra ni. okayh, ni nak cerita last Sunday, 02 August saya kena culik. OMG, siapa culik? Nedz!

masa dia mesej pagi tu, baru bangun tidur mamai-mamai dia tanya:


"hari ni buat apa?"
"duduk rumah je kenapa?"
"jom open house. bawak passport sekali"
"hahhhh passport? open house negara mana kita nak pergi ni?"
"nak gerak ni..."
pergh punya kelam kabut terjun dari tilam terus mandi dan bersiap. nasib baik passport baru renew. dah agak kawan-kawan selalu gila ajak adhoc travel macam ni. dah lah mengantuk malam sebelumnya pergi karok la apa Le Bodyguards culik jugak bagi birthday prank.




satu jam kemudian, Nedz pun sampai lah jemput kat rumah. ke Singapore rupanya kita. dengan berbaju kurung dan songket dari Siem Reap, kami menuju ke Singapore! sempat berhenti kat Melaka dan makan dulu. masing-masing tak brunch lagi. 



perjalanan makan masa 4-5 jam je tapi masa kat CIQ tu hazab laaaaa naik kereta kan. memang jem sampai ke senja! dah jam 7 something masa tu baru lepas nak ke Woodlands. dah lah kami blur gila immigration cakap tak payah beli autopass padahal kena beli sebenarnya. memang kerja gila!



 

sampai je rumah Shikin Majid which is kawan Nedz, di Lompang Road, Bukit Panjang, Singapore.... terus kami melantak buah-buahan celup cokelat. saya dengan tak malunya pun makan je semua sebab lapar. yang bestnya open house kat sini semua makanan lain dari apa saya boleh dapat kat Malaysia. ya, bosan jugak duk makan rendang je. nasib banyak seafood!



so dapat lah kawan baru nama Nurul dan Shikin. wiwiwiiwiw~ lepas beraya, kami pergi fetch kawan lagi sorang nama Zimah pulak. wahhh ramai kawan baru I loike! malam tu terus mission food hunting lagi. alang-alang datang Singapore kan.


sempat singgah beli Murtabak Victory and Sup Tulang Merah Deen untuk di bawa pulang. ya, niat hati nak pulang ke KL malam tu jugak. tetibe bebudak ni ajak lepak Coffee Beans pulak dah haaaaa.... celebrate birthday katanya. 



Thanks gegirls semua! This the worst birthday cake ever bak kata Nurul. diorang request cream and cherry, abang Coffee Beans comotkan cake tu. haha! memang gila!. tepat 12 malam tu diorang celebrate birthday. wiwiwiwiwi~ sayang korang budak-budak sewel gila semua!



malam tu nak balik punya confident je cakap kat Zimah kami akan selamat sampai ke Woodlands. haghaaaammmm salah set location kat waze. lepas tu takde internet pulak! Nedz siap berhenti tanya pakcik tepi jalan. nasib baik akhirnya jumpa jugak sebab waze ada set location JB offline. yeah! 230am baru keluar dari Singapore, stop tidur kat Yong Peng sebab hujan lebat, 5am dari Yong Peng terus sampai ke KL jam 7am. wowww~~ thanks Nedz. the best weekend gateaway ever on birthday!




You Might Also Like

6 comments

  1. wah... sedapnyer makanan... enjoy your trip sis...

    ReplyDelete
  2. (Thumbs up).. bestnya p oversea macam p rumah jiran je. Syok...

    ReplyDelete
  3. seronok betul nengoknya...sampai terjojol biji mat tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Wah...ni pasti jadi pengalaman yg takkan dilupakan

    ReplyDelete
  5. Victory ada branch di usj9, blh beli murtabak spore kat situ juga

    ReplyDelete
  6. Victory ada branch kat usj9, ada murtabak spore kat situ

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S