Jelajah Princess Hour di Malaysia

10:19 am

 

Siapa peminat drama siri Thai, Princess Hours? Yes! Putera dan puteri raja ni semua akan mencemar duli menghadap korang semua di Malaysia ESOK!! Ya, pada 9 Julai 2017 di Sunway Pyramid. Jelajah Princess Hour Malaysia dianjurkan oleh dimsum membawa para peminat menemui Putera Diraja Tao Sattaphong Phiangphor, Puteri Diraja Pattie Ungsumalynn Sirapatsakmetha, Phan Stephane Saisean Pagniez dan juga Bebe Thanchanok Ritnaka live depan mata korang semua hah.


Drama Princess Hour ni asalnya ditayangkan di Thailand sejak bulan April lalu dan apa yang kagumnya Princess Hour ni mencatatkan rekod tayangan sehingga 500 juta tontonan di China! Dengan konsep fiksyen Bhutin, drama ni mengisahkan kisah percintaan antara putera raja dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana diraja yang cukup ketat. Mesti stress gila jadi putera raja ni kan?
Putera Diraja Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin semua sebab nenda diorang punya perjanjian zaman dulu kala. Tapi biasalah dah kahwin paksa pun mesti akan start jatuh hati sikit sikit kan kan? Tapi bahagia ke mereka nanti akhirnya dengan macam macam dugaan terpaksa diorang hadapi?

Selain Princess Hours ni, dimsum juga akan bawa lebih banyak siri hits Thai yang lain termasuklah Loves and Lies, U-Princess Series, Ugly Duckling Series, Kiss Me, Lovey Dovey, dan Game Maya dan semuanya hanya di dimsum! Hah bukan drama bersiri je tapi filem popular Thai macan Hello Stranger, ATM, I Fine Thank You Love You, Shutter, Tom Yum Goong 2 dan banyak lagi yang lain pun bakal ditayangkan di dimsum nanti!

 

Jangan lupa untuk bertemu dengan para pelakon Princess Hour di LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall pada hari Ahad, 9 Julai jam 3 petang! Tao, Pattie, Phan dan Bebe bukan je akan jumpa para peminat secara live gitu tapi ada jugak pelbagai aktiviti menarik dan games yang korang boleh participate tau!

Specialnya, sempena Jelajah Princess Hour Malaysia ni jugak korang boleh menikmati RM5 OFF di aplikasi Grab untuk ke Sunway Pyramid Shopping Mall dan bertemu puteri putera pujaan korang ni. Hanya perlu masukkan code GRABPRINCESS17 dan bayar guna GrabPay! Bukan tu je, korang boleh jugak jimat 10% dalam sebarang pembelian dalam satu resit di Tuk Tuk Cha Sunway Pyramid kalau korang pengguna aktif dimsum.

Maklumat lanjut boleh layari dimsum.my atau follow dan like Facebook dimsum.my atau Instagram @dimsum.my.









You Might Also Like

1 comments

  1. wowwwwww hensemnya Hahah itu je nampak.. Jom2 skoden blog nil

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook