#JomNaikMRT Fasa 2 Kini Dibuka, Apa Yang Menarik?

9:39 pm


Semalam 17.7.17 laluan MRT Fasa 2 sudah dibuka kepada umum dari jam 4 petang. Oleh sebab semalam takde apa nak buat pakat pakat dengan Rane & Wendy untuk cuba laluan MRT yang baru ni. Bukan apa alang-alang dah PERCUMA untuk semalam kan? Selalu naik MRT Fasa 1 je hari-hari ke sekolah. Haha!





Ya, semalam laluan MRT Fasa 2 iaitu dari Station Muzium Negara ke Station Kajang PERCUMA dari jam 4 petang hingga 11 malam. Ala kenapa sehari je? Jangan risau, PM Malaysia, Dato Seri Najib Razak sudah pub umumkan mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2017 nanti tambang diskaun 50%! Hah bersyukur lah nak. Boleh kita sambut merdeka kat dataran nanti naik train je.


Saya, Wendy dan Rane bertemu di Station Muzium Negara. Semakin mudah nak kemana-mana lepas ni sebab saya memang guna LRT laluan Kelana Jaya (Station Kerinchi) belakang rumah, ke station KL Sentral lepas tu boleh jalan kaki 5 minit je dari KL Sentral ke Muzium Negara lepas ni. Mudah la tourist datang sini nak melawat muzium!


Perjalanan dari Station Muzium Negara ke Station Kajang mengambil masa selama 45 minit sahaja. Sekali lagi memudahkan sebab naik KTM slow sangat! Hahahaha lepas ni senang nak ke event sekitar Kajang sebab MRT ni laju! Sepanjang laluan MRT Fasa 2 ini, beberapa tempat menarik juga mudah akses. Antaranya:

Station Muzium Negara - Muzium Negara
Station Pasar Seni - Central Market
Station Bukit Bintang - Pavilion KL & Lot 10
Station Cochrane - MyTown Shopping Centre & IKEA Cheras
Station Maluri - AEON Maluri
Station Connaught - Cheras Leisure Mall
Station Taman Suntex - Cheras Sentral
Station Sri Raya - Condominium Saville @ Cheras
Station Sungai Jernih - KPJ Kajang
Station Stadium Kajang - Satay Kajang Hj Samuri


Di Kajang kami sempat keluar dari station Kajang untuk bertemu dengan kawan kitorang, Zi Xian salah seorang ahli Rejuvenate Dance Crew dan juga jalan-jalan sekitar kawasan tu. Mengimbau kenangan sebab dulu waktu belajar di Beranang 10 tahun lepas memang station Kajang ni lah perantara antara Kajang dan Kuala Lumpur untuk outing. Dah semakin maju bandar Kajang sekarang.


Dengan parking bertingkat yang sangat luas dan besar, berhampiran Station Kajang juga ada sekolah, kolej baru, dan juga kondominium baru under MKH Berhad! Bayangkan punya tinggi-tinggi bangunan di kawasan tu sekarang. Cukup lengkap semua fasiliti macam best pulak kalau duduk Kajang ni. Haha! Hari-hari lah makan Satay Kajang nampaknya kalau duduk sini hah. Mall pun ada dua berhampiran. Heavennya orang Kajang sekarang.


Lepas tu kami naik MRT semula untuk ke Station Stadium Kajang. Mudahnya nak ke Satay Kajang Hj Samuri sekarang ni. Dah lah depan ni banyak shuttle bus menunggu. Restorannya pun betul-betul terletak dihadapan Station Stadium Kajang. Kami kononnya berniat nak merasa Satay Kajang. Malangnya kedai belum dibuka lagi. Operasi bermula jam 7 malam. Melepas la nak makan Satay Kajang nampaknya.


Lepas tu on the way nak pulang ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan tu ternampak satu lagi bangunan apartment Saville @ Cheras yang tinggi di Station Sri Raya. Sebab takde benda nak buat, stop la kejap ushar kawasan tu. Niat hati memang nak beli rumah dan tengah survey, nampak menarik pulak ada pangsapuri tetibe kat station MRT macam ni ha. Bestnya alahai.


Dah lah pangsapuri tu ada linked bridge ke station MRT. Dan MRT Sri Raya ni pulak memang kawasan Park & Ride untuk MRT. Wahhh Parking Space pun besar! Macam menarik kalau beli rumah kat sini. Kebetulan, bila post dalam Facebook semalam video kawasan ni, kawan saya Umairah ada komen katanya dia handle projek pangsapuri under MKH Berhad ni kalau nak beli boleh deal dengan dia je. Mudah! Tak sangka tu projek dia haha! Berangan la kejap nak beli rumah kat sini.


Lepas tu kami terus je perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Orang makin ramai berpusu-pusu. Niat hati nak singgah Station Merdeka atau Bukit Bintang sebab dekorasi station tu unik dan cantik tapi itulah bila dah ramai orang serabut pulak. Maybe next time la pulak waktu weekdays pagi-pagi ke baru syok bergambar kan?


So siapa nak outing MRT dan jelajah bandar dengan saya? Jom Naik MRT?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook