468x60

.

Oh My English! Membawa Penonton Meneroka Kg Dalam Ayer

Wednesday, August 26, 2015



Barisan Pelakon Oh My Goat - Come Baaack!!

Ekoran kejayaan siri komedi pendidikan oh My English! (OME), Astro dengan bangganya mempersembahkan sebuah lagi telefilem istimewa untuk peminat setia OME berjudul Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!! (buat bunyik mmmbekkkk macam kambing sikit okayh?). telefilem ini akan ditayangkan secara eksklusif pada 5 September 2015, jam 9 malam secara serentak di 3 saluran iaitu Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga di Astro Maya HD (Saluran 135).


Oh My Goat! dah sampai Kampung Dalam Ayer!

Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!! merupakan telefilem keempat siri Oh My English! selepas Oh My Ganu!, Oh My English-Hello America dan Oh My English: Vilal Isabellaaa! Filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman dan Umi Omar ini mengisahkan pengembaraan Mr Henry Middleton yang menawarkan diri untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia bernama Kampung Dalam Ayer. Di sana, dia bertemu "teman" baru yang cukup istimewa. haaaaa???? siapa pulak teman baru Mr Henry ni? alamak! macam mana nasib Cikgu Ayu?

Dalam masa yang sama, hubungan Encik Ariff dan Cikgu Ayu pulak semakin intim. maka bekas pelajar Mr Henry Middleton ambil keputusan untuk bawak Mr Henry Middleton ni balik. bila See Yew Soon, Taylor Marie Smith, Zack dan Jojie datang ke Kg Dalam Ayer, serba salah terus Mr Henry nak balik atau tidak. 

apakah kesudahan cerita ni? 
macam mana hubungan Mr Henry dan Cikgu Ayu?
balik ke tidak Mr Henry akhirnya?

nak tahu kesudahan cerita ni kena lah tonton Oh My Goat - Come Baaack!! pada 
5 September 2015, jam 9 malam!. 


masa launching event, bebudak sekolah ni ada buat performance. 
comel betul! berbakat masing-masing ni. 

 

With Taylor Marie Smith and Mail Penghulu Kg Dalam Ayer uolls~

 

Cikgu Zabedah dan Cikgu Neyra bersama Cik Kam Ambing. oh! dan juga bersama See Yew Soon yang kacak! auuwww~


Goodies menarik dari Astro, dan Vitagen.


kami menang!


masa event bermula ada sesi menjawab soalan. macam dalam classroom, cikgu bagi soalan semua anak murid berebut angkat tangan nak jawab soalan. yang bestnya, saya dan plus one saya KayShafiq berjaya jawab soalan dengan betul dan menang hadiah seutas jam Quicksilver sorang satu! yeay! thank youuuuu Astro! 

Tak sabar tunggu 5 September 2015!
Jangan lupa tonton Oh My Goat - Come Baaack!! pada 
5 September 2015, jam 9 malam okayh?! 




1 comments:

  1. ana said...:

    Wahh..best nye

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates