KL Tower International Jump Malaysia 2016 Tarik Pelancong Ke Kuala Lumpur

7:41 pm



Nampaknya KL Tower International Jump Malaysia 2016 (KLTIJM2016) kembali lagi pada 30 September hingga 3 Oktober 2016. Acara sukan ekstrem yang diiktiraf peringkat antarabangsa ni siapa je tak tahu? Masa nil ah nak tengok semua penerjun antarabangsa dengan beraninya terjun KL Tower kita tu. Fuh, kalau saya dah gigil kepala lutut fikir nak terjun ke tidak setinggi itu. Terjun dari ketinggian 30 kaki di masa Canyoneering di Kawasan Falls, Cebu pun macam-macam perasaan ada masa tu. Oh, dan kali ni macam biasa KLTIJM2016 mendapat sokongan daripada Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.




Untuk KLTIJM2016 yang akan bermula esok hari, buat pertama kali nya KLTIJM2016 akan mempunyai penerjun dengan paying terjun yang ada logo Visit KL. Wahhhhhh mesti terpapar dengan megahnya logo Visit KL di udara. Dan untuk KLTIJM2016, Charley Kurlinkus dari Amerika Syarikat terpilih untuk jadi penerjun bertuah tu. Charley Kurlinkus ni dipilih berdasarkan penglaman dan jumlah terjunan yang sudah melebihi 2,000 kali seluruh dunia. Apa kejadah suka terjun tinggi-tinggi ni? Adrenalin rush sokmo ke apa? haha.

Eh baru perasan KL Tower International Jump Malaysia 2016 yang akan bermula esok 30 September hingga 3 Oktober 2016 ini diadakan pada hujung minggu yang sama dengan acara sukan permotoran, Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix Edisi ke-18 (30 September hingga 2 Oktober 2016). Nampaknya meriah lah ramai pelancong akan datang ke Malaysia hujung minggu ni kan? Selaras dengan Pelan Induk Pelancongan KL 2015-2025, Strategi Sukan yang diperkenalkan sebelum ini memang berkesan! Kuala Lumpur dijadikan destinasi sukan yang diiktiraf peringkat antarabangsa memang terbaik lah dapat memperkenalkan lagi nama Malaysia di mata dunia.


Untuk KL Tower International Jump Malaysia 2016, seramai 120 penerjun antarabangsa iaitu dari Australia, Austria, Belarus, Kanada, Denmark, Perancis, Finland, Jerman, Jepun, Kuwait, Luxembourg, Norway, New Zealand, Romania, Rusia, Sepanyol, Switzerland, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Acara KLTIJM2016 ni akan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang (sesi siang) dan 8 malam hingga 10 malam (sesi malam) di KL Tower Sky Deck, yang terletak pada ketinggian 300 meter di atas paras laut. Wah dengarnya untuk KLTIJM2016 kali ni ada kren lompatan untuk penerjun terpilih yang akan buat aksi terjunan dari kren. Fuh gila betul nak terjun ala ala terjun ke swimming pool? Aksi terjunan dari kren lompatan ni pada ketinggian 312 meter di atas paras laut, dan diadakan pada 1 – 2 Oktober 2016 jam 8 pagi hingga 1 petang, dan juga 2 petang hingga 6 petang.

Untuk KLTIJM2016 juga, Menara KL ada buat pakej istimewa untuk pelawat, “Sitting on the Ledge” maka pelawat boleh tengok dengan lebih dekat aksi penerjun nanti. Selain tu korang boleh la jugak alang-alang tu try Sky Box, yang duduk atas lantai kaca tu sambil layan pemandangan Kuala Lumpur kan? Haaaa sempena KLTIJM2016 ni juga ada pertandingan fotografi yang bertemakan KLTIJM2016 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas. Makzimum 2 keping gambar setiap penyertaan terus email je ke [email protected] lepas tu korang upload ke Instagram, dengan mention & tag @MenaraKL dan setiap caption kena ada hashtag #KLTOWERBASEJUMP . Ada chance menang ni! Kena la posing unik sikit kan baru menang?

Jom ke Menara KL? Boleh alami aksi live KLTIJM2016 dari KL Tower Sky Deck selama 45 minit, dengan tiket berharga serendah RM98.00 seorang (pemegang MyKad), dan RM128.00 (tanpa MyKad). Untuk harga tiket biasa ni tiada harness. Ada Pakej VIP dengan harness berharga RM158.00 (pemegang MyKad) dan RM188.00 (tanpa MyKad). Pakej ni semua termasuk lah tiket masuk ke Sky Deck dan Observation Deck, Safety Harness (pakej VIP), Gamabr bersaiz 6R, T-shirt KLTIJM 2016, Air Mineral dan produk premium dari Menara KL. 

Wahhhh jom kita pergi ramai-ramai! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook