RUNSTA Back2SEMESTA Run & Ride Fest 2017

11:06 am

Korang minat berlari atau berbasikal? Berita baik! -- RUNSTA Back2SEMESTA Run & Ride Fest 2017 bakal menemui peminat dunia larian dan kayuhan basikal tanahair pada 9 September 2017 di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) Raub, Pahang Darul Makmur. Acara amal ini dianjurkan oleh RUNSTA, sebuah kumpulan larian yang dianggotai bekas pelajar sekolah itu dalam misi menyebarkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Acara ini turut dianjurkan bersama SimplifiJohan. Wah menariknya!

Acara yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan mengumpul dana bagi disalurkan kepada program pembangunan sekolah tersebut. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain; seiring dengan moto sekolah, ‘Ilmu, Amal, Budi’, penganjuran acara ini merupakan satu apresiasi alumni terhadap sekolah tercinta. Hah mana semua alumni SEMESTA tu? Mana? Meh berbakti cepat!


Butiran Kategori

Kategori
Acara & Jarak
Bayaran Penyertaan
Larian 10KM Kompetitif Lelaki & Wanita Terbuka (18 – 39 tahun)
Larian – 10KM
RM 75.00
Larian 10KM Kompetitif Lelaki & Wanita Veteran (40 tahun ke atas)
Larian – 10KM
RM 75.00
Larian 10KM Kompetitif Pelajar Sekolah Lelaki & Perempuan Terbuka (13 - 17 tahun)
Larian – 10KM
RM 55.00
Larian 3KM Lelaki & Wanita Terbuka (7 tahun ke atas)
Larian – 3KM
RM 50.00
Kayuhan  Basikal 28KM Lelaki & Wanita Terbuka (18 tahun ke atas)
Kayuhan Basikal - 28KM
RM 75.00
  

Selain acara larian yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 3KM dan 10KM serta kayuhan basikal sejauh 28KM, acara ini akan turut menampilkan pameran pendidikan dengan kerjasama beberapa badan korporat tempatan selain sesi perbincangan atau forum berkenaan kerjaya yang akan menampilkan beberapa personaliti alumni SEMESTA yang berjaya dalam bidang masing-masing. Laluan bagi acara larian dan kayuhan ini akan membawa peserta menelusuri jalan-jalan kampung di sekitar kawasan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di mana mereka akan dijamu dengan pemandangan tenang nan menghijau di samping menikmati suasana damai daerah Raub yang begitu permai. Imbau kenangan lalu gituh, Lagi bestnya, mungkin ada beberapa selebriti dan personaliti TV tanahair akan turut sama menyertai acara amal ini. 

 

Sebahagian daripada bayaran penyertaan acara ini akan disumbangkan kepada pihak sekolah dalam usaha membangunkan kemudahan dan program pendidikan sekolah. Setiap penyertaan melayakkan anda mendapat sehelai tshirt Ultron, sebuah medal serta sijil penyertaan. Pemenang kategori 10KM juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai. Sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik akan turut diadakan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara ini, anda boleh mengunjungi laman Facebook rasmi menerusi https://www.facebook.com/runstaback2semesta/

Bagi yang berminat merasai pengalaman kayuhan dan larian di daerah Raub ini, anda boleh membuat pendaftaran menerusi laman sesawang berikut:


Acara ini mendapat tajaan Putrajaya Perdana Berhad sebagai penaja utama dan PROTON Holdings Berhad selaku penaja kenderaan rasmi. Ultron pula bertindak sebagai penaja pakaian rasmi acara. RUNSTA Back2SEMESTA Run & Ride Fest 2017 dianjurkan sepenuhnya RUNSTA bersama SimplifiJohan selain mendapat kerjasama ASTA, iaitu persatuan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub. Jom?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook