7 Bakat Seni Terima Geran Daripada Krishen Jit-Astro Fund
10:36 pm
Dalam usaha menyokong seni tempatan, Astro dengan kerjasama Five Arts Centre telah menganugerahkan geran kepada tujuh orang rakyat Malaysia dengan bakat seni yang hebat melalui Krishen Jit – Astro Fund. Dana yang diinspirasikan daripada sumbangan Krishen Jit dalam bidang seni ini telah menjadi platform buat para pencinta seni tempatan menggapai aspirasi seni mereka sejak penubuhannya pada 2006.
Para penerima dana bagi tahun 2015 ini menerima geran tersebut dalam satu majlis yang diadakan di Five Arts Centre, Taman Tun Dr. Ismail semalam. Mereka turut berkongsi mengenai visi projek seni mereka yang akan dijalankan menggunakan geran yang diterima.
Sejak penubuhannya, Krishen Jit – Astro Fund telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti latihan, bengkel, penulisan atau seni muzik, tarian, teater, persembahan seni dan pelbagai lagi yang membantu para penerima dana mencapai impian seni mereka. Inisiatif ini diharap mampu menghidupkan semangat seni Krishen Jit dalam diri generasi baru.
Hasil kerja seni Krishen Jit berkisar tentang tradisi tradisional dan kontemporari, Hollywood dan Bollywood, dan pelbagai lagi yang melambangkan identiti Malaysia dan dalam masa yang sama menggalakkan para pencinta seni serta orang ramai untuk menilai kehidupan mereka dan masyarakat.
Barisan panel pemilihan bagi Krishen Jit – Astro Fund 2015 terdiri daripada:-
• Dato ' Norliza Rofli - Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia
• Jolyn Gasper – Naib Presiden, Tanggungjawab Korporat, Tanggungjawab Korporat, Hal Ehwal
Masyarakat, ASTRO
• Leow Puay Tin - Ketua Jabatan Prestasi & Media, Sunway University.
• Ravi Navaratnam - Wakil dari Five Arts Centre
• Mac Chan - Wakil Five Arts Centre
Pada tahun ini, Krishen Jit – ASTRO Fund menerima 48 penyertaan bagi projek dalam bidang tarian, teater, filem, video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi, pendidikan, latihan dan kerja antara disiplin. Daripada penyertaan yang diterima, tujuh orang penerima dipilih iaitu Yeoh Lian Heng, TerryAndTheCuz, Sharmini Ratnasingam, Seng Soo Ming, Mohd Shahrul Mizad Bin Ashari, Dhanendran Maheswaran dan Jun Ong. Sejumlah RM33,000 diperuntukkan bagi penerima tahun ini. Dana tersebut ditadbir dan diuruskan oleh Five Arts Centre.
Tahniah untuk semua penerima geran Krishen Jit-Astro Fund!
0 comments
drop your comment here!