Pakej Kemas Rumah Mobile Muslim: Mudahnya tempah servis pembantu rumah!

7:44 pm


Ney selalu rasa macam penat nak mengemas rumah dua tingkat, lagi-lagi sampai 4 bilik dan 3 bilik air rumah ni. Fuh, boleh patah pinggang woi nak cuci rumah sorang-sorang macam ni. Selalunya, tempah je dari maid luar buat part time cuci rumah, tapi macam payah nak dapat yang konsisten boleh datang. Mujur diperkenalkan dengan Mobile Muslim ni, mudahnya tempah perkhidmatan pembantu rumah untuk kerja pembersihan rumah. 


Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali. Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan pembantu rumah harian, katering, urut pantang, tutor, kelas mengaji Al-Quran dan pelbagai lagi perkhidmatan Muslim yang disediakan. Punyalah mudah, guna tips C.E.P.A.T je untuk tempah perkhidmatan dari Mobile Muslim ni tau! Eh apa itu C.E.P.A.T? 


C- Cari servis di platform www.mobilemuslim.com
E - E-si borang tempahan online
P - Pilih tawaran perkhidmatan yang disediakan
A - Anda buat bayaran dan menikmati servisnya.
T - Tamat dan tinggalkan review korang. 

Semudah ABC, dan korang hanya perlukan C.E.P.A.T untuk tempah perkhidmatan Mobile Muslim. Maka, seminggu sebelum Ney check dulu jadual Ney, mana hari yang free tu lepas tu Ney plan bila nak panggil pembantu rumah untuk kemas rumah. Bila dah tahu tarikh mana yang nak panggil maid tu, Ney terus bukak je www.my.mobilemuslim.com dan pilih perkhidmatan "Pembantu Rumah Harian (Pembersihan)". Lepas hantar tempah, Mobile Muslim akan bagi korang sebut harga untuk pakej kemas rumah yang ada dan korang hanya perlu lihat dan pilih pakej mana yang sesuai mengikut budget korang. Wah siap boleh pilih pulak tu!


Pagi-pagi, Ney tunggu je dua orang pembantu rumah yang dijanjikan untuk datang. Beriye Ney sediakan segala jenis peralatan mencuci dan bahan pencuci yang ada di rumah rupanya diorang datang siap pikul vacuum sendiri! haha. Segala jenis baldi, kain semua lah dia bawak. Tapi elok jugak if korang sediakan bahan pencuci sendiri. Mana lah tahu ada jenis diorang takde ke, perabot korang allergik dengan certain brand ke. Haha!






Hasil kerja memang tiptop. Rumah ni dua tingkat, setiap inci rumah diorang tolong cuci. Perabot semua lap dengan kain, celah tingkap, kipas, cermin muka pun diorang lap. Lagi best, grill rumah pun diorang lap habuk! Memang berkualiti, dan sangat puas hati hasil khasil kerja pembantu rumah yang dihantar Mobile Muslim ni. Dua orang cukup dua jam untuk cuci rumah dua tingkat.  Menjimatkan masa dan hujung minggu kita pun boleh rilek renggangkan otot. Bila lagi nak berehat dari buat house chores ni semua kan?


Zaman canggih ni, dunia semua mudah dihujung jari je. Semua korang boleh book online di www.my.mobilemuslim.com atau Whatsapp terus +6012 510 5010 (http://mobilemuslim.wasap.my/). Hah apa lagi? Book sekarang dengan Mobile Muslim! 

You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook