Trip bersama CK Buddies di Kem Saujana Asahan, Melaka.

2:42 am


 

Sebelum bulan puasa haritu, sempat juga buat trip dengan CK Buddies ke Kem MSN Saujana Asahan, Melaka. Bertolak hari jumaat petang, dan gather ramai-ramai kat kem sebelum malam. Ye lah, punya gelap jalan nak kesana. Oh ye CK Buddies ni apa? Hah CK tu, hmmmm Che Kamarul Faizal. CK Faizal yang kacak hensem comel bergaya pengacara kat HLive atau Trek Selebriti dalam Astro tu. Opps ter bodek CK. Harap kau tak ketuk aku, CK. haha! Ni baru nak update blog pasal trip ni selepas dua bulan pun CK dah perli banyak kali haha. Trip yang diberi nama One Nite Only ni turut disertai oleh Ir Radzi, penyanyi Malaysia jugak. Eh kenapa One Nite? Sebab CK Faizal & Ir Radzi stay 1 malam je....





Sebenarnya mula-mula fikir jugak nak pergi ke tak join trip CKBuddies ni sebab seminggu sebelum kesini, saya dah ke Johor untuk event JDT tu, lepas tu seminggu sebelum trip CK Buddies ni ada Mad Warrior Obstacle Run, and seminggu lepas tu ada Perhentian Trip pulak. Penat jugak back to back trip tapi memikirkan cuma bayar RM150 dan macam best masuk hutan, terus ON! haha. Tapi tengok lah along the journey memang sedap tidur la cerita dia. Takde energy dah busy gila before bulan puasa. 


 


Tengah hari tu saya, Aie, Fadz dan Kak Zue berkumpul dulu di Istana Budaya. Dan sebagai kesayangan Kak Zue (ye ke? hahaha) mestilah saya tumpang kereta dia. Lepas tu kami ke office Kak Zue, jumpa pulak Acap dan Feeqa. Maka, berkonvoi lah kami dua kereta menuju je Kem MSN Saujana Asahan, Melaka. Fuh, teruja masuk kem sebab dah lama tak pergi kem. Jumpa pintu gerbang pun sempat teruja ambil gambar haha! Mula-mula expected macam saya pergi Kem BTN kat Ulu Sepri rupanya...




Fuyoh! Cantik teruk lah dorm kat sini. Satu bilik ada 6 katil. Kami bertiga je perempuan memang heaven lah. Bilik sangat luas, dan kami macam boleh main polis entri dah dalam bilik tu. Sangat selesa, lengkap almari, cermin besar, bilik air banyak, aircond, siap ada heater dalam tandas, fuh lengkap lah semua. Kalau macam ni lah asrama kat sekolah dulu saya dah duduk asrama dah haha! memang eksklusif gitu walaupun cuma dorm, kan?




Masa ni Lee dan parent dia pun dah sampai. So aktiviti kami memang makan makanan yang disediakan, sebab kat sini kami dah memang ambil meal package sekali dan lepas tu pergi pekan Asahan cari roti ke apa makanan tambahan lain untuk melepak borak-borak malam tu. hehehe~ Hari pertama tu sebab dah lewat malam kan kami just borak, icebreaking, dan makan tak henti-henti haha! Ada diantara kami yang baru first time jumpa dan kenal so kena la buat sesi perkenalan sikit. Mula-mula tu macam segan jugak last-last semua masuk air. Gila jugak masing-masing ni rupanya hah. Malam tu jugak kami plan nak buat surprise nyanyi lagu untuk CK & Ir Radzi untuk malam One Nite Only. 




So, hari kedua kami di sana...pepagi buta tu dah bangun semangat nak pergi jungle trekking ke kaki Gunung Ledang, Johor. kaki gunung je la semangat macam nak harung semua 4 points kat Gunung Ledang tu ha! Eh tidur kat Melaka, macam mana nak ke Gunung Ledang kat Johor? Hah, specialnya, kem ni terletak di sempadan Melaka-Johor maka gunung tu belakang kem je. Jalan kaki sudeyh. Maka bermula lah perjalanan kami bersama tour guide bernama Abg Syu. Fuh, sambil berjalan tu macam-macam lah ceritanya.








Pelbagai rintangan jugak la nak sampai ke separuh point pertama Gunung Ledang ni hah. dah penat mendaki, ada yang jatuh menggelongsor sebab tanah licin, sampai tak henti mulut kami bertanya "mana air terjunnya bangggg!". hahahaha seronok betul trekking dengan diorang ni meriah suasana hutan. Tapi,  yang lagi best sebab ada teamwork dan bekerjasama tolong menolong antara satu sama lain. 



 



Finally sampai la juga kami di Air Terjun ni. Bila dah jumpa air, masing-masing taknak keluar dah dari berkubang dalam tu hah. Teruja kemain siap nyanyi beramai-ramai dalam air. Seronok sangat having fun with CK Buddies kali ni. Betul-betul mengeratkan silaturahim gituuuuhh. Dah habis lepak kat air terjun, kami teruskan perjalanan balik ke kem sebab petang tu nak buat aktiviti obstacle pulak! Adudududuh. Seminggu sebelum datang sini dah lebih 10 lebam kat badan hah sebab Mad Warrior Obstacle Run, ni kumpul lebam lagi lah gamaknya. 







Firstly, kami buat obstacle dulu dalam 10 jenis obstacle lah jugak panjat memanjat tembok, tiang, tali, bergayut, masuk air, melompat, meniarap segala bagai. Fuh extreme! Dah lah tak berapa suka benda macam ni sebab kaki dan badan sakit lagi dengan obstacle seminggu sebelum tu! Dan tak tahu kenapa gayat pulak tetibe masa kena cat walk atas tiang. Tapi nasib baik lah CK tu sangat lah membantu bagi semangat, teman redah obstacle apa semua. Thanks CK!



Lepastu kami bersiap pulak untuk High Rope Obstacle, dan juga Flying Fox! Yeayyyyy tak sabar! Masa ni masing-masing gelak besar lah teruja. Sampai je atas tu Tuhan je tahu macam mana menjerit-jerit semua orang haha. Apa pun seronok gila dengan malu menjerit nya adik-adik UiTM tengok dari bawah haha! Ahhhh~ Korang tengok je lah gambar dan video ni semua. Baru real paham keadaan masa tu kan? Haha!










Hah amacam? Nampak seronok kan tapi cuak tu macam apa dah. Seronok lah jugak buat aktiviti bersama macam ni rasa macam bonding CK Buddies semakin erat. ecehhhh ayat. Tapi serius bila kita support each other, kita buak aktiviti macam ni bersama, memang terus jadi rapat walaupun baru kenal. Habis aktiviti petang tu kami kelam kabut prepare malam special untuk One Nite Only pulak. Fuh, robot kan kitorang? Pagi trekking, petang obstacle, malam partayyyy~ Eh?





Malam tu, selain makan, kami ada lucky draw, potong kek, menyanyi, sesi sharing CK Faizal & Ir Radzi, dan macam-macam lagi. Memang malam terbaik untuk semua orang lebih mengenai dua artis ni dengan lebih dekat. Terima kasih Lee, Kak Zue, Acap, Aie, Feeqa, Fadz, Juan, CK Faizal, Ir Radzi, Mak Ayah Lee, dan lain-lain lagi yang memeriahkan suasana malam tu dan sepanjang trip kita kali ni. Hopefully more trip like this in future!



Malam tu, tak berakhir disitu. Kami sambung pulak melepak sampai pagi, lepas tu esoknya nak balik kami singgah Seremban pulak tengok wayang haha~ Aduh, memang tak penat-penat bebudak ni sampai ke malam esoknya baru balik ke KL. Terima kasih semua!

Kem Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka
Jalan Kolam Air,
77100 Asahan,
Melaka.

Tel: 06-5235489 / 06-5235048
Faks: 06-523-5086
Email: [email protected]

More info: Kem Saujana Asahan




You Might Also Like

1 comments

  1. Yeahhhh tqvm eyra ku sayang....hahahahaha mmg kzue sayang awak pun...😘😘😘😘

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook