Strawberi & Karipap Hello Gold Coast di Astro First Eksklusif

1:56 am


Siapa pernah tengok Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris sebelum ni? Best kan tengok gelagat mereka? Kali ni, Astro First Eksklusif membawakan supertelefilem terbaru, kesinambungan dari Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini. 


  

 

 
Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast mengisahkan misi Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) yang telah merancang satu percutian keluarga ke Gold Coast, Australia demi menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin). Di sana, mereka telah ditemukan dengan BRO Z, pemandu pelancong di Gold Coast. Pelbagai situasi dan kejadian melucukan terjadi sepanjang berada di Gold Coast. Percutian Nini dan Haikal di Gold Coast menjadi sebuah pengembaraan yang sangat menarik dan menyeronokkan! Mereka berpeluang bermain dengan ikan paus, bermesra bersama beruang koala, berseronok di Movie World, menaiki belon udara panas dan banyak lagi pengalaman yang menarik!

 

Bagi memeriahkan lagi demam Strawberi & Karipap Hello Gold Coast ini, pihak ASTRO turut berkerjasama dengan PNL Travel untuk Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold Coast selama 7 hari 5 malam di mana penonton bukan sahaja boleh melihat keseronokan bumi Gold Coast di kaca TV, malah kini boleh merasai keunikan Gold Coast bersama dengan Mia Sara & Rykarl Iskandar dan juga merasai segala keseronokan aktiviti-aktiviti menarik yang dipaparkan dalam supertelefilem ini. Antara kelebihan percutian ini adalah ianya menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan – daripada menambah pengetahuan tentang hidupan liar Australia di santuari haiwan sehinggalah memberi makan dolphin sehinggalah melawat pulau pasir ketiga terbesar di dunia!

Dengan harga istimewa bermula dari RM 5,500 untuk dewasa dan RM 4,400 untuk kanak-kanak, pakej mesra Muslim ini boleh didapati bermula 26 November ini. Untuk keterangan lanjut berkenaan pakej percutian ke Gold Coast bersama Nini dan Haikal ini, peminat bolehlah menghubungi PNL Travel di talian 03-92844859, ataupun emel mereka di [email protected] dan juga interaksi secara langsung di www.pnltravel.com.my.



 

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First saluran 480 mulai 26 November 2015 ini, bersempena dengan cuti persekolahan. Pelanggan Astro yang berhasrat untuk menontonnya boleh melanggan supertelefilem ini dengan harga RM15.90 (termasuk GST) dan menontonnya berulang kali selama 48 jam bagi setiap langganan




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S