Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me

2:31 am





Baru-baru ni berkesempatan ke Majlis Pelancaran Produk Mini Me. Mini Me ni rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak dan sekali gus di majlis pelancaran tu juga mereka memperkenalkan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me. Ala anak Che Ta dan Zain Saidin yang comel macam barbie doll tu.

 


Mini Me diasaskan oleh dua wanita hebat, Illi Nadiah Ibrahim dan Hasliza Idris Shaari sebagai Pengarah Urusan manakala Hatta Malik sebagai pengurusnya.  Menurut Illi Nadiah Ibrahim, produk ini merupakan antara rangkaian produk bayi dan kanak-kanak berasaskan ekstrak minyak pati bunga chamomile dan geranium, minyak kelapa dara dan aloe vera yang selamat untuk digunakan. Berbeza daripada kebanyakan produk, Mini Me dijamin bebas bahan kimia yang tidak selamat digunakan oleh si manja anda seperti paraben, sls, fomaldehayde dan phthalates. Kesemua produk keluaran Mini Me mempunyai keunikan tersendiri, selain bebas daripada bahan kimia merbahaya, ia sesuai digunakan oleh seisi keluarga dan amat berkesan merawat kulit bayi yang sensitif. 



Dalam pada itu, pemilihan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me dilihat dapat menjadi daya penarik buat ibu-ibu yang amat mementingkan penjagaan anak-anak yang berkualiti, selamat dan terbaik. Faktor utama pemilihannya adalah kerana populariti yang ada pada Aaisyah. Bukan sekadar popular, Aaisyah turut mewarisi kecantikan ibu bapanya selain kini sibuk menjadi model cilik. Oleh itu, kami percaya bahawa pemilihan produk amat penting bagi Aisyah demi memastikan kesihatan dan kecantikan kulitnya terus berkekalan.


 Untuk pengetahuan, produk Mini Me merangkumi : 

 1. Sugar Baby Top To Toe Wash (200ml) 
2. Awesome Lotion (150ml) 
3. Super Safe Mozzy Cream (60ml) 
4. Bestie Balm (30g) 

 Kesemua produk ini boleh didapati terus melalui website www.gominime.com ataupun di outlet SBU Shah Alam, Bebetotz dan Pastel Fleur TTDI Kuala Lumpur dan berharga RM45 (setiap satu) sahaja!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook