Tiki BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur
4:55 pm
Dah lama tak makan buffet apatah lagi BBQ & Steamboat. Bila makan buffet ni mesti korang rasa macam satu kepuasan sebab bayar certain amount then makan sampai puas berjam-jam kan?
Beberapa hari lepas diberi kesempatan untuk food review di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur. Alhamdulillah terima kasih Projek Travel dan The Federal untuk peluang ni.
Nak ke The Federal ni punya lah senang rupanya. Beriye-iye saya tanya polis mana jalan nak ke The Federal. Untuk yang menaiki public transport, station paling hampir ialah station monorel Imbi. Kemudian terus menuju ke Plaza Low Yat dan The Federal Kuala Lumpur ni terletak betul-betul dekat dengan Plaza Low Yat.
Sampai je di The Federal, saya terus menuju ke Kontiki Restaurant yang terletak di Mezzanine Floor. wahhhhhh cantiknya Restaurant ni! Itu perasaan yang pertama terlintas dalam hati.
apa perasaan bila first makanan korang nampak is....fresh seafood! Gila tak meroyan rasa nak angkut semua ni masuk dalam kuah sup atau tomyam steamboat tu? macam memanggil je ketam, udang dan sebagainya atas tray tu. Punya lah fresh seafods kat Kontiki ni, sampaikan udang ni semua masih bergerak tau! tak percaya? jom layan video di bawah:
Haa comel kan Zoey Rahman pegang udang tu?
Betul-betul hidup tuuuu....
Ini terus jadi kegemaran! Lamb Stew.
sedap tak terkata la. you guys must try!
Di ruangan BBQ pulak, masa dia potong lamb tu pun pergh nampak mcm lembut gila.
Peminat tegar lamb mesti try! Ada jugak la ayam, bake salmon dan lain-lain tapi dalam gambar tu ialah Prime Ribs. phew~ but my fav was baked salmon!
the Creme Brulee is so delicious! nasib baik dah habis masa tu so makan satu je. all the desserts are nyummy! banyak choices kira berbaloi sangat. lengkap main course sampai la dessert semua sedap!
Eazy cakap cookies kat Kontiki ni sedap sangat sampai sepinggan penuh dia ambil untuk makan. terus kantoi Zoey nampak dia tengah kutip cookies banyak-banyak.
entah apa agaknya Feeqsays dan Fatin sweet berdua ni.
mesti diorang nak masukkan story ni nanti dalam Cerita FF kan?
Treat your family and friends to an amazing night of carvery & seafood BBQ including the steamboat too! Tiki BBQ & Steamboat Buffet Dinner available pada:
hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
630pm to 10pm.
RM128 nett per person.
RM78 nett per child/senior citizen.
For booking: call 03-21489166
gambar ihsan: The Federal
Selepas sesi dinner malam tu, kami diberi kesempatan untuk ke lobby lounge baru The Federal, iaitu The Verandah. The Verandah ni sesuai dijadikan tempat untuk private moment atau social functions. Siap ada penyanyi yang bersuara merdu menghangatkan suasana!
The Verandah dibuka setiap hari jam 7am - 12am.
Merdeka Executive Breakfast: 7am - 10am.
Afternoon Tea: 3pm - 6pm.
Evening Cocktails: 6pm - 8pm.
Selepas chit chat sessions dengan bloggers lain and enjoying the relaxing time di The Verandah, kami ke tingkat 18 dan terus menuju ke Revolving Bintang Restaurant. Wow! Masa ni saya baru tahu Revolving Bintang Restaurant ni adalah restaurant berputar pertama di Malaysia! untuk yang nak feel romantis dan spend sweet moment together, Revolving Bintang Restaurant is a good choice for you! Masa berputar tu siap nampak view KL City and dua menara kebanggaan Malaysia, KL Tower dan KLCC Twin Towers. Terima kasih DikBee untuk gambar acah sweet kat atas ni haha!
Revolving Bintang Restaurant dibuka setiap hari, jam 5pm -12am.
Untuk menu di Revolving Bintang Restaurant boleh check sini.
Terima kasih Projek Travel.
Terima Kasih The Federal Kuala Lumpur.
0 comments
drop your comment here!