Chow Kit Trade Center (CKTC) - Mercu Tanda Terbaru di Chow Kit

7:39 pm



Chow Kit - bukan nama asing buat warga kota Kuala Lumpur. Pelbagai memori dan catatan bersejarah tercipta di sini. Ingat tak dulu ada konsert terbuka Allahyarham Sudirman di Chow Kit sekitar 1980-an? Dan lagu Chow Kit Road memang sangat popular dari dulu sampai lah sekarang.

Dari tahun 1980-an lagi, orang ramai datang ke Chow Kit untuk business. All is about business. Sama ada dari segi datang untuk berniaga, atau membeli barang keperluan mereka di sini. Boleh dikatakan, Chow Kit syurga untuk pasar yang sangat besar, menjual pakaian terpakai atau bundle, juga syurga untuk yang mahu shopping borong semua benda. Sebab tu juga lah, Vinsoon Group berminat untuk membangunkan dan kembalikan zaman kegemilangan Chow Kit yang sentiasa sibuk menjual dan membeli di sana sini dengan menubuhkan Chow Kit Trade Center (CKTC).





Chow Kit Trade Center (CKTC) akan menjadi one-stop wholesale mall pertama di Malaysia bila dah siap nanti. Dari barangan kosmetik, kelengkapan dapur dan rumah, rempah ratus herba Melayu, pakaian, dan sebagainya di bawah satu bumbung bangunan setinggi 10 tingkat yang akan menjadi ikon kota Kuala Lumpur suatu hari nanti.

Pembangunan CKTC yang kaya dengan warisan sejarahnya, freehold development oleh New Paradise Development dibawah satu payung dengan Vinsoon Group akan memberi nafas baru dengan suntikan elemen moden ke dalam kota bersejarah Chow Kit. Ye la dulu kan Chow Kit dikenali dengan deretan bangunan rumah kedai yang memang terkenal dengan menjual barangan borong maka CKTC ni macam upgrade version of perniagaan jual beli barangan borong dulu kala. 


Dato' Michael Lim, pengasas Vinsoon Group ada beritahu yang CKTC bukan je akan memberi makna tersediri untuk Chow Kit tapi jugak satu peluang perniagaan yang bagus untuk wholesaler dan investor CKTC. Maka dengan itu Dato' Michael Lim sangat yakin bahawasanya penubuhan CKTC ini adalah satu keputusan yang tepat. Idea panubuhan CKTC ni juga datang bila Vinsoon Group bersepakat untuk mencipta semula culture feel Chow Kot perdagangan yang berlaku disini sejak 50 tahun dulu, dalam satu bangunan yang lebih moden. 

Hampir 50% dah occupied dari wholesaler sampai lah investors untuk CKTC ni. Dan Vinsoon Group yakin semuanya akan full occupied by December 2017. Wow pantas jugak dah separuh occupied kan? Dengan keluasan 34,650 kaki persegi, Dato' Michael Lim juga yakin bila dah full occupied nanti, Gross Development Value (GDV) mereka akan mencecah RM 156,828,030. Wow! Big Number! CKTC mempunyai kapasiti 254 lot kedai dengan keluasan sekitar 52 hingga 181 kaki persegi, Harga pula bermula dari RM 101, 400.00 sehingga RM 1, 411, 800. Pembangunan CKTC ini dijangkan akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2019. 



Menariknya, tenant terbesar CKTC ialah MK Curtain iaitu peneraju utama untuk showroom terbesar langsir di Malaysia ni yang dah bolot whole tingkat 7 CKTC, dan tenang HyperShoe pulak dah park siap-siap nama diorang untuk keseluruhan tingkat 6 CKTC. Diharapnya, dengan penubuhan CKTC ini dan gabungan semua komponen yang baik, CKTC akan menjadi salah satu fokus utama dan one-stop centre untuk semua wholesaler dan investor. 

Lokasi CKTC sangatlah strategik, bersebelahan dengan Kuala Lumpur International Hotel dan Adamson Hotel, accessible kalau korang guna public transport juga sebab ada Monorel Chow Kit, bus sebab dekat dengan Terminal Bus Pekeliling dan Chow Kit, dan saya rasa dari LRT Kg Baru dan LRT PWTC pun dekat juga. Kalau yang dah biasa dengan Chow Kit, korang mesti tahu lokasi CKTC ni juga berdekatan dengan kawasan pemborong Jalan Raja Alang, Pasar Raja Bot iaitu pasar basah Chow Kit dan juga Pasar Malam Jalan Haji Hussein. Dan siapa pernah makan di Suraya Kg Baru yang popular itu? Hah! Dekat area kedai makan melayu sederet semua tu lah juga.

Tak sabar nak tunggu CKTC ni siap. Sebab ada salah satu unsur menarik yang saya tak sabar nak tengok iaitu konsep Sky Dining! The 1st Malay Heritage Sky Dining di CKTC dimana di tingkat paling atas iaitu rooftop, korang boleh menjamu selera sambil tengok view dari situ. Wah mesti best kan? 

Untuk maklumat lanjut tentang Chow Kit Trade Center (CKTC) ini: Facebook Chow Kit Trade Center.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook