Tak berhenti ketawa menonton Zack Kapcai!

7:46 am




Jumaat lepas sempat lah ke Movie Day Out bersama blogger untuk Zack Kapcai, filem komedi aksi terbaru terbitan MIG Pictures di MMCineplexes, eCurve Mutiara Damansara. Filem arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini sudah pun ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran sejak 14 Julai 2016 yang lalu.



Sebelum tengok wayang, kami ke Restoran Pak John Steamboat & BBQ dulu untuk dinner beramai-ramai. Ramai jugak bloggers yang hadir dapat lah reunion selepas raya ni kan? Pelbagai pilihan makanan di Pak John Steamboat & BBQ ni. Memang terbaik! Restoran Pak John Steamboat & BBQ ni terletak di LG Floor eCurve. Lepas sesi makan, Mejar (K) David Teo, penerbit filem Zack Kapcai bagi pulak duit raya. Aduhhhh merasa jugak duit raya dah besar-besar macam ni kan? Terima kasih Mejar (K) David Teo dan MIG Pictures untuk duit raya! 



Filem Zack Kapcai ni mengisahkan tentang Zack (lakonan Fad Bocey) yang sangat suka merempit tapi emaknya Minah (lakonan Serina Redzuwan) memang tentang habis-habisan la hobi si Zack ni. Ya lah emak mana tak risau kalau anak suka sangat merempit setiap malam ye dak? Tapi bukan sebab tu je. Sebab sebenarnya ialah bapak si Zack iaitu Rudy (lakonan Rahim R2) ni dulu mat rempit jugak. Siap popular digelar sebagai Raja Kapcai lagi masa zaman muda mudi dulu. Tapi sebab gelaran Raja Kapcai ni lah, Minah dan Rudy bercerai dan rumah tangga mereka berakhir macam tu je. Fuh, bad history betul ni.



Tapi ada satu malam ni, si Zack menang race dengan Roy (Shuk SYJ) yang merupakan kawan baiknya sendiri. Dah menang, dapat pulak Qistina motor kesayangan Roy memang bergaduh teruk lah kan? Lepas tu Zack pulak terjumpa keratan akhbar tentang zman kegemilangan Raja Kapcai dekat dalam bilik Minah, fuh terus dia teruja nak cari bapak dan adiknya yang dah lama terpisah dan decide untuk ride Qistina ke Kuala Lumpur. Tapi si Roy pergi curik balik Qistina dari Zack, masa nil ah Minah keluarkan motor lejen Raja Kapcai. Fulamak cantik teruks lah motor Raja Kapcai! Apakah yang terjadi seterusnya? Berjayakah Zack menjumpai bapak dan adik kandungnya? Berbaik semula kah Roy dan Zack? Hah kena lah tengok kat pawagam!


For me, memang best lah filem Zack Kapcai ni. Berdekah jugak gelak beramai-ramai. Lawak Fad Bocey, Rahim R2, dan Shuk SYJ memang sentiasa mencuit hati dan tangkai jantung korang. Nasib lah jantung gua tak gugur atau putus usus sebab gelak banyak sangat malam tu. Hilang terus tekanan masalah ke stress di tempat kerja ke lepas tengpk Zack Kapcai. Terbaikkkk!

Terima Kasih Broframestone dari BlogRetis, dan juga MIG Pictures atas jemputan menonton Zack Kapcai ni. Meh kita layan video dari Halim Nadzeri, Hai! Blogger ni. Kurus betul gua dalam video ni. K k k, gerak lu paper roger.

 

You Might Also Like

6 comments

  1. memang kelakar cerita nih, dah tengok, sangat best !!!!

    ReplyDelete
  2. Hai Neyra..
    Patutlah sampai atas akak dengan ada org dok ketawa berdekah dekah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Boleh tengok kat wayang citer nie.. ehehe

    ReplyDelete
  4. Kurus? Bukan ke dari dulu memang macam tue....

    ReplyDelete
  5. dengar orang kata citer ni best. nak kena tengok la ni :D

    ReplyDelete
  6. Memang tak berhenti ketawa tengok movie zack kapcai ni... macam nak repeat tengok balik je...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook