Bazar Ramadhan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
7:48 am
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia terutamanya untuk yang beragama Islam, dan ini lah masanya untuk kita muhasabah diri, dan menyediakan persiapan nak menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba. Masa ni jugak lah untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. Sempena bulan Ramadhan ni juga, chef di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bergabung tenaga untuk menyediakan lebih 200 hidangan Buffet Ramadhan yang sangat lazat. Menariknya kali ni, The Big Apple Restaurant di Tingkat 14 akan bertukar menjadi Bazar Ramadhan! Wahhhh bestnya dalam hotel pun ada bazar Ramadhan dah sekarang kan?
Antara hidangan pilihan saya malam tu ialah Claypot Kari Kepala Ikan Kedah! Specialmya kari kepala ikan ni, Chef Yusoff menggunakan resepi rahsia dari keluarga sebelah neneknya untuk menyediakan kari kepala ikan tu. Menggunakan bahan-bahan yang segar dan rempah ratus memang Claypot Kari Kepala Ikan Kedah ni HIGHLIGHT buffet kali ni.
Beberapa gerai makanan terpacak sampai keluar restoran, memang feel macam Bazar Ramadhan. Ada gerai hiding pelbagai juadah diperbuat dari durian weyh! Ada pancake durian, waffle durian, kek durian yang sedap gilos. Tapi satu je kitorang duk target.... serawa durian! Weyh heaven gila. Sumpah sedap sampai berkali kali kami tambah hah. Pergi pulak gerai hiding lempeng biasa dan lempeng kelapa, fuh terus letak sepinggan dua keping atas pinggan lepas tu curahkan banyak- banyak serawa durian atas tu. Menjilat pinggan terus makan malam tu.
Antara juadah lain yang dihidangkan di deretan gerai Bazar Ramadhan ni, ada ikan cencaru dan keli bakar cicah air asam, briyani kambing, pucuk manis ubi keledek,bubur lambuk, otak-otak muar, ayam goreng Uncle Bakri, murtabak special, satay, nyonya popiah basah, abc dan pelbagai lagi juadah melayu yang biasa dijual di bazar Ramadhan. Yang special rasanya nasi biryani gam batu pahat. dua pilhan ayam atau daging kambing dan juga resepi Chef Yusoff, nasi briyani gam ni boleh takeaway juga di gerai jualan di lobi hotel.
Lagi best bila ada deretan minuman yang boleh dipilih, cedok je sendiri. Ada air sirap selasih, air soya bean cincau, air asam boi, air bandung, air mata kucing, air jagung dan macam-macam lagi. Pelbagai pilihan kuih muih Melayu juga tersedia.
Lagi best bila ada deretan minuman yang boleh dipilih, cedok je sendiri. Ada air sirap selasih, air soya bean cincau, air asam boi, air bandung, air mata kucing, air jagung dan macam-macam lagi. Pelbagai pilihan kuih muih Melayu juga tersedia.
Untuk minggu pertama dan keempat :
Dewasa : RM128/nett
Kanak-kanak : RM 58/nett
Untuk minggu kedua dan ketiga :
Dewasa : RM138/nett
Kanak-kanak : RM68/nett
EARLY BIRD voucher:
Dewasa : RM100
Kanak-kanak : RM50
Private :
RM118/nett dengan minimum 10 meja.
Pakej Mesyuarat Ramadhan :
RM148/nett untuk sepenuh hari
Pakej Residen Ramadhan :
2 HARI 1 MALAM disediakan juga dari RM428/nett termasuklah Sarapan pagi/sahur dan 1 pakej mesyuarat sehari.
Pakej Mesyuarat 1 hari
2 coffee breaks, 1 buffet makanan tengari atau Makan malam, dan boleh menggunakan bilik dan fasiliti mesyuarat
Bazaar Ramadhan buffet ini bermula dari 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017, 6.30pm hingga 10.30pm. Untuk tempahan di sambutan musim perayaan di Hotel Berjaya Times Square, sila dail : +60(3) 2117 800
0 comments
drop your comment here!