RizQ Islamic School - Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

9:31 pm



Sejak bergelar guru beberapa tahun ni, dan mengajar di beberapa private and international school seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, untuk subjek mekanikal, mekatronik dan robotik… memang boleh dikatakan environment semua baru dan berbeza dari mengajar di local school sebelum ni. Silibus subjek, sistem sekolah yang lebih teratur dan cara pembelajaran yang berbeza mengikut jenis sekolah (ada American school, British school, Australian School dan lain-lain) memang kadang-kadang membuka mata dan minda gitu. Ye la, kadang-kadang sebenarnya rasa macam sedih jugak kenapa lah local schools takde sistem persekolahan macam diorang ni. Eh bukan nak kecam haha! Tapi tu lah beza antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa memang banyak perbezaan macam langit dan bumi. Tapi, betul lah jugak sebab yuran pun lagi mahal mestilah sistem lagi bagus kan?

 

Baru-baru ni berkesempatan ke RIS – RizQ Islamic School iaitu sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN ni. Wah, kalau dulu bila kita sebut je sekolah tahfiz, mesti terbayangkan sekolah pondok atau apa kan? Bila jejak kaki ke RizQ Islamic School punya terkedu tengok betapa besar dan luasnya sekolah ni! Cantik, besar, dan tersergam indah di Sg. Ramal Dalam, Kajang ni. Tibanya di hadapan sekolah, seperti mana-mana private school, sistem keselamatan memang terbaik dan dikawal ketat. Diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu, baru boleh masuk ke kawasan sekolah. Oh ye, buat pengetahuan RizQ Islamic School masih belum beroperasi sepenuhnya Cuma sekarang dibuka untuk Open Day dan pendaftaran pelajar baru untuk sesi tahun 2017. 


 

Sekolah yang telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Julai yang lalu ni diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun). Konsep dan kaedah pembelajaran memang lain sikit lah sebab di RizQ Islamic School ni sistem pembelajaran mereka seperti sistem di Finland dan Jepun yang menggunakan konsep play based learning yang sesuai dengan minat kanak-kanak dan cuma ditambah je lagi dengan kaedah hafalan Tahfiz moden. Hah, ini lah kelainan RizQ Islamic School ni. Dengan fasiliti bertaraf 5 bintang, fuh kalau saya pun minat nak ke sekolah setiap hari macam ni. Dengan environment colourful begini, nak belajar pun rasa ceria sentiasa. 






 

RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Menariknya classroom untuk lower grade juga colourful! Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah. Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Ini normal untuk sekolah private sebab kalau macam kat sekolah Neyra pun dalam kelas ada 20-25 orang pelajar sahaja, dan setiap kelas ada dua guru. Hah mestilah bila kuantiti pelajar sikit, guru akan lebih fokus dan beri tumpuan pada setiap sorang. Sebab tu saya boleh hafal setiap nama pelajar saya. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Dan bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.

Selain itu, di RizQ Islamic School ini juga iPad juga akan digunakan sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran memang buat sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajaran nya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memang RizQ Islamic School sediakan di sekolah ni iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.



Ilmu Falak dan Astronomi Islam juga Robotik akan diperkenalkan juga sebagai aktiviti tambahan kokurikulum. Hah ni memang Teacher Neyra sangat setuju! Sebab sebagai guru yang mengajar subjek mekanikal, mekatronik dan robotic di sekolah untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun, memang saya boleh Nampak sendiri apa kebaikkan subjek macam ni diajar dari kecil. Bayangkan student saya seawal umur 6 tahun dah mampu buat programming? Ya, sebab minda mereka masih fresh, so boleh adapt masuk ilmu dengan mudah. Bagus pendedahan dari kecil, dan boleh kembangkan lagi minda dan daya kreativiti mereka.



Sekarang ni RizQ Islamic School ada promosi untuk 100 pelajar pertama (lower grade sahaja) yang mendaftar di sekolah mereka, yuran pengajian hanya RM580 sebulan untuk maksimum tiga tahun ni di RizQ Islamic School. Wahhhhh jimat banyak ni mak bapak sekalian! Kalau tak harga asal RM600 sebulan. Bayangkan setiap bulan jimat RM20 untuk tiga tahun berturut-turut, berapa banyak boleh jimat? Eh, bagi kuiz matematik pulak. Untuk upper grade, yuran ialah RM700 sebulan. Ini tidak termasuk lagi yuran makan, yuran pendaftaran, assessment test dan lain-lain. Tapi sebagai guru private school, kadar yuran RizQ Islamic School ni memang sangat murah dan berbaloi dengan silibus dan fasiliti yang ditawarkan. Serius, kalau ada anak dah lama hantar tapi tu lah takde lagi haha!


Sesi pertama persekolahan akan bermula pada Januari 2017 dengan sasaran 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, yuran dan sekolah boleh terus hubungi:

RizQ Islamic School (RIS)

Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka OFF Jalan Teratai,
Kg Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.

Contact Number:
+603 8912 0447 
atau 
+6018 961 1615 (whatsapp)

Website:

Facebook:

Instagram:

Twitter:





You Might Also Like

11 comments

  1. Terbaik sekolah international tahfiz ni... Zaman dah maju... Dlu skolah tahfiz je mesti igt skolah pondok ! Now dah ada bangunan sekolah sendiri....

    ReplyDelete
  2. Sek nie ade hostel x.. cam jauh plak nk htr ank.. sy dok area pj

    ReplyDelete
  3. Great article! I love the colourful interior design as well.

    ReplyDelete
  4. Terbaekk, hopefully ada 1 di perak

    ReplyDelete
  5. Tak buat untuk pelajar Sekolah menengah ke?

    ReplyDelete
  6. Sekolah cantik. Cikgu / ustaz selalu bertukar. Jadi nya tak bagus untuk anak. Cikgu2 baru tak tahu nak mengajar apa.

    Sekolah janji ada silibus tahfiz, tapi lepas 3 bulan.. Tahfiz kemana.. Silibus JAIS pun entah kemana..

    Tu belum kita cerita pasal iPad lah. Janji manis. Boleh kena kencing manis.

    ReplyDelete
  7. Berapa ya salary guru sekolah ni?

    ReplyDelete
  8. Awas, Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page Rizq.

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR SANGAT BAIK MOGA SAYA DAN SUAMI DAPAT SEKOLAHKAN ANAK2 DISINI MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI DAN MUDAHKAN REZEKI SAYA. BUAT MASA INI DENGAN 8 ORANG ANAK SAYA HANYA MAMPU SEKOLAHKAN ANAK2 DI ALIRAN SEKOLAH AGAMA BIASA SAHAJA..GEMBIRA DAN SEDIH DI SUDUT HATI BERCAMPUR BAUR....DENGAN YURAN YANG SEBEGINI ORANG SEPERTI KAMI HANYA MAMPU BERHARAP BERDOA DAN MEMANDANG SAHAJA.MEMANG SANGAT BAGUS CORAK PENDIDIKAN INI...IKUTKAN MEMANG TERINGIN DENGAN HARAPAN ANAK2 DAPAT YG TERBAIK JADI SOLEH SOLEHAH...BAGI YG BERKEMAMPUAN TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DAN ANAK2 DEMI AGAMA DAN BANGSA...MOGA SEKOLAH RIZQ INI TERUS BERJAYA DIDIK ANAK BANGSA AMIIN...TAKBIR ALLAHU AKHBAR.

    ReplyDelete
  10. MOGA BERJAYA SEKOLAH RIZQ MOGA ANAK2 SAYA DAN SUAMI ADA REZEKI MASUK DAN BELAJAR DI SEKOLAH INI AMIIN

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook