Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan di Resorts World Genting!

1:00 am


Siapa je tak suka Ultraman? Superheroes zaman kecik-kecik dulu. Tak sangka, sampai sekarang pun budak-budak masih minat Ultraman. Dulu, sampai berebut TV dengan adik sebab nak tengok Ultraman. Beep...beep...berkelip-kelip lampu di dada Ultraman. Alamak, nyawa dah habis! Eh? 

Dan seperti tahun sebelum ni, Ultraman Live in Genting kembali lagi! Berita baik untuk semua peminat-peminat Ultraman nampaknya. Dan baru-baru ini, Ultraman menemui peminat mereka di Pavillion, KL sempena majlis pelancaran Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan, yang akan diadakan di Resorts World Genting pada 5 November 2016 hingga 2 Januari 2017.


Peminat-peminat Ultraman juga diberi kesempatan untuk bermesra, selfie, dan berjumpa sendiri depan-depan sebanyak 4 kali sehari dengan Ultraman Leo, Ultraman X, dan Ultraman Zero di Pavillion KL dari 9 hingga 18 September 2016, di Tokyo Street, Pavillion KL. 

Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan ialah terbitan Tsubaraya Productions Japan dan Ultraman show di Genting ini diubahsuai dengan jalan cerita yang baru dan berbeza untuk penonton dan peminat Ultraman di Malaysia. Antara yang menarik tentang Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan di Resort World Genting ini, adalah stagecraft yang berteknologi tinggi dan aksi-aksi yang mendebarkan! Mesti semua peminat Ultraman akan rasa lebih teruja untuk menonton sepanjang show tu.



Peminat Ultraman boleh membeli tiket dan merchandise Ultraman di Tokyo Street, Pavillion KL dan katanya ada diskaun 15%. Wow! Dan turut serta dalam perjuangan Ultraman menentang Raksasa dan Alien kali ini ialah The Loaf. The Loaf akan mengadakan misi membantu Ultraman X dan Ultra fighters untuk menentang Baltans. Boleh pergi ke Facebook The Loaf dan lihat apa promosi dan contest yang sedang berjalan. Mana tahu menang hadiah menarik kan? Di hari pelancaran haritu sempat The Loaf memperkenalkan Ultra X Pretzel Bun yang berharga RM2.60 untuk ahli The Loaf dan RM2.90 untuk harga bukan ahli. Untuk Ultra X Pretzel Burger belum pulak mereka umum harga di Facebook. Tapi, nampak pengumuman katanya sepanjang bulan September ini ada Ultraman di The Loaf Pavillion KL. Wow, seronoknya!



Kevin Tann, Vice President bahagian Promosi & Hiburan Resorts World Genting berkata acara hiburan keluarga seperti pertunjukan Ultraman ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan disamping dapat sedikit pengajaran untuk anak-anak kita dari Ultraman live show ni. Ye la, dalam Ultraman Live Show ni ajar kita tentang sifat bantu-membantu dan menunjukkan semua orang juga ada potensi untuk menjadi hero atau orang yang baik membantu orang lain yang dalam kesusahan. Kuasa positif betul!

Pertujunkan Ultraman ini SOLD OUT tahun lepas. Sehinggakan ramai anak-anak kecil yang kecewa sebab tiket habis. Maka, untuk tahun ini pihak Resorts World Genting dan Tsubaraya Productions Japan bersetuju untuk menambah lagi show dan akan ada dua bahagian! Wow, two parts? Seronoknya! Part 1 akan ditayangkan pada 5 November hingga 6 Disember 2016, dan Part 2 akan dipersembahkan pada 7 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017. Lebih banyak aksi akan dipersembahkan yang pasti semua peminat Ultraman rasa tak sabar nak menonton! Bertambah teruja bila Encik Yoshihide Tanaka dari Tsubaraya Productions Japan berkata, semua crew adalah dari Jepun dan lebih banyak kejutan menarik akan dipertontonkan nanti.

 

Ramai juga pengunjung Pavillion KL yang memeriahkan petang Jumaat haritu. Sebanyak 26 kanak-kanak menerima 4 keping tiket seorang untuk menonton Ultraman Live in Genting 2016 di Resorts World Genting. Dan seramai 10 orang pengunjung yang menjawab kuiz petang tu juga membawa pulang 2 keping tiket percuma setiap seorang. 

Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan akan memaparkan 10 Ultraman berjuang bersama menentang 6 Penjahat dan banyak raksasa dari Planet Baltan. Misi mereka cuma satu, menyelamatkan Planet Bumi dari jatuh ke tangan orang jahat!

 Tiket untuk Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan berharga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Setiap tiket akan dapat Jam Ultraman. Peminat Ultraman juga boleh beli pakej tiket Ultraman Show dan penginapan. Harga pakej bermula dari RM169 untuk penginapan di First World Hotel (XYZ deluxe room) dengan dua keping tiket. Untuk group seramai 4 orang boleh memilih pakej XYZ Triple room yang berserta dengan 4 keping tiket, berharga dari RM278.

 Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi 03-27181118 atau terus ke website  www.rwgenting.com.

Ayuh kita semua membantu Ultraman menentang raksasa!























You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook