Halal, Murah dan Berbaloi di Capricciosa!
11:08 am
Malam tadi diberi peluang dan kesempatan menikmati hidangan mewah Itali di Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza di Pavillion Kuala Lumpur. Semua makanan yang bakal dihidangkan disini adalah dari bahan mentah segar dan ramuan asli yang memang special lah! Tapi restoran ni bukanlah jual pasta dan pizza je. Banyak jugak juadah lain.
Saya bersama Nuar, Danish dan Maryam tiba di restoran ni pada jam 8 malam untuk makan malam. Tengok menu nak pilih air pun dah berapa puluh minit entah keliru. Colourful and look so tempting! So apa kami makan?
Minuman pilihan kami ialah Tea Lychee, Citrus Mint, Mango Lychee dan Lychee Pop. Semua orang order air ada lychee, saya sorang order air macam nak detox isi perut. Haha! Citrus Mint tu diorang crushed mint leaves with refreshing lime juice. Memang sangat refreshing! Setiap gelas cuma berharga RM 11.90, dan ada pilihan untuk 1 liter pitcher berharga RM 22.90. kalau order 1 pitcher boleh lah kongsi dengan kawan-kawan atau minum air tu sorang-sorang sampai kembung!
Yang ini pulak namanya Ocean Platter. Dalam set Platter ni ada Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta, and mixed veggies. Platter ni berharga RM 69.90 sahaja. Boleh dimakan seramai 2-3 orang untuk 1 platter. Tapi kami makan berempat pun cukup kenyang! Banyak kot! Dan dalam set ni saya sangat suka Capri Superstar Pasta. Walaupun kelihatan macam simple tapi tomato paste tu unik sangat cukup rasa semua. A must try! Sauteed garlic and peppers, in their homemade tomato sauce. Nyummmms~ oh ya, kalau order Platter, boleh add-on air 1 litre pitcher dengan harga RM12 sahaja! Menarik kan?
Kemudian kami makan Capricciosa Pizza the signature pizza here! Fuhhh tengok pun dah tempting dan tak sabar nak makan dengan thin crust yamg Nampak crispy dan sedap tu. So topping untuk Capricciosa ni ada streaky beef, beef pepperoni, mozzarella cheese, mushrooms dan bell peppers. Cuma berharga RM 17.90 untuk size personal 9” dan RM 27.90 untuk size family 12”.
Akhir sekali mestilah dessert time! Kami order apa?
Ini Chocolate Brownie iaitu warm chocolate brownie served with vanilla gelato dan chocolate sauce. Huuuu sedap gila brownie tu macam panas baru bake, lepas tu aiskrim sejuk. Brownie tu ada walnut and sangat sedap! Cuma berharga RM 11.90 sahaja.
Ini pula Affogato. Sebenarnya Affogato ni espresso with vanilla gelato, topped with whipped cream, caramel and chocolate sauce. Tak sangka minum espresso dengan ice cream sedap rupanya! Yang ini Cuma berharga RM 9.90 sahaja!
Last but not least, Gelato! Yang ini vanilla ice-cream sprinkled with Oreo crumbs. Simple tapi sedap sebab Oreo crumbs tu besar-besar. Haha. RM 4.90 sahaja. Murah kannnn??
Menariknya, sempena bulan kemerdekaan ni, Capricciosa menawarkan Capri’s Merdeka Platter yang Cuma berharga RM 58 sahaja. Promo ini sah sehingga 31 Ogos 2015.
Dan lagi menarik selama 4 hari bermula dari 13 Ogos hingga 16 Ogos 2015, ada promosi 50% OFF everything! Kecuali untuk merdeka platter. Promosi ini sempena pembukaan cawangan terbaru di Sunway Putra Mall, tapi promosi sah untuk semua cawangan. Ya, 50%! Best kan? Maknanya, semua harga makanan kat atas ni tadi dapat diskaun 50%. WOW! Murah dan berbaloi untuk menikmati hidangan mewah dari Itali.
Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza terdapat 3 cawangan di Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall dan Pavillion Kuala Lumpur. Halal, murah dan berbaloi!
Info lanjut boleh didapati di http://www.capricciosa.com.my/.
1 comments
sesungguhnya chocolate brownies tu memang menggoda betul laa....dessert yang menggoda
ReplyDeletedrop your comment here!