DEWS Signature Boutique - Spa Estetik Integrasi Pertama Di Malaysia

11:14 am



Semua orang tidak kira lelaki atau perempuan mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Siapa je taknak kulit yang cantik, kesihatan yang bagus dan tubuh badan yang menarik kan? Ini berita baik untuk korang, De Era Wellness Specialist (DEWS) baru-baru ni telah memperkenalkan konsep spa estetik berintegrasi yang pertama di Malaysia! Pengalaman sempurna dan penjagaan kesihataan yang holistik melalui terapi pencegahan dan pemulihan serta penjagaan estetik peribadi melalui pelancaran spa DEWS yang lengkap dan menyeluruh ini pastinya dinanti ramai kan?


Disokong oleh sekumpulan doktor estetik, DEWS Aesthetic Spa ni akan menampilkan kaedah perubatan berintegrasi yang pastinya unik dan berkesan melalui sesi kaunseling, bimbingan dan panduan oleh pakar dalam bidang kecantikkan, kesihatan, nutrisi dan kecergasan sebelum mendapatkan rawatan yang akan disyorkan kemudiannya. Lepas tu barulah dapat hasil yang optimum dan terbaik!

 



Ketua Pegawai Eksekutif GMCI, En Calvin Chin menjelaskan bahawa konsep disebalik jenama spa estetik tempatan ini untuk membantu pelanggan dengan menyediakan kaedah penjagaan kesihatan yang menyeluruh, dan lengkap dalam persekitaran yang eksklusif, selesa dan mewah. Rawatan yang korang bakal terima pun  telah direka dan dihasilkan oleh sepasukan doktor estetik dengan sokongan pakar terlatih, dilengkapi dengan segala peralatan rawatan teknologi canggih dan bertaraf dunia. Perasmian DEWS Signature Boutique Spa ini juga telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesajahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Halimah Binti Mohd Sadique selaras dengan misi DEWS untuk mempertingkatkan kesejahteraan kesihatan masyarakat umum. 

 



Bertempat di lokasi yang saya rasa agak strategik di Kota Damansars, DEWS Signature Boutique Spa ni merupakan spa pertama untuk jenama DEWS dan keluasan spa ini 5,600 kaki persegi dengan lima belas bilik rawatan peribadi yang menempatkan sejumlah 25 buah katil.

Ketika melawat ke semua tingkat DEWS Aesthetic Spa ini, memang ternyata dekorasi dalamannya memang mewah, selesa dan feels like home! Mula lah berangan nak ada rumah macam ni kan? Bilik-bilik rawatan yang tersedia juga selesa, luas dan privacy. Saya suka kan konsep dimana tingkat dua hanya disahkan untuk lelaki, tingkat tiga untuk kaum wanita sahaja, dan tingkat empat untuk pasangan. Ye lah selalu pergi spa macam malu kan nak masuk spa, tukar baju, lalu lalang risau ada lelaki menjengah tengok kita seksi apa semua. Sebab tu spa ni asingkan lelaki dan wanita supaya pelanggan mereka lebih selesa. 

 



Sempat juga mencuba Aqua Bed, sejenis terapi katil aqua yang menggabungkan kesan terapiutik haba, akupuntur, dan rejuvenation yang katanya boleh membantu dan sesuai untuk mereka yang ada masalah insomnia, selalu menghadap komputer, terlebih exercise, mempunyai kitaran darah bermasalah dan sebagainya, Memang best baring atas Aqua Bed ni macam tengah baring atas air, dan ada mesin urut atau ombak air berputar di badan kita urut badan yang letih. Nanti nak ke sana lah try sebab Intro Price sekarang tengah promosi RM85 je untuk satu sesi kira-kira 45 minit. 

 

Pelanggan yang datang kesini juga boleh dapat banyak faedah dari rawatan unggul DEWS yang ada gabungan terapi, booster serta teknologi tinggi. Rawatan melembabkan, anti-penuaan, mencerahkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat, pengurusan berat badan sampailah ke rawatan penjagaan kesihatan keintiman hubungan pun ada hah. Semuanya di DEWS Signature Boutique Spa. Banyak juga promosi sempena pembukaan ni, maka jom lah beramai-ramai manjakan diri di spa. 

 

DEWS Signature Boutique Spa
1-2, Jalan PJU 5/10, 
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03 6143 1889

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook