The Parenthood – Taman Keluarga London Street

1:49 am

  

The Parenthood kini dah satu tahun! Sejak Taman Keluarga London Street masuk pasaran Malaysia di Sunway Putra Mall setahun yang lalu, reputasi The Parenthood kini semakin meningkat dan terkenal sebagai hub keluarga setempat yang menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan pendidikan untuk seisi keluarga. Kekangan masa ibu bapa yang sibuk bekerja selalu takde masa untuk anak-anak. Ni perkara biasa untuk hidup di bandar masa kini. Kalau kat sekolah tu ada je anak-anak yang kemurungan sebab kurang perhatian ibu bapa mereka. Takde masa nak bawa ke playground, bawak jalan-jalan shopping dan macam-macam lagi. Kini, dengan wujudnya The Parenthood - hub keluarga yang mempunyai pelbagaiaktiviti di bawah satu bumbung, harap dapat selesaikan masalah! 





                     

CEO The Parenthood, Mr Leroy Lee berkata, The Parenthhod berasa gembira untuk berkongsi keseronokkan dan pengalaman bersama keluarga di Malaysia. Dengan kesibukkan hidup diharapnya The Parenthood akan menjadi hub keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mengembangkan lagi minda kanak-kanak dengan pelbagai aktivit menarik yang disediakan. Wah memang sesuai untuk family bonding dalam indoor taman macam ni kan? Sesuai juga lifestyle untuk ibu bapa moden masa kini.

 



Terletak di Tingkat 3, New Wing Sunway Pyramid, dengan keluasan bersaiz 25,000 kaki persegi, The Parenthood menjanjikan suasana yang baru dan lebih besar untuk keluarga di Malaysia. Menggunakan konsep Kota London, ketika melangkah masuk je ke The Parenthood Sunway Pyramid haritu, kagum dengan bas London berwarna merah  terletak di bahagian kiri pintu masuk, air pancut di tengah-tengah dan pondok telefon yang sememangnya dibawa khas dari London untuk bagi pengalaman sebenar kepada pengunuung seperti sedang berada di London.

Menyediakan ruang pembelajaran yang progresif antara ibu bapa, bayi dan anak-anak berusia 12 tahun kebawah. Pelbagai pilihan kelas seperti akademik dan sukan, kemudahan ruang bayi, kelas pra-sekolah, taman permainan, salun dan spa, gerai jualan, dan macam-macam lagi semuanya di bawah satu bumbung! Ada 5 komponen penting di dalam The Parenthood iaitu; Relaks & Santai, Pendidikan & Permainan, Menjamu Selera, Membeli-Belah dan Pra-Sekolah.


 


 




Relaks & Santai: Bilik kecergasan atau fitness gym keluarga dengan alat WiO Express Power Plate dan alat kecergasan lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak di Zac & Zibbo Kids Gym. Bodhi Mind & Soul Spa dan GEM Studio pula menyediakan produk dan perkhidmatan penjagaan rambut, rawatan wajah, urutan badan, tatarias kuku, tangan dan kaki dan lain-lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Hah, tak semestinya The Parenthood ni untuk kanak-kanak je. Ibu bapa pun boleh relaks dan santai di sini! Nak buat birthday party pun boleh tau!


 






Baru ni perasmian Zac & Zibbo Kids Gym, memang saya rasa gym ni sangat bagus untuk anak-anak dalam menjaga kesihatan diri. Ye la bukan senang nak jumpa gym untuk kanak-kanak kan? Tak sangka ada threadmill secomel itu untuk kanak-kanak. Alatan kecergasan yang disediakan dengan penuh warna warni memang boleh menarik minat kanak-kanak untuk terus bersenam. 

Instructor atau personal trainer kat gym ni akan sentiasa pantau anak-anak kita semua, so tak perlu risau isu keselamatan anak-anak yang sedang bersenam atau menggunakan alatan dalam gym ni. Waktu masuk ke gym terbahagi kepada 3 peringkat usia iaitu 18 bulan - 3 tahun, 4-6 tahun, dan 6-12 tahun. So anak-anak pun boleh lah bergaul dan bermain dengan rakan-rakan yang sebaya mereka. 


 


Annual Family Membership:
RM 200

Monthly Plan (4 classes in 1 month):
RM 270

3 Month Plan (12 classes in 3 months):
RM 750

Deposit:
RM 270

Kelas yang pertama adalah PERCUMA. 
Contact 016-296 8983 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.




Sementara anak-anak sibuk bersenam dalam Zac & Zibbo Kids Gym, ibu bapa boleh ke WiO Express Power Plate Hub untuk bersenam juga. Mesin di sini anggaran kira-kira RM80,000. Ibu bapa boleh juga join keahlian disini, dan subscribe pakej 6 bulan RM1300 je. Murah jugak lah. Dan sempena majlis perasmian baru-baru ni, kalau interested nak sign-up package, boleh guna kod KKW14 untuk dapat 20% discount! Code ni valid sehingga 30 Jun 2017 sahaja okayh?


 

 


Pendidikan & Permainan: Pelbagai aktiviti dan permainan yang melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak seperti bengkel kraf, taman permainan, dan lain-lain lagi. Kelihatan bengkel kraf tanah liat haritu, dan seorang kanak-kanak kurang upaya focus belajar untuk menghasilkan kraf tanah liat yang diajar oleh petugas disitu satu persatu. Bagi saya, kelas intensif macam ni bagus untuk mereka kembangkan lagi minda dan kreativiti mereka. Di taman permainan pulak, macam boleh ajar mereka untuk bergaul dengan orang lain di sekeliling dan buat kawan baru. Bukan tu je! Ada juga kelas kick boxing, muzik, drama dan macam-macam lagi disni.

Rate The Parenthood Playland, Sunway Pyramid:
Weekdays:
RM40 (umur 2-12 tahun)
RM20 (bawah umur 2 tahun)

Weekend/Public Holiday/School Holiday:
RM50 (umur 2-12 tahun)
RM25 (bawah umur 2 tahun)




Menjamu Selera: Kafe Lillipilli yang terletak di dalam The Parenthood ni memang menyediakan makanan yang berkhasiat dengan harga yang cukup berbaloi dan berpatutan. Sempat saya order Chicken Pasta size kanak-kanak je sebenarnya. Wah tak sangka portion nya besar juga. Puas hati! Jus yang disediakan pulak memang fresh juice tanpa gula. Sangat berkhasiat!


Membeli-belah: Seakan pusat membeli-belah mini, deretan outlet dalam The Parenthhood ni tersedia untuk ibu bapa datang membeli belah barangan bayi, kanak-kanak. Makan organik, barang penjagaan diri dan lain-lain. Barangan jenama Hasbro, Vitacare, Pureen, Yoogood dan lain-lain barangan boleh didapati di sini, dan diskaun serta tawaran istimewa juga ada dari masa ke semasa.

 


Pra-sekolah Antarabangsa: Salah satu yang menarik perhatian saya. Ingatkan sekadar taman keluarga di dalam pusat membeli belah, tak sangka The Parenthood juga menyediakan kelas pra-sekolah di sini. Dengan visi mengembangkan potensi diri anak-anak di dalam bidang pendidikan, The Parenthood Preschool berharap dapat membina keyakinan diri anak-anak dan juga membina learning skill mereka untuk jangka masa panjang. Kokurikulum yang ditawarkan ialah Early Years Foundation Stages (EYFS) yang merangkumi 7 areas of learning iaitu: perkembangan diri, social, dan emosi, perkembangan fizikal, komunikasi dan bahasa, literacy, matematik, mengenal kehidupan dan dunia dan juga kraftangan dan seni. Fasiliti yang cukup dan persekitaran yang menarik juga mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar di sini.


                        


Untuk maklumat lanjut tentang The Parenthood boleh lihat sendiri semua maklumat di website The Parenthood: www.theparenthood.com.my

.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook