Peraduan Justea Happy 61st Merdeka : Jom menang hadiah menarik!

3:57 am


Kaki contest semua mesti teruja kalau Ney share ada contest menarik akan datang sempena Hari Kebangsaan Malaysia kan? Ye la, bila dah masuk bulan kemerdekaan ni memang lambakkan contest wujud, dan masa ni lah nak grab menang macam-macam hadiah menarik. Tak lepaskan peluang, YEO’S juga ada buat contest tau?


Peraduan Justea Happy 61st Merdeka sudah pun berlangsung sehingga 30 September 2018 ni. Wahh tak sabar nak join! Apa je kena buat?


1. BELI – Beli mana-mana produk minuman Justea dalam satu resit, sebab satu resit layak untuk satu kemasukan peraduan.


2. MUAT TURUN – Imbas Kod QR dan muat turun aplikasi POP Media. Aplikasi ni boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store juga ya!


3. IMBAS & TANGKAP – Imbas packaging minuman Justea yang korang beli tadi, untuk aktifkan photo frame versi Argumented Reality (AR) dan kemudiannya korang kena tangkap gambar muat-muat frame tu.


4. HANTAR – Hantar gambar yang telah ditangkap tadi menerusi whatsapp ke 012-212 4873 beserta nama penuh, no kad pengenalan, dan gambar resit rasmi sebagai bukti penyertaan. Jangan lupa ya simpan resit tu sebagai bukti untuk pengesahan jika terpilih sebagai pemenang nanti!


Peraduan Justea Happy 61st Merdeka ni terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berada di Malaysia. Yang bestnya, korang boleh hantar sebanyak mungkin penyertaan yang korang nak. Tak kisah la berapa pun, tapi ingat ya satu resit untuk satu penyertaan. Hadiah apakah yang bakal diterima?

Hadiah Utama x 20 pemenang: Telefon bimbit Samsung Galaxy J7 Pro

Hadiah Mingguan x 20 pemenang: GSC Movie Ticket untuk 2 orang

Kalau korang tak tidak menang Hadiah Mingguan untuk jadual cabutan minggu yang tertentu, penyertaan korang akan layak secara automatic untuk pemilihan mingguan yang berikutnya. Untuk hadiah utama pula, pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti daripada semua Penyertaan Layak dalam tempoh Peraduan oleh pihak juri Yeo’s. Peserta boleh memenangi maksimum satu Hadiah Utama atau satu Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. Wah bestnya!



Jangan lupa sertai Peraduan Justea Happy 61st Merdeka ni tau! Mudah sangat nak masuk peraduan ni dan mana lah tahu korang antara insan terpilih untuk bawa pulang telefon bimbit tu ke? Menang hadiah mingguan tengok wayang pun syok kan! Sebarang maklumat lanjut boleh terus lawat Facebook Yeo’s Malaysia

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S