Santai di Café Studio, The Strand Kota Damansara

11:47 pm



Selalu lepak dekat The Strand Kota Damansara, tak pernah perasan kewujudan Café  Studio ni. Sampai lah baru-baru ni terjumpa Café  Studio ni atas Vendville masa kawan-kawan ajak lepak minum coffee. Fuh, masuk je cafe ni terus macam teruja dengan dekorasi ala-ala kondominium mewah di tengah kota. Cewah hiperbola sangat ayat. Tapi, serius I feel like home masa mula-mula melangkah masuk ke Café  Studio. 
  


Ya, satu kelainan dan keunikan lain Café Studio ni ialah saya perasan di dinding ada pelbagai dekorasi dinding yang unik, dengan description dan tag harga. Oh rupanya, Café  Studio ni bukan sahaja coffee shop untuk santai bersama kawan-kawan sambil minum coffee dan makan salad, tapi rupanya Café  Studio ni juga adalah butik untuk perabot dan galeri seni. Reka bentuk dalaman Café  Studio inspirasi daripada konsep high-end yang akan membangkitkan perasaan tenang untuk sesiapa sahaja saat melangkah masuk ke Café Studio ni. Fuh, memang betul la rasa tu sama macam apa yang mereka beritahu. 

Ha, selain itu, Café Studio juga  ada menyediakan satu ruang yang luas untuk penggiat seni memaparkan hasil karya mereka seperti lukisan, photography, dan sebagainya. Maka bagaikan Café Studio ni seperti satu medium atau platform untuk para penggiat seni untuk menganjurkan art show ke, art talk ke atau art display. 



Maka, apa je yang boleh dimakan minum di Café Studio ni sebenarnya? Selain coffee yang menjadi tarikan disini, ada juga pelbagai jenis makanan yang menyihatkan di sini. Apa yang menariknya ialah proses membancuh coffee di Café Studio ini. Ada empat jenis kaedah pembuatan coffee yang berlainan ditunjukkan iaitu kaedah Belgium Coffee, Siphon Coffee, Irish Coffee dan Kinto Coffee. 





Memang menarik lah tengok demostrasi unik macam ni bukan selalu dapat tengok kan? Baru tahu susah jugak nak buat handmade coffee guna kaedah-kaedah ni. Dah macam buat eksperimen kat dalam makmal sians puna da rasanya haha. Dan kalau saya yang buat konpem lah tak sedap coffee tu nanti entah jadi apa haha!





Hah ni salah satu menu kat sini. Ni bukan tanaman hidroponik ke apa ye. ni sandwich gulung yang ada di Café Studio ni. Untuk pilihan sandwixh di Café Studio ni, ada 9 pilihan iaitu sandwich hard boil egg with salted egg, bolognese, spicy chicken, chicken ham, beef bacon, crab stick, tuna, and mushroom. Paling faveret tentulah sandwich hard boil egg with salted egg! Sedap gila weyh.


Untuk salad pula Café Studio menyediakan 9 pilihan salad disini. Semuanya fresh dan nampak menarik!  Antara pilihan yang ada ialah hard boil egg with salted egg, tofu, sweet potato, spicy chicken, mushroom, octopus, crab stick, hawaii chicken and thai style anchovy dengan pilihan 16 jenis salad dressings. Wow! Memang menyelerakan.


Untuk mocktail pula Café Studio menyediakan sebanyak 12 pilihan mocktail yang menyelerakan seperti passion fruits herb, lemon grass fizz, yam bean basil leave, lime mojito, pomegranate sweet basil, pandan with sour plum, lime blueberry, citrus maniac, pineapple honey, mango herb, lavender mint and ginger cucumber. Berasap-asap uolls air mocktail kat sini. Macam buat magik dah hah!





Honestly saya suka sangat tempat ni. Tenang, santai, sesuai untuk chill lepak dengan kawan-kawan. Untuk yang nak datang kat sini:

Café Studio 
No. 424-1 & 46-1 First Floor, 
Jalan Pju 5/20d, 
The Strand Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia 

 Waktu Operasi : 
Weekdays: 10 pagi hingga 10 malam 
Weekends: 10 pagi hingga 11 malam 

 Instagram : 

 Facebook : 















You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook